Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Teringin Bergambar Bersama' - Terlalu Gilakan Pemain Harimau Malaya, Gadis Ini Sampai Depresi

20-11-2019 10:45 AM|Sang_Pencinta| Komen: 155

Orang kata kalau meminati bintang hiburan, personaliti atau ahli sukan, biarlah berpada-pada agar tidak sampai ke tahap yang boleh memudaratkan. 

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis yang mendedahkan kepada MStar bahawa beliau terlalu meminati pemain Harimau Malaya, Akhyar Rashid sehingga mengalami depressi.

Siti Aminah Adam, 18, mendedahkan bahawa gara-gara hasratnya untuk bertemu dengan pemain bola itu tidak kesampaian, beliau mengalami gangguan emosi dan kemurungan hampir sebulan.


Kredit foto: MStar


'Saya minat dia sebab kacak dan lawak, sejak dia berumur 19 tahun lagi' tuturnya.

Galeri di handphone Siti Aminah juga penuh dengan gambar pemain tersebut. Kerana ingin bersemuka dan memberikan hadiah, Siti Aminah berangan-angan untuk berjumpa dengan pemain itu dan tidak pernah ketinggalan untuk menonton setiap perlawanan melibatkannya di TV.


Kredit foto: MStar


'Ada sekali saya ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan, selepas perlawanan saya berniat jumpa Akhyar untuk bergambar bersama tetapi saya ditolak peminat lain dan terjatuh sehingga siku berdarah' luahnya.

Menurut Siti Aminah lagi yang sudah tidak bersekolah sejak Tingkatan 2, kegagalan untuk bergambar dan bersemuka dengan bintang pujaannya menyebabkan dia mengalami kemurungan hampir sebulan.


Kredit foto: MStar



'Saya rasa bukan diri saya, kadang-kadang saya menangis tiba-tiba, selera makan saya berkurangan dan tidak dapat tidur' katanya.

Akhirnya dia sedar dan bangkit dari masalah selepas ditegur oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya.


Kredit foto: MStar


Kini sudah pulih, beliau masih lagi ingin bersemuka dengan pemain JDT itu jika berpeluang tetapi mengambil pengalaman silam sebagai pengajaran untuk tidak terlalu fanatik dalam meminati seseorang. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 155
Komen

Previous : Kerjasama Pereka Fesyen- Artis Malaysia, Siapa Yang Paling 'Menjadi' Dan 'Ngam'?

Next       : 'Kelate Pengotor Ganu Kaki Santau ' - UKM Confession Mengenai Awek Seluruh Malaysia Ini Jadi Kontroversi

Komen Terbaru

Quote newyork 29-11-2019 04:34 PM
Gatainyaa sampai saiko

Lain-lain Komen

Quote armin 20-11-2019 10:52 AM
Dahsyatnya dik dah taksub sgt tu sampai depression. Ni mesti berangan sangat nak couple dgn mamat tu kan. Mamat tu pun confirm takut belum apa2 dah depression. Scary dik
Quote thetimes 20-11-2019 10:54 AM
Macam psiko dah ni...serammm
Quote SWORKS27 20-11-2019 10:55 AM
g begambau dengan indon la woi adik
Quote prizadane 20-11-2019 10:57 AM
Psiko nya kau dik. Kalau aku jadi mat yat, aku akan avoid fans camni.

Ni kalau kawin or bercinta dengan anyone, n cinta mati pulak tu, confirm laki tu kena ikat sampai bila bila..
Quote BicaraHatiku 20-11-2019 10:57 AM
Ni bukan cinta ke apa... ni dah level taksub.... obsesi. Something wrong...
Quote harizs 20-11-2019 10:58 AM
Kenapa dedah aib sendiri kpd akhbar?
Quote palmolive 20-11-2019 10:58 AM
kenapa adik tidak bersekolah sejak tingkatan 2?
Quote Themilo 20-11-2019 10:59 AM
tak sekolah sejak dari tingkatan 2? pastu membirah kejar player football? gi cermin diri tu dulu dekk.. mohon @Kurex nasihatkan adik ni
Quote grouper 20-11-2019 10:59 AM
Ini pun blh jadi berita..sampah sgt berita mstar ni. Interview pun melalui ws.
Quote prizadane 20-11-2019 10:59 AM
Lepas tu baik la kau pergi sambung belajar dik..form 2 dah berhenti sekolah, nak buat apa? Kau ingat mat yat ni nak ke bercinta dengan budak perempuan takde masa depan? Footballer zaman sekarang semua nak gf kaya, ada pendidikan
Quote watie_na 20-11-2019 11:01 AM
viral, lps tu mamat tu contact le dia blg bergambar sama2. ppuan gedik.
Quote fliphair8 20-11-2019 11:03 AM
anything from bbnu tak menghairankan
Quote Kurex 20-11-2019 11:03 AM
Themilo replied at 20-11-2019 10:59 AM
tak sekolah sejak dari tingkatan 2? pastu membirah kejar player football? gi cermin diri tu dulu dek ...

kepada adik ni, aku tau ni cuma cerita kau buat2 depresi supaya orang tagih simpati, supaya akhyar kurex boleh bergambar dgn kau kan?dgn harapan akhyar kurex simpati dgn depresi kau yg dibuat-buat tu kan?

membirah kita jgn sampai buat2 depresi.. jgn tagih simpati..

Quote chicozinn 20-11-2019 11:04 AM
ko bukan murung tapi ko psycho namati..weyhhhh cikki, aku memuda dulu pun minat gak kat player bola international sorang ni nama Deco tapi xde la aku nak meratib menangis semata2 xdpat bergambar dengan dia..tapi tazzangka sepanjang aku gilakan si deco ni rupanya kat malaysia dah 2x kali jumpa mamat menyerupai deco..yg sorang aku jumpa masa minggu bahasa kebangsaan (sempat la berkenalan gak) n sorang lagi sedara laki aku merangkap matchmaker aku n somi..hikhik
Quote prettyuglybabe 20-11-2019 11:04 AM
budak pompuan zaman milennials memang ramai tak berkemaluan kan..
hidup penuh angan-angan..
Quote kaseh80 20-11-2019 11:05 AM
Tahap kegedikan yg amat
Buat malu kaum wanita

Quote anony-mous 20-11-2019 11:06 AM
Jilaker minah ni. Dah la xsekolah. Pesen gelenyar. Kalau i jd akhyar mmg sorry la nk jumpa. Peminat mcm ni makin dilayan makin psiko. Gi mampos dgn ko punya so-called depression tu
Quote chicozinn 20-11-2019 11:07 AM
palmolive replied at 20-11-2019 10:58 AM
kenapa adik tidak bersekolah sejak tingkatan 2?

sibuk nak berlaki barangkali..kottttt

Quote paz 20-11-2019 11:08 AM
Pelik gila budak ni. Takde orang keliling dia ke nak tolong dia?

Bukan tolong cari player tu jumpa dia. Tolong mental health dia ni, macam teruk aja.

Lihat semua komen(155)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.066068s Gzip On
To Top