Warga Cyberjaya berdepan insiden mendebarkan apabila berlaku adegan kanak-kanak lelaki 'dilarikan' ibu kandungnya. Menerusi Facebook Cyberjaya Info, kejadian dikatakan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya pada Khamis lalu. "Difahamkan, insiden tercetus kerana perebutan anak antara ibu kandung dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak usia 3 hari (berdaftar dengan JPN)." Loading FB Post... Menurut saksi kejadian, kanak-kanak lelaki di dalam kereta menjerit meminta tolong dan enggan mengikut ibu kandungnya menaiki kereta Perdana hitam. Jelas kelihatan menerusi video yang menunjukkan orang ramai menghalang kereta berkenaan dan membantu menarik mangsa yang dikenali sebagai Haikal keluar. Insiden tarik-menarik dan pertikaman lidah kemudian dileraikan polis yang tiba di lokasi kejadian. Dalam kemas kini terbaru mengenai kejadian, pak cik angkat mangsa iaitu Azmil Aziz memaklumkan Haikal sudah pulih daripada trauma. Loading FB Post... Sementara itu, sepasang suami isteri direman empat hari untuk membantu siasatan. - CARI
|
ell768 replied at 19-11-2019 11:36 AM
kecoh laa kejap sekolah...aku siap call anak aku tanya..kenapa x bwk turun softbal bat tu pg tlg bel ...
ally9970 replied at 18-11-2019 03:27 PM
Kenapa nama Facebook Cyberjaya Indo ?
justchu replied at 18-11-2019 03:37 PM
Tak memasal jam jalan tu, dah la byk kereta...sure hangin org2y g nak cepat kot2 kenam asuk opis bal ...