Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Artis Muda Tak Dibenarkan Disolek Untuk Watak Orang Tua - Hans Isaac

20-11-2019 05:54 PM|Oleh: Saiful | Komen: 24

Semua stesen penyiaran tidak dibenarkan menyolek pelakon muda untuk memegang watak orang tua dalam drama mahupun telefilem.

Syarat baharu itu akan dilaksanakan pada Januari 2020 untuk menjaga hak dan kebajikan artis veteran.


Foto: IG

"FINAS bertemu dengan semua stesen penyiaran, menjelaskan apabila kaedah itu digunakan, watak terbabit tampak agak pelik dan tidak semula jadi.

"Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.

"Ini bagi memastikan produser tidak menggunakan pelakon muda bagi memegang watak orang tua. Kami gembira apabila stesen penyiaran bersependapat dengan kami," kata pengerusinya, Datuk Hans Isaac kepada Berita Harian.



Tambahnya, bagi memastikan artis veteran ada jaminan ditawarkan bekerja, ketetapan dibuat supaya tempoh tertentu dalam produksi diperuntukkan untuk artis warga emas.

"Ini termasuk dalam kempen menggalakkan artis veteran kembali bekerja seperti yang dirancang FINAS," tambahnya.

Memang ada bagusnya langkah ini diambil. Apa pendapat anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Previous : "Selagi Tak Kacau Periuk Nasi, Saya Ok Je" - Siti Nordiana Tak Kisah Orang Mengata

Next       : Didakwa Terlibat Kes Tipu Jual Beli Tanah Di Hulu Langat, Datuk Red Disaman!

Komen Terbaru

Quote buapakperut 21-11-2019 03:28 PM
cuba la contohi movie benjamin button tu, ikut keperluan la sis hans, apesal terus takleh.

Lain-lain Komen

Quote albedah 20-11-2019 06:08 PM
Lps ni mulalah skrip org muda je kt malaysia ni..
Quote Acikgomen 20-11-2019 07:01 PM
Yg retis umo 20an 30an pulak takyah la gigih nak pakai baju skolah scene trobek katanye
Quote YomiuriLandMae 20-11-2019 07:18 PM
buat la ape pun korg nak buat.. aku still x kan tgk drama melayu..
Quote joy_ah 20-11-2019 07:36 PM
Teringat era pajira jadi tua dalam filem hingga hujung nyawa tu dgn yusri tu


Quote eLiaD 20-11-2019 08:09 PM
pengarah kita mmg bongok amik pelakon tua bangka badan gedabak jd budx cola acah2 nek beskal padahal melambak pelakun bbnu gamerz
Quote RatuDunia94 20-11-2019 08:27 PM
Abil pernah jd tua dlm kamar kamariah jd mak syafie naswip.

Anyway kena spesific lg syarat nya cemana.. had umur berapa artis tu x dibenarkan disolek jd tua? 30? 40? Kadang pengarah2 nk jaga konti utk nampak watak muda n tua dr org yg sama. Bukan lah masa muda muka izara aishah tiba2 dh tua jd wan maimunah..
Quote scrocth 20-11-2019 08:33 PM
RatuDunia94 replied at 20-11-2019 08:27 PM
Abil pernah jd tua dlm kamar kamariah jd mak syafie naswip.

Anyway kena spesific lg syarat nya ce ...

Meols rs maksud tok pinas is, dia nak watak2 org tua ni diberikan kpd pelakon2 veteran betul utk pegang watak mak2. Mcm norlia ghani, fauziah nawi, wan maimunah ni instead of bg pelakon2 mcm fiza elite, catriona ross yg disolek tua utk pegang watak org tua. in fact farahdhiya pn pnh blakon jd mak kpd pelakon 20an ok kt tv3.  Meols rs kalau watak mcm erra fazira dlm hingga hujung nyawa tu dr muda smp ke jd nenek kebayan tu xda mslh
Quote Bumbu 20-11-2019 08:57 PM
scrocth replied at 20-11-2019 08:33 PM
Meols rs maksud tok pinas is, dia nak watak2 org tua ni diberikan kpd pelakon2 veteran betul utk p ...

Tak sesuai jd datin2 laaaa. Watak mak2 kampung sesuai kot hihihi
Quote RatuDunia94 20-11-2019 09:30 PM
scrocth replied at 20-11-2019 08:33 PM
Meols rs maksud tok pinas is, dia nak watak2 org tua ni diberikan kpd pelakon2 veteran betul utk p ...

Sbb tu iols kata finas kena bg garis panduan yg betul dan jelas..

So lepas ni kita akan tgok Norlia Ghani jd Puan Sri watak mak kpd fattah amin. Ruminah Sidek bw watak Datin mak kpd Emma Membong lah yer..
Quote scrocth 21-11-2019 12:00 AM
RatuDunia94 replied at 20-11-2019 09:30 PM
Sbb tu iols kata finas kena bg garis panduan yg betul dan jelas..

So lepas ni kita akan tgok No ...

Yes. Garis panduan kena jelas di situ. Kita suka nina juren jd mak2 dlm drama astro tu.  Natural dan sedap jgk la mata memandang.
Quote Perawankota 21-11-2019 12:28 AM
Yg tua2 pon x sesuai bwk watak muda remaja
Quote gigahertz 21-11-2019 12:29 AM
scrocth: Meols rs maksud tok pinas is, dia nak watak2 org tua ni diberikan kpd pelakon2 veteran betul utk pegang watak mak2. Mcm norlia ghani, fauziah nawi, wa ...

zila bakarin bibir tebal dan Azizan syahdan mana?

Quote precious_chicas 21-11-2019 01:52 AM
tapi kalau cerita tu berkenaan watak utama tu dari muda bawak ke tua takkan nak guna pelakon tua yg langsung tak mirip pelakon utama tu pulak. hehe

pelakon tua pun takleh dimekap jadi watak orang muda kan? haha
Quote cikuduku 21-11-2019 02:32 AM
albedah replied at 20-11-2019 06:08 PM
Lps ni mulalah skrip org muda je kt malaysia ni..

idea yg bagus, so artis tu jgn la marah klu payment kecik tau.
Quote applecomel 21-11-2019 04:07 AM
Benda mcm ni pun nak jadi isu.....
Quote teen_angelJB 21-11-2019 06:46 AM
RatuDunia94: Sbb tu iols kata finas kena bg garis panduan yg betul dan jelas..So lepas ni kita akan tgok Norlia Ghani jd Puan Sri watak mak kpd fattah amin. Rumina ...


Jgn dilupakan datin paduka mak jah..rare ok
Quote amon_79 21-11-2019 08:01 AM
c'mon.... kalo artis umur dh masuk 40an...bole jer jd mak2 utk anak awal 20an... kalo taraf2 ruminah sidek tu berlakon dgn yg artis 20an xsesuai jd mak hokay... lbh sesuai jd nenek or onyang jer...mcm citer fasha sandha dulu tu xsilap mak mah jd onyang dia...
Quote jijilaaa 21-11-2019 08:53 AM
susah lerr artis2 middle age nak dpt job lepas ni...stok2 sharipah shahora..lisdawati..nina juren semua tu
Quote fish 21-11-2019 09:57 AM
marissa yasmin ka apa nama dia tu
selalu jd mak2 walau sbnrnya muda lg, dr bujang jd mak, datin2
lps ni takde harapan la kot

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top