Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kes Anjing Liar Serang Budak Sekolah, "Yang Pertahan Sangat Ni Cuba Bela Sendiri"

Shimmer Shine|20-11-2019 01:21 PM Komen: 43

Kisah anjing liar menyerang manusia sememangnya acap kali dipaparkan media masa. Terbaharu kanak-kanak berusia enam tahun cedera parah setelah digigit anjing liar. Ianya boleh dilihat menerusi CCTV di sekolah tersebut.


Mohd Adib Asyraf yang mengalami luka teruk di bahagian tengkuk, telinga, lengan, ketiak dan celah paha bukanlah mangsa pertama serangan anjing itu tetapi ramai juga pelajar sekolah termasuk guru menjadi mangsa.

fb

Seorang guru di sekolah itu, Nurzuliana Zakaria menjelaskan yang bukannya Adib mengacah anjing seperti yang diperkatakan segelintir warganet, tetapi anjing itu yang bermasalah, membawa kumpulannya menyerang manusia.

"Kalau tengok CCTV, dia sampai jam 2.10 petang. Dia tunggu depan kelas dan waktu itu memang semua kelas berkunci. Laluan dalam video tu memang laluan haiwan tu. Ramai yang pernah dikejar, termasuk guru sendiri," katanya seperti dipetik Twitter.

Malahan, kes paling baru berlaku di Ranau, Sabah di mana seorang murid perempuan berusia tujuh tahun turut diserang anjing liar.

Twitter

Ianya membawa kepada permasalahan pihak berwajib yang sukar melaksanakan tugas kerana diganggu oleh pihak tertentu. Mereka diganggu dengan alasan perikemanusiaan pada binatang yang tiada tempat berteduh. 


Namun, ia mendapat kecaman dari warganet yang beranggapan jika betul pencinta haiwan, ambil tanggungjawab menjaganya bukan melepasnya begitu sahaja.


Begitulah, masalah anjing liar perlulah ditangani dengan tegas oleh pihak berwajib. Undang-undang sudah ada, jadi perlu penguatkuasaan pula. Harapnya, masalah ini dapat ditangani secepat mungkim demi masa depan generasi kita.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 43
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Asdan 25-11-2019 02:44 PM
tompie replied at 20-11-2019 04:11 PM
Kat are rumah aku pun banyak, nak2 kat kawasan construction site..
Orang jogging pun kena kejar, na ...

musuh   

Lain-lain Komen

Quote Asdan 20-11-2019 01:57 PM

haiwan serang ada 2 sebab untuk makanan atau protect diri / area mereka
Quote ~boolean 20-11-2019 02:08 PM
Pura2 pencinta haiwan tapi tak mahu bertanggungjawab.

ini kes anjing liar,

tapi di kawasan rumah aku, anjing BELAAN pun dibiar keluar tanpa pengawasan, berak merata-rata, serang  joggers.

takde sikit pun cina caprut pemilik anjing nak bertanggungjawab.
Quote Kurex 20-11-2019 02:18 PM
Asdan: haiwan serang ada 2 sebab untuk makanan atau protect diri / area mereka


kau ni tau tak apa tu anjing gila, anjing liar?
binatang macam ni, tak ganggu pun dia serang orang la ngok..

aku rasa kau kena sumpahan ikan jadi bodoh la @Asdan
Quote adila39 20-11-2019 02:29 PM
yg budget nak defend sgt ni kenapa? kenalah sedar diri. Ni malaysia. Rakyat Malaysia x layak lagi nak bela anjing sbg binatang peliharaan sbb masih belum cukup maju dari segi mental dan sikap.

So anjing yg ada kat malaysia ni pun semua level low.. kalau memudaratkan baiklah musnahkan sahaja.

Janganlah compare dgn kucing.. sikap kucing berbeza.

Nak mcm westerners tapi level x cukup sampai lagi.
Quote adila39 20-11-2019 02:31 PM
Asdan replied at 20-11-2019 05:57 AM
haiwan serang ada 2 sebab untuk makanan atau protect diri / area mereka

