Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Masih Ramai Tiada Kerja, Utamakan Pelakon Lama" - Siti Elizad Setuju Larangan Pelakon Muda Disolek Tua

26-11-2019 09:33 AM|natrahn| Komen: 10

Terdahulu, pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan larangan pelakon muda disolek tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka bermula Januari tahun hadapan. 

Keputusan ini disambut baik stesen penyiaran dan pelakon veteran kerana isu ini telah disuarakan sejak sekian lama.

Lagipun, peraturan terbaru ini bertujuan untuk memastikan jaminan pelakon veteran masih ditawarkan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, Michael Ang menyifatkan peraturan baru ini tidak masuk akal dan menyekat kebebasan berkarya. Namun begitu bagi pelakon Siti Elizad, beliau bersetuju dengan larangan tersebut. 

Kredit foto: Instagram Siti Elizad

"Saya setuju dengan peraturan terbaru dari Finas itu kerana saya juga akan menjadi tua suatu hari nanti, tak salah kalau industri hiburan tempatan keluarkan semula pelakon lama kerana jika dilihat, masih ramai antara mereka yang tiada kerja kerana tidak menerima tawaran lakonan." 

"Secara peribadi sebagai seorang pelakon, kita harus utamakan pelakon dari generasi lama kerana mereka memang berbakat, kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi dan ramai lagi. 

Kredit Foto - Instagram Siti Elizad

"Sekarang pelakon baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika pelakon-pelakon senior diberi keutamaan, sudah tentu pelakon-pelakon baru dapat menimba ilmu dari mereka ketika bekerjasama dalam sesebuah drama ataupun filem," ujarnya memetik laporan Astro Gempak.

Hal ini turut dipersetujui Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh  bahawa cadanganitu disambut baik tetapi semuanya mengikut kesesuaian.

Kredit foto: Astro Gempak

"Sebagai contoh, jika ada watak yang bersesuaian untuk memaparkan golongan berusia emas, ia seharusnya diberikan kepada pelakon veteran. 

"Jika watak itu memerlukan kesinambungan dan memaparkan transisi dari zaman muda ke tua, pelakon yang sama harus digunakan. Tetapi, seperti yang dikatakan, semuanya bergantung mengikut kesesuaian," katanya.

Tambah Khairul, Astro sedia bekerjasama untuk mencari kata sepakat mengenai peraturan tersebut supaya tidak menimbulkan masalah kepada penerbit dan pengarah drama serta filem.

Ada baiknya syarat seumpama ini dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran kerana pelakon lama juga masih mampu menarik minat penonton-penonton jua. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru

Next       : Dah Jemput Ke Majlis Hari Jadi Anak, Tapi Suami Lufya Omar Tak Hadir

Komen Terbaru

Quote ilya 27-11-2019 04:27 PM
Betullah tu,
Pelakon lama ada,
nak bajet sangat
gi solek yg muda jadi tua.

baru ni yg si shila rusly lak.
lahaiiiii, hudoh noks


Lain-lain Komen

Quote Asdan 26-11-2019 10:34 AM

solekan tua boleh jadi cepat tua, sebab sistem tubuh tindakbalas dgn keperluan semasa tubuh
Quote mieymiey 26-11-2019 10:57 AM
Vice versa. Chuols pun tak sesuai bawa watak budak college. Nampak naw kertu.
P/S : cantik hidung chuols, buat kat mana tewww?
Quote natrahn 26-11-2019 11:02 AM
mieymiey replied at 26-11-2019 10:57 AM
Vice versa. Chuols pun tak sesuai bawa watak budak college. Nampak naw kertu.
P/S : cantik hidung c ...

ye ke buat?? make up kot huhu atau ilusi optik hehehe
Quote apedehal 26-11-2019 11:03 AM
Nama2 pelakon tua yg chuols petik tu selalu je ada job
kan jd mak2 nenek... ntah2 tu je pelakon veteran yg chuols kenal..mention la latif borgiba ker. Bayangkn masa muda janna nick da tua pojiah nawawi..lols lg xlojik. Malaywood ni bkn holliwood sana pndai cari muka2 seiras yg pegang watak tua n muda
Quote supermum 26-11-2019 11:03 AM
Aritu dia berlakon drama watak perempuan muda sakit. Muda as in early 20s. Yarabi tak sesuai
Quote mieymiey 26-11-2019 11:56 AM
natrahn replied at 26-11-2019 11:02 AM
ye ke buat?? make up kot huhu atau ilusi optik hehehe

Tahniah la chuols masih mampu berhusnuzon
Quote Pearlapple 27-11-2019 08:24 AM
Ye sokong siti elizad.

Harap elizad boleh terus fokus dalam bidang lakonan dan tak payah jadi DJ radio dah sebab tak best langsung {:smile
Quote bondeh 27-11-2019 10:01 AM
sendunya lijad nih sesendu benang nyehhhh

lakonan kau bukannya best pun harap drama TLU itu je... konon buat comeback menjadi lah sangat... yihhhhh.... dia nih sesuai jadik mak Ruhainies senyum kemut...
Quote supernaturalee 27-11-2019 02:32 PM
"Jika watak itu memerlukan kesinambungan dan memaparkan transisi dari zaman muda ke tua, pelakon yang sama harus digunakan. Tetapi, seperti yang dikatakan, semuanya bergantung mengikut kesesuaian," katanya.



xsemestinya pelakon yg sm
cuma kena pastikan ada iras pelakon muda dan veteran





Quote ilya 27-11-2019 04:27 PM
Betullah tu,
Pelakon lama ada,
nak bajet sangat
gi solek yg muda jadi tua.

baru ni yg si shila rusly lak.
lahaiiiii, hudoh noks


Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.152861s Gzip On
To Top