Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Letihlah Banyak Masalah Lain Filem Tempatan"- Isu Netflix, Sharifah Amani 'Sound' Ahmad Idham?

21-11-2019 05:37 PM|SakuraJo| Komen: 23

Pelakon Sharifah Amani binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Amani sememangnya terkenal dengan kelantangannya bersuara. 


Terbaru, Amani ketika ditanya oleh Berita Harian dilihat kurang bersetuju dengan saranan Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk mengawal selia kandungan digital, termasuk Netflix. 

Ujar Amani, sebagai orang yang sudah lama berada dalam industri perfileman, Ahmad Idham sepatutnya lebih fokus kepada masalah dalam industri perfileman negara yang lebih butuhkan perhatian. 

"Letihlah. Banyak lagi masalah industri perfileman yg perlu diberi perhatian dan dicari jalan penyelesaian," ujar Amani memetik daripada laporan Berita Harian.

"Netflix sudah mempunyai tetapan untuk mengawal sendiri isi kandungan yang mahu ditonton. Jadi, kita mempunyai kuasa memilih program yang bersesuaian untuk tontonan."


Tambah pelakon yang terkenal dengan watak Orked itu, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih filem yang mahu ditonton dan masih banyak platform penstriman yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk tontonan sekiranya merasa tidak selesa dengan Netflix.

Bagi Amani sebaiknya FINAS menumpukan perhatian pada masalah industri yang berkaitan dengan royalti, bajet dan sebaginya.

"Saya buntu dan risau, apa akan jadi jika kita terus berada di takuk lama. Negara lain sudah maju, tetapi kita masih bercakap mengenai isu yang pada saya remeh dan boleh diselesaikan sendiri masyarakat," kata Amani lagi. 

Terdahulu, ramai yang membidas dan mempertikaikan usul daripada Ahmad Idham yang menggesa supaya kerajaan mengawal selia kandungan digital, termasuk Netflix. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Previous : Belum Tutup Pintu Hati, Fauziah Latiff Masih Mengharapkan Jodoh Baru

Next       : Muzik Video Drama Band Perli Aliff Syukri Dan Baby Shima?

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 25-11-2019 01:42 PM
DayangKirana replied at 22-11-2019 08:39 AM
iols paling takleh lupa scene dia ngan heroin keluar bilik berpelukan dengan muka kepenatan..
me ...

hahahaha! sbb citer2 zmn dia dh mcm tu, anything yg keluar dr mulut dia psl drama tempatan, iols akan jd mcm...bluerrghh

Lain-lain Komen

Quote KIM.K 21-11-2019 05:52 PM
Sheols ni cantik. Apsal tak keluar tv lagi
Sekala sekala terima jelah skrip Tamil. Nak jg tengok kuar tv
Quote Kurex 21-11-2019 05:53 PM
takkan la nak kena tengok filem amad deham..
Quote seramado 21-11-2019 06:33 PM
Tu la rengsek la{:question
Quote ReginaGeorge 21-11-2019 06:39 PM
Boringlah Mr bean nih.. Mr bean sendu.
Quote Pamelaloba 21-11-2019 07:46 PM
Daripa filem ko yang ntah pape tu baik la aku tengok netflix
Quote munchkin 21-11-2019 09:59 PM
Kali ni i sokong Amani!!!!
Quote munchkin 21-11-2019 09:59 PM
Amani ni aku rasa dia boleh jadi model. Mmg berbakat. Lakonan hmmm. Mungkin boleh jadi org belakang tabir
Quote fadz84 21-11-2019 10:31 PM
munchkin replied at 21-11-2019 09:59 PM
Amani ni aku rasa dia boleh jadi model. Mmg berbakat. Lakonan hmmm. Mungkin boleh jadi org belakang  ...

Kecik haluihh sgt dia ni u..
Quote Acikgomen 21-11-2019 11:12 PM
munchkin replied at 21-11-2019 09:59 PM
Amani ni aku rasa dia boleh jadi model. Mmg berbakat. Lakonan hmmm. Mungkin boleh jadi org belakang  ...

Sora dia jenis chipmunk mcm nabila razali
Bezanye heshe reti la belakon banding kan si nabila tuh
Quote munchkin 21-11-2019 11:32 PM
fadz84 replied at 21-11-2019 10:31 PM
Kecik haluihh sgt dia ni u..

Bukan cat walk model.
Quote Perawankota 22-11-2019 12:20 AM
Adoiiii nyampah ya dgn Ahmad ni....
Quote kakyungpilah85 22-11-2019 01:38 AM
Abih.. Nak org tgk movie ko ngan david teoh ke? Cukup laa.. Org pon dah muak tgk movie dan drama melayu sekarang.. Cliche sgt.. Kat netflix tu mcm2 genre movie ade.. Tpulang pada individu yg tengok.. Kalau xsuka boleh pilih citer lain.. Netflix utk child pon ade.. Baik ko fikir camne nak suruh pengarah wat movie luar dr kisah org kaya ni
Quote claudya 22-11-2019 01:45 AM
dekat ig Aflix tu dah berbakul kena maki memang bungkus la jawabnya aflix kejadah tu
Quote cikX87 22-11-2019 04:59 AM
kakyungpilah85 replied at 22-11-2019 01:38 AM
Abih.. Nak org tgk movie ko ngan david teoh ke? Cukup laa.. Org pon dah muak tgk movie dan drama mel ...

astagfirullahalazim. kita speed read terbaca child pon as child porn wakkkkkkk. hahahahhahahahah. matilanak
Quote kakyungpilah85 22-11-2019 08:35 AM
cikX87 replied at 22-11-2019 04:59 AM
astagfirullahalazim. kita speed read terbaca child pon as child porn wakkkkkkk. hahahahhahahahah.  ...

haha..huihhhh...kelain poie eh tu wakkkkkk
Quote BoongaKertas 22-11-2019 09:06 AM
teringat scene heols dlm cinderella dulu. zmn iols kanak2 tu pun iols dah rasa daring dah tu. dgn heroin gebus yg beria dipeluk time tu.
Quote msbegawan 22-11-2019 03:12 PM
kenapa iolls tengok Ahmad macam greasy
Quote fanamyrarosli 22-11-2019 03:22 PM
Dia nak jugakkkk tapi okayla betul tu pendapat cik  pelakon gred A kihkih
Quote DayangKirana 22-11-2019 04:39 PM
BoongaKertas replied at 22-11-2019 09:06 AM
teringat scene heols dlm cinderella dulu. zmn iols kanak2 tu pun iols dah rasa daring dah tu. dgn he ...

iols paling takleh lupa scene dia ngan heroin keluar bilik berpelukan dengan muka kepenatan..
memang hansap betul..

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.136436s Gzip On
To Top