Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sebulan Selepas Sulli, Bintang KPop Goo Hara Pula Ditemui Mati

25-11-2019 10:16 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 37

Pelbagai sumber media melaporkan bintang KPop Goo Hara, 28, ditemui mati di rumahnya di Cheongdam-dong, Selatan Seoul. Sebab kematian belum diketahui setakat ini, tetapi penyanyi itu pernah ditemui pengsan pada Mei lalu dalam satu cubaan membunuh diri.

Kematian penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan wanita popular Kara ini mengejutkan industri hiburan Korea Selatan. Mayat beliau ditemui sekitar jam 6.09 petang di kediamannya, lapor Koreaboo.


Kredit foto: Carian Google

Goo menyertai kumpulan Kara pada 2008, tetapi menjadi artis solo selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2016. 

Pada Septembar 2018, Goo pernah menyaman bekas teman lelakinya atas dakwaan dikasari dan dirakam secara haram apabila lelaki itu mengugut untuk menyebarkan gambar peribadinya. Lelaki itu kemudiannya didapati bersalah dan dipenjarakan 18 bulan.


Kredit foto: Carian Google

Pada Mei 2019 pula, Goo ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya dalam satu cubaan membunuh diri.

Korea Selatan kini antara negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia, dan kebanyakan daripada berumur bawah 40 tahun.

Lebih tragis, kematian Goo berselang sebulan selepas kematian seorang lagi bintang KPop, Sulli yang juga merupakan kawan baik Goo. Sulli dilaporkan membunuh diri berikutan kes buli siber.


Kredit foto: Carian Google

Selepas kematian Sulli, Goo meninggalkan mesej di Instagramnya. 

"Saya harap kamu tidur nyenyak di syurga tanpa sebarang kebimbangan lagi," katanya.


Kredit foto: Carian Google

Satu lagi berita buruk untuk peminat Kpop, membuktikan kerisauan ramai bahawa di sebalik glamor, artis Kpop hidup dalam dunia yang penuh dengan tekanan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
13
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 37
Komen

Previous : Ibu Jual Demi Moore Pada Harga RM2,000, Dirogol Jadi Hamba Seks

Next       : Unfollow, Private IG - Peminat Takut Kim Heechul Ikut Jejak Kawan Baik, Sulli Dan Goo Hara

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-12-2019 02:53 PM
bettyboops replied at 4-12-2019 02:51 PM
supermodel n asia face of LV..

muda lagi kan..??

Baru 35

Lain-lain Komen

Quote ffbeauties 25-11-2019 10:36 AM
Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.
Bila tengok Hello counselor tu baru aku realize teruk jugak society diorang ni.
Selebriti kena putih melepak kalau kulit tan kena keji, berat mesti 50kg ke bawah tak kira berapa pun ketinggian kau. Obses dengan cantik/hensem sampai plastik surgeri adalah keperluan seperti pakai braces. Rupa lain sikit orang kena pulau.
Bini dan anak perempuan pon diorang layan double standart..
Kalau jadi celebrity memang hidup bawah mikroskop la jawabnya tambah tambah selebriti perempuan.
Quote RatuDunia94 25-11-2019 10:38 AM
That a price for someone has to pay for being famous. Sedangka  kita yg duk kat ceruk dapur xde org kenal pon boleh alami kemurungan. Inikan mereka yg dihurung media dan masyarakat. Mental ilness is a serious matter!
Quote ais_kosong 25-11-2019 11:22 AM
Kesiannya..
Netizen ni macam la kehidupan depa ni perfect sangat.
Sykt artis pun aku rasa menyumbang gak dengan rules yang ketatnya
Quote safieyah1984 25-11-2019 11:25 AM
bodohnya lahai, org yg fight cancer atau sakit lain tu bersusah payah nak hidup demi org yg tersayang, dia ingat bila dah mati settle masalah sume ke.
Quote top5complete 25-11-2019 11:34 AM
dalam neraka jahanam dah dorang dua ni.. sebab bunuh diri tu tidak dibenarkan sama sekali
Quote meow_tompok 25-11-2019 11:36 AM
empty soul, weak mind
aku ada jugak tgk clip kat youtube, yg jadi trainee utk depa polish jadik artis k-pop, tak terima bayaran, tkalau dpt buat kerja part-time untung la, jika tak kena berhutang, ada jugak yg dpt pendapatan usd100-500 tapi kena share2, nak kena maintain cantik belaka dari hujung rambut ke hujung kaki, ada yg time birthday pun agensi tak kasik jumpa parents padahal bapak dia dah terpacak kat depan ofis agency nak jumpa anak sekejap. Belum lagi yg kena social escort utk vip. Teruk juga industry mereka ni. Kerja kerani okay lagi, cuma tak famous dan tak kaya sgt la

