Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tular Video Penyokong Garuda Diganyang, Indonesia Desak Malaysia Minta Maaf

Oleh: Tukang Tulis|25-11-2019 09:33 AM Komen: 18
Wakil Kemenpora menunjukkan nota bantahan kepada Malaysia. 
Kredit foto: Facebook/Kemenpora RI

Indonesia menuntut Malaysia meminta maaf atas insiden beberapa rakyatnya yang didakwa dipukul penyokong Malaysia di luar Stadium Nasional Bukit Jalil selepas pertembungan antara Harimau Malaya dan Garuda pada 19 November lalu.

Tuntutan itu dibuat secara rasmi menerusi nota bantahan bertarikh 22 November 2019 daripada Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Kemenpora menyatakan kekesalan terhadap insiden tersebut dan mahu pihak berkuasa Malaysia menghukum individu yang terlibat.

"Kami atas nama pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia menyampaikan kekecewaan yang sangat mendalam dan mengutuk keras atas terjadinya insiden tersebut," kata Kemenpora.


Nota bantahan Indonesia. Kredit foto: Twitter / Kemenpora RI

Mereka turut menggesa KBS membuat permohonan maaf dengan segera bagi meredakan situasi panas yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara ini.

Kemenpora menyatakan, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia telah mengemukakan permohonan maaf dalam masa tidak sampai 24 jam selepas insiden kekecohan antara penyokong Harimau Malaya dan Garuda berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September lalu.

"Iktikad baik permohonan maaf ini pernah dilakukan oleh (bekas) Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin pada tanggal 20 Ogos 2017 langsung kepada Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia saat berlangsung SEA Games 2017 di Kuala Lumpur akibat insiden bendera yang terbalik," jelas Kemenpora.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah meminta maaf atas kejadian tersebut melalui Twitter miliknya pada 23 November lalu serta memberi jaminan bahawa mereka yang terlibat dalam insiden itu akan didakwa di mahkamah.


Namun, polis telah mengesahkan bahawa insiden yang dirakamkan dalam video tersebut tidak berlaku di Bukit Jalil dan dipercayai sengaja ditularkan untuk menjejaskan reputasi Malaysia dan hubungan baik dengan Indonesia.


Penyokong Indonesia didakwa membaling suar ke dalam kawasan penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November lalu. 
Kredit foto: Malaysia Gazette

Tidak pasti pula sama ada Indonesia telah memohon maaf atas keganasan yang dilakukan penyokongnya dengan membaling suar dan merosakkan kerusi stadium dalam pertembungan pusingan prakelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berkesudahan dengan Harimau Malaya membaham Garuda 2-0. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Kereta Terbang - Sembang Atau Realiti?
Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru
Anak Konon! Nenek Dicekup Bermadu Kasih Dengan Lelaki Muda Di Hotel
"Sikit Lagi Nak Gagal BM" - Sharifah Shahira Sempoi Je Kongsi Keputusan UPSR Anak
"Saya Banyak Pegang Watak Utama, Nak Bayar Biarlah Berbaloi" - Didie Alias Merajuk?
Juara Tinju Maut Dirempuh Tren Gara-gara Main Telefon, Pakai 'Headphone'
Aset Cecah RM200 Juta, Shila Amzah Artis Bergelar Jutawan Di Malaysia?
"Keadilan Untuk Semua, Tak Kira Dari Malaysia Atau Indonesia" - Syed Saddiq
Doktor Sanggup Sedut Urin, Selamatkan 'Atuk' Sakit Tak Boleh Kencing Atas Pesawat
'Mesranya! Ariff Aziz Ada Kekasih Baru Luar Negara Yang Lebih Muda Dan Bergetah?'
"Saya Harap Dia Tak Sia-siakan" - Adira Tak Jadi Cerai, Datuk Red Dapat Peluang Kedua
Sebulan Selepas Sulli, Bintang KPop Goo Hara Pula Ditemui Mati
Eww, Jijiknya! Ayam Berperisa Tikus Jadi Hidangan Di Gerai Tomyam
Keputusan UPSR 5A 1B, Kanak-kanak Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000!
"Macam Tiru Artis Iluminati Je" - Heliza Dikecam Tutup Satu Mata Ketika Tunjuk Solidariti
Patah Hati Putus Cinta, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 25
"Menakutkan!" - Alor Setar Jadi Pulau, Muar Tenggelam, KLIA Tepi Laut Pada 2050
Bayi 14 Bulan Diberi Minum 5 Gelas Air Kopi Setiap Hari
Remaja Mati Ditembak Bapa Lepas Kantoi Gay
Domino's Mohon Maaf Tuduh Pelanggan Menipu Sampai Disoal Polis
"Kau Tau Aku Siapa?" Norhizam Hassan Baktee Terima Gelaran Datuk Melaka
Isu Kemelut Gaji Pekerja Foodpanda Dapat Perhatian Kerajaan

