Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pasti Terliur, Ini Resipi Daging Bakar Danok Yang Perlu Anda Cuba!

19-11-2019 11:21 AM|intan| Komen: 16

Jika anda pernah ke Danok, Thailand pasti anda pernah menjamah daging bakar yang sungguh sedap. Kiranya kalau dah cuba pasti teringat-ingat setelah pulang ke Malaysia.

Tapi kalau mengidam takkan nak pergi Danok setiap kali kan? Sudahlah mahal perjalanan ke negara Gajah Putih tersebut. Namun, kini tak perlu risau lagi kerana saudari Diaz Yushazlina  telah bermurah hati berkongsi resepi daging bakar Danok yang perlu anda cuba. Pasti akan membuka selera anda!

Cara dan bahan untuk perapan daging


Untuk perapan daging, mula mula potong nipis daging dalam ukuran 2 atau 3 cm. Kemudian perap daging tersebut dengan 1 sudu sos ikan, 2 sudu sos tiram. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu gula perang, sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak, sedikit serbuk cukup rasa dalam 1 atau 2 sudu.

Sos Daging Bakar

Untuk sos pula,
1.  Sediakan akar daun ketumbar
2.  Daun ketumbar 
3. 1 sudu beras yang sudah disagai dan ditumbuk terlebih dahulu, 
4. 1-2 ulas bawang putih
5. 1-2 sudu sos ikan ikut tekak masing-masing
6. 2 biji limau nipis diperah
7. 1 sudu gula perang
8.  1/2 keping gula melaka yang ditumbuk hancur sedikit
9. Serbuk cili
10. 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dipotong nipis.

Untuk menyediakannya, tumbuk akar daun ketumbar dan daun ketumbar sehingga lumat, kemudian masukkan sos ikan, gula perang, gula melaka, beras yang disagai tadi, serta perahan limau nipis. 

Setelah sebati, tambah sos cili, sos tiram untuk pekatkan sos , kemudian masukkan daun ketumbar yang dipotong. Serbuk cili ditambah ikut kesesuaian tekak,  kemudian tambah bawang besar yang dipotong nipis. Jika tawar, boleh tambah garam sedikit.

Bakar daging perapan


Daging yang diperap pada awal tadi kemudian dibakar dalam pemanggan ajaib dalam masa hingga 20 ke 30 minit. Untuk hasil yang terbaik, daging perlulah diperap semalaman dan dicampur dengan sedikit hirisan halia. Bakar bersalam hirisan halia tersebut untuk mendapatkan daging yang lebih lembut. Dinasihatkan juga untuk memasak dengan api yang perlahan.

Selamat mencuba! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : Ini Bukan Cobaan, Resepi Kek Mentega Pasti Jadi!

Next       : "Cantik, Sayang Nak Makan" Special Dan Tular, Kek Gulung Mini Pelangi Kena Cuba

Komen Terbaru

Quote i_is_kennot 12-12-2019 11:12 PM
Tenkiu resepi..  

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 19-11-2019 11:35 AM
Patut la member rajin pgi Danok dulu2..sdp rupanya daging kat sana..dgr kata ayam golek pn sdp jgk kat sana..mcm2 rasa murah plk tu.rambang mata nk memilihh..
Btw blh try resepi nti ry hj nti..
Quote MsKathryn 19-11-2019 11:36 AM
Sedapnya..
Quote MadameOnion 19-11-2019 12:11 PM
terliur sudahhh
Quote gummiebear 19-11-2019 12:21 PM
Ini yang dipanggil harimau menangis tu ke? Sedapnyeee
Quote MissLana 20-11-2019 09:12 AM
sedapnyaaa tp kt rumah iols saje yg makan daging hmmm
Quote MsKoreanfanatic 20-11-2019 11:55 AM
amik resipi ye.. nnti nak try~ terima kasih
Quote hollahop 21-11-2019 10:40 AM
sedap ni. pernah mkn kat kedai.
sos cicah dia tu yg buat lagi sedap.
kena pulak daging lembut. mmg ngam la

nak try resepi ni.
Quote jo_je 21-11-2019 04:31 PM
sedapnya
Quote mimienaa 23-11-2019 05:22 PM
www.thecuci.com

Terima Kasih kongsi resepi ini, sesuai untuk orang yang tengah diet
Quote muhamd1 5-12-2019 07:28 PM
As far as how rapidly your new supporters will be conveyed,well in the event that you need to set your Instagram on autopilot and watch itgain devotees without raising a finger, at that point buy Instagram Story Views  SK Followers Pro isexactly what you're searching for. This "supercharged" administrationhas been demonstrated to get results. First of all, we works constantly foryou. Its frameworks run for 24 hours per day, each day of the week.. Moreover,we are verified with the most modern encryptions and conventions. That impliesyou don't have anything to fear with regards to securing your data.

Quote weezerfan 9-12-2019 11:06 AM
Sos dh pernah buat lebih kuranglah mcm sos dagin danok tu. Cumanya daging dia guna tu x sama. Kena yg ada lemak2 jugak baru sedap.
Quote weezerfan 9-12-2019 11:07 AM
Boomibulat replied at 19-11-2019 11:35 AM
Patut la member rajin pgi Danok dulu2..sdp rupanya daging kat sana..dgr kata ayam golek pn sdp jgk k ...

X murah mana pon sbb currency kita teruk.
Quote i_is_kennot 12-12-2019 11:12 PM
Tenkiu resepi..  

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083885s Gzip On
To Top