Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Padan Muka! Seronok Sangat 'Pedajal' Alat Kemaluan Haiwan, Jururawat Digantung Tugas

Oleh: LilRose|15-11-2019 02:03 PM Komen: 19
Klinik Haiwan Ohana VetCare di Pasir Ris, Singapura menggantung dua jururawatnya kerana mempamerkan tingkah laku tidak bermoral.

Keputusan itu berikutan kecaman yang menghujani klinik terbabit selepas jururawat berkenaan memuat naik video ke laman sosial peribadi mereka menunjukkan perbuatan mereka bermain dengan alat kemaluan anjing yang telah dimandulkan.


Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram

Salah satu video menunjukkan mereka melempar dan mencampak testikel anjing berkenaan di dalam klinik berkenaan.

Malah, salah seorang daripadanya dilihat melambung-lambung alat kemaluan haiwan itu.


Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram

Satu lagi video menunjukkan mereka menepuk tangan tangan dengan kuat di sebelah seekor anjing yang dibuang telinganya akibat jangkitan kuman.

Mereka seolah-olah tidak menghormati haiwan terbabit dengan mengejeknya. Sangat biadab!


Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram

Manakala, sebuah lagi video menunjukkan seorang jururawat merakam dirinya sedang memicit-micit bahagian kerandut arnab sambil tertawa.


Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram

Berikutan kejadian, pihak klinik mengeluarkan dua kenyataan di laman Facebook mereka.

Kenyataan pertama seolah-olah menyebelahi kelakuan tidak bermoral staf terbabit dengan memberi alasan bahawa mereka masih muda dan tidak matang.

Mereka bagaimanapun tidak akan digantung tugas, sebaliknya hanya akan dikenakan tindakan disiplin.


Kredit foto: FB

Namun, kenyataan itu kemudian digantikan dengan kenyataan baru yang memaklumkan bahawa kedua-dua jururawat terbabit sudah digantung tugas yang berkuatkuasa serta-merta.

"Video itu menunjukkan tingkah laku tidak wajar bagi individu yang bekerja di pusat penjagaan haiwan, di mana tujuan kami adalah memastikan kebajikan haiwan terjaga. 

"Kami telah mengarahkan mereka untuk menghapuskan video terbabit dari akaun media sosial mereka. Kami juga telah menggantung mereka serta-merta sementara siasatan dilakukan," tulisnya.

Walaupun video terbabit telah dipadam bersama akauan media sosial mereka, ia telah disebarkan warganet lain.

Mana pergi sikap perikemanusiaan terhadap haiwan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
14
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote babyLON. 18-11-2019 01:05 AM
fliphair8 replied at 15-11-2019 03:16 PM
hakak ingat org yg sayang binatang je yang keje vet ni...

sama la i pun ingat animal lovers ja kerja mcm ni. rupanya perangai cam haram pun ada jugak

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 15-11-2019 02:35 PM
sewel, masap betul buat macamtu.moga khau difanah petir dik
Quote any42 15-11-2019 03:00 PM
gila. jgn nnti esok2 ko sakit msuk spital ttiba doc sume bz nk periksa ko tpksa ko dok mlalak sensorang tahan sakit berjam2. haiwan tu ttap mkhluk bnyawa ko dok bgurau bodo mcm tu.
Quote shernazz 15-11-2019 03:13 PM
Amende la...
Ngong
Walaupon bg aku tu ada sikit info
Tp cara depa salah
Kang orang dok bouncing tetek ko kang ..baruntau
Quote fliphair8 15-11-2019 03:16 PM
hakak ingat org yg sayang binatang je yang keje vet ni...
Quote Perawankota 15-11-2019 03:37 PM
Aku geli lah dgn dorg ni
Quote saviour_09 15-11-2019 03:59 PM
stupid bitch doing stupid things
Quote Supersirap 15-11-2019 04:08 PM
Tidak baik buat perkara sebegitu kan sudah terkena
Quote Psfzi 15-11-2019 06:12 PM
Main main ko ni... kan dah kena kantoi
Quote bondeh 15-11-2019 07:17 PM
Dah biasa main picit2 telo nih...
Quote munchkin 16-11-2019 12:17 AM
Biadap gila. Tendang kan sekali pooki depa ni.
Quote diss69 16-11-2019 09:35 AM
Xkira laa apa binatang sekali pon.. Tlong laa respek sebagai makhluk bernyawa..
Quote raxief 16-11-2019 01:14 PM
yg kena potong telinga tu anjing ? kucing kan ? cat or seal ?
Quote HannahMontana 16-11-2019 01:28 PM
biadap ,kurang ajar  humban terus ke neraka.
Quote Nokiaman 16-11-2019 07:07 PM
Pelik betullaa depa nie
Da taw kalau buat camni siap amik video viralkan sure dapat penangan buang keje
Masih buat jugak..
Hadaplaaa sekalian ye...
Quote Elanarose 16-11-2019 08:38 PM
Haish budak2 sekarang semuanya nak buat main. Hari tu pasal kubur, ni pasal alat suit haiwan pulak. Sensitif tu penting ya adek2. Allah dah muliakan anak Adam jangan la pulak kita downgread kan diri kita dengan benda2 tak sensitif macam ni.
Quote Jorja 17-11-2019 05:49 AM
Zaman sekarang ni memang betul wujud manusia yg sanggup buat apa saja demi likes on socmed acc
Quote Pamelaloba 17-11-2019 09:46 PM
Takde keje cari keje. Budak2 zaman sekarang tak kisah negara mana, memang suka buat benda bodoh
Quote ikanmasin 18-11-2019 12:21 AM
bijak sgt ni..dah tau buat benda2 tak elok gitu..dah kenapa siap videokan
dgn sebarkan pl..sendiri mencari masalah..tanggunglah
Quote babyLON. 18-11-2019 01:05 AM
fliphair8 replied at 15-11-2019 03:16 PM
hakak ingat org yg sayang binatang je yang keje vet ni...

sama la i pun ingat animal lovers ja kerja mcm ni. rupanya perangai cam haram pun ada jugak

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.231999s Gzip On
To Top