Komen Terbaru

Quote jazaa100 25-11-2019 06:12 PM
Bangsa yg selalu buat onar

Lain-lain Komen

Quote minguk 25-11-2019 09:37 AM
asal tak mam>?
Quote Ina8895 25-11-2019 09:45 AM
Goblok dong ah
Quote Sangkar_Emas7 25-11-2019 10:01 AM
Amboii....lebih2 nampak.
Quote Potato_kering 25-11-2019 10:07 AM
Alahai. Bila menteri muda sgt, cepat2 minta maaf. Padahal takde kena mengena. Goblok tak dibuat2
Quote Ina8895 25-11-2019 10:13 AM
Potato_kering: Alahai. Bila menteri muda sgt, cepat2 minta maaf. Padahal takde kena mengena. Goblok tak dibuat2


Bro saddiq tak join wassap group kdn & kementerian luar. Tu pasal dia tak tau
Quote Bedah.Cun 25-11-2019 10:18 AM
Kimaklahhhhh, undi rebahhhh pakatan hanjeng!!!!!!
Quote pokaibanktokyo 25-11-2019 10:18 AM
Pundek la indon guna video dari hong kong untuk fitnah Malaysia. Dasar babu bajingan
Quote Hizert 25-11-2019 10:20 AM
Video tu video lama and takde kena mengena dengan bola.
Quote helhoz 25-11-2019 10:34 AM
memang sepatutnye kene minta maaf
Quote Yorimimiko 25-11-2019 10:54 AM
Saddiq baru lepas nangis ke tu? Mcm merah je mata. Terkedu agaknya tengok mat2 indo carut beliau non stop kat ig {:nose
Quote RatuDunia94 25-11-2019 10:59 AM
Malaysia - Indon mmg x kan pernah bebaik kan
Quote helhoz 25-11-2019 11:02 AM
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:59 AM
Malaysia - Indon mmg x kan pernah bebaik kan

akan nanti bile maley dan indon berpadu jadi negare khilafiyah
Quote lemak_masin 25-11-2019 11:11 AM
Asal bersukan ngan indon jee gaduh... asal gaduhhh jee bersukan ngan indon... lenkali takyah la bersukan ngan puak2 ni... takde semangat kesukanan langsung... kalah jeee nangisss & campak2 barang macam baby... uuuwwwaaa...
Quote Zona2020 25-11-2019 11:24 AM
Menteri sampai ke rakyat nya bangang..duk Malaysia bukan ada permit pun tp belagak cam rakyat Malaysia..
Quote tagas 25-11-2019 11:35 AM
padan muka ko kena gangyang

tak pyh byk bunyik kang kena gangyang lagik nakkk
Quote Ina8895 25-11-2019 03:42 PM
Dasar keturunan dukun santet
Quote Skuau 25-11-2019 06:08 PM
helhoz replied at 25-11-2019 11:02 AM
akan nanti bile maley dan indon berpadu jadi negare khilafiyah

kalo udahnya indon..emangnya indon...kayaknya...indon.
Quote jazaa100 25-11-2019 06:12 PM
Bangsa yg selalu buat onar

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.237632s Gzip On
To Top