sekolah bukan area dia la pakcik.
Quote MissLana 20-11-2019 02:45 PM
bkn setakat manusia kena serang, anjing liar ni kandang arnab pun diserang, arwah dah bunny aku 3 ekor. kesian sgt. belum cte lg anjing liar jaga kebun kt kg melilau ke tgh jln melintas membahayakan pengguna jln raya. terlanggar kena samak pulak habis kemek kereta, nak elak mau terbabas jd accident. ni pengalaman aku la
Quote Bunggah 20-11-2019 03:01 PM
Anjing tu mungkin ade penyakit anjing gila. Tapi dlm video tu, budak tu pon lari. Sian, budak tu.
Quote djzara81 20-11-2019 03:25 PM
Area umah aku byk anjing liar merayau2 smbl melolong mcm werewolf pagi2 buta. Pastu buat port kt playground, baring atas bangku wakaf. Pnh kejar jiran pakcik tua bermotor.
Quote mawarika 20-11-2019 03:34 PM
Rasa nak maki org je... takdenya la nak g kacau haiwan tu dulu. Dasar anjing! Mmg anjing.. org lalu beradab pun dikejarnya. Kesian bebudak yg kena kokak ni. Kalau aku mak dieorg mmg aku tembak pakai pistol air anjing tu semua
Quote Intanterpilih09 20-11-2019 03:38 PM
Kat rumah aku bukan anjing liar tp bertuan.Tuan dia biarkan ja dia bebas.Dah la x ikat n biar anjing dia berak depan rumah org.aku Dah nekad kalo dia kaco aku nak pukul dgn kayu depan tuan dia biar patah kaki .
Quote dino 20-11-2019 03:43 PM
mawarika replied at 20-11-2019 03:34 PM
Rasa nak maki org je... takdenya la nak g kacau haiwan tu dulu. Dasar anjing! Mmg anjing.. org lalu  ...

yg jenis liar ni org lalu pun die p kejar takde makna la org nak kacau pun

yg so called pencinta haiwan tu takyah la menyibuk... ambik bela la ngok
Quote dino 20-11-2019 03:44 PM
Intanterpilih09 replied at 20-11-2019 03:38 PM
Kat rumah aku bukan anjing liar tp bertuan.Tuan dia biarkan ja dia bebas.Dah la x ikat n biar anjing ...

report sis.. klau ikut hati tak psl2 kena kote plak haha
Quote msbegawan 20-11-2019 03:44 PM
oh noooooooo kesian budak2 tu ((

​semalam iolls singgah rumah mak
area situ banyak lah pulak anjing
tak tau sapa punya
area situ rumah nya banyak sebuah sebuah
takde pagar
selipar baru iolls yang mahal dilarikan anjing tu
geram je

tapi serius
kebanyakan orang malaysia ni tak yah la bela anjing
ada sekali tu sorang minah ni bawak anjing dia jalan2
sekali anjing dia berak depan rumah iolls
lepas tu selamba je tuan nya bawak sambung jalan
bukan nak bersih kan ke, apa ke
geram gilaaaa

kau nak bela dia, make sure kau jaga segala berak kencing dia
eh kucing pun sama tau
pagi2 semalam masa iolls nak get ready pergi kerja, iolls nampak habis tapak kaki kucing berpesta atas kereta iolls
iolls tau kucing sapa
husband iolls tukang marah
tapi boleh marah je lah
tuan kucing buat bodo je
seriously cannot brain these type of morons
Quote tipuware 20-11-2019 03:52 PM
Aku igt masa kecik dlu, anjing liar kejar aku n abg aku naik beskal. Abg aku terlalu takut smp tak dpt nk gerak. Anjing tu dtg dkt, abg aku gi sepak muka anjing terpelanting dia. Sjak dr tu, anjing tu nampak abg aku aje dia lari..

So yes aku setuju biarkan PBT amik tindakan dalam had kuasa masing2
Quote Dwdrum 20-11-2019 03:57 PM
Kurex replied at 19-11-2019 10:18 PM
kau ni tau tak apa tu anjing gila, anjing liar?
binatang macam ni, tak ganggu pun dia serang o ...

ada beza anjing gila dan anjing liar
Quote Kurex 20-11-2019 04:03 PM
Dwdrum replied at 20-11-2019 03:57 PM
ada beza anjing gila dan anjing liar

kau terangkan dekat asdan
Quote lemak_masin 20-11-2019 04:06 PM
Tangkap jee anjing2 tu... menyusahkan betul.. yg sayang sangat anjing tu.. pi pusat pengumpulan hewan yang kene tangkap  tu, pi adopt dan bawak masuk rumah jaga betul2... ini setakat bagi makan jee.. pastu biar anjing lepas buat apa..
Quote tompie 20-11-2019 04:11 PM
Kat are rumah aku pun banyak, nak2 kat kawasan construction site..
Orang jogging pun kena kejar, naik beskal pun kena kejar..
mangkuk betul..
Kalau kes mcm ni @Asdan nak categorisekan aku ni sebagai apa?? makanan anjing? aku nak amik kawasan anjing?
sama mangkak..

Bila Majlis datang nak tangkap, pandai pulak anjing2 ni menyorok.. hanjing betul
Quote Dwdrum 20-11-2019 04:12 PM
Kurex replied at 20-11-2019 12:03 AM
kau terangkan dekat asdan

sebab obvious sangat anjing yang gigit budak 6yo bukan anjing gila ... cuma untuk agressive dog untuk protect teritory

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.194406s Gzip On
To Top