Quote per706 25-11-2019 11:37 AM
ffbeauties: Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.Bila tengok Hello counselor tu baru aku realize teruk jugak socie ...
walaupon peminat yg mengeji tu haok jugakk rupenyaaa
Quote mdhelmi 25-11-2019 12:02 PM
kesian
stress tp jalan menangani stress xde
Quote kucingitam 25-11-2019 12:03 PM
korean dgn keling takde bezanya...sikit2 bunuh diri.. tapi korean lebih dipuja sebab putih melepak cantik lepas operate.
kalau tgk typical korean sebenar, mau peminat yang bunuh diri gaknya..
Quote MissLana 25-11-2019 12:38 PM
Kesiannya, rasanya parents kat Korea dah boleh didik anak supaya jgn jd retis lg or famous atau pun ajar nilai self-love gituh. Kalau semua parents dr kecik dah tekankan anak utk follow social rules kena jd cantik, no hidung kemek or mata sepet mmg laa dorang end up taksub nak cantik je
Quote jpbstarlife 25-11-2019 01:10 PM
pastu ramai ler peminat taksub kpop ngikut jejak deme ni... parah...
Quote arffa 25-11-2019 01:33 PM
ffbeauties replied at 25-11-2019 10:36 AM
Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.
Bila tengok H ...

Lepas tu bila tengok rakyat malaysia gemuk mula bandingkan dengan korea. Padahal orang korea hidup dalam stress untuk maintain berat badan dan rupa yang cantik.
Quote buapakperut 25-11-2019 01:42 PM
ffbeauties: Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.Bila tengok Hello counselor tu baru aku realize teruk jugak socie ...

lepas insiden cobaan suicide tu sheol ni cuba la heppy, ada sheol catwalk kat runway kat tokyo,ingatkn kene support, kene bodyshaming teruk, kepala beso la, alien la, pendek la.. ni sheol dh mati..sedih
Quote buapakperut 25-11-2019 01:45 PM
RatuDunia94: That a price for someone has to pay for being famous. Sedangka  kita yg duk kat ceruk dapur xde org kenal pon boleh alami kemurungan. Inikan mereka yg ...

sheol murung iols rasa lebih kepada kes ex bf sheol, netizen pula lagi menambah garam di luka,sheol pun takdela buat kontrobesi sengaja cam sulli. ingat dulu sheol mekap ala2 doll tahun kara mrndonia tu, netizen kutuk huduh.iols tgk comel je
Quote cirkish 25-11-2019 04:21 PM
high demand sggh fans kpop kt korea ye.. nk idol perfect sentiasa.. netizen membawang pedas level cili api..

yg weols nmpk kt tv tu diorg hormat org tua.. ade cara cakap formal & informal.. tp disebalik yg indah2 mesti ada yg busuk jua..

Quote Beribear 25-11-2019 05:24 PM
Edited by Beribear at 25-11-2019 08:38 PM

How ur mind can make u feels so worthless
So, before u go - Lewis Capaldi

Susah nak ckp kalau dah ada kemurungan. Selalu akan fikir negatif about diri sendiri. Walaupon cuba nak bangun balik nak kuatkan diri tp negative thoughts kat diri sendiri tu tetap kuat then akan buat kita sedih sgt2.

Org islam pon ada jugak yg bunuh diri tp tak lah ramai sbb kita ada iman. Tp dorg ni agama pon tak tentu jln terbaik yg dorg ada ialah dgn end their life by their own. Sbb kepercayaan dorg bila dah mati semua pergi syurga je & akan di lahirkan semula.

Hmmm
Quote ainnia 25-11-2019 07:53 PM
Kesian. Indah khabar dari rupa.
Quote borrow 25-11-2019 08:30 PM
Dis year 3 retis female suicide . Salah sorang Jeon mi seon , actress veteran. Byk kali tgk lakonan sheols , berkarektor jugak.

Quote Rahah 25-11-2019 09:33 PM
borrow replied at 25-11-2019 08:30 PM
Dis year 3 retis female suicide . Salah sorang Jeon mi seon , actress veteran. Byk kali tgk lakonan  ...

Sorry OT... Jeon miseon tu depression jugak ke uols...

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086496s Gzip On
To Top