Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Dah-Dahla Tu Berlakon, Jadi Duta OEM, Kami Nak Ziana Zain Buat Lagu Baru.."

15-11-2019 11:39 AM|Shimmer Shine| Komen: 138


Tersenarai antara penyanyi senior yang masih berbisa, Ziana Zain adalah fenomena di era 90an dan awal 2000. 

Namun, di saat ini, kerjayanya jadi caca marba. Tetap sebagai penyanyi, kemudian menjadi duta produk OEM dan seterusnya berlakon pula. Seakan tiada satu pun yang begitu melekat di ingatan peminat untuk bakat seni sehebatnya.

Itulah yang diutarakan oleh peminat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu bernada tinggi ini. 

Ig

Mengkritik bukan kerana faktor umurnya yang sudah mencecah abad atau suaranya sudah tidak seperti dahulu tetapi peminat menagihkan karya nyanyian terbaru darinya. Takkan itu pun tak boleh?

Ig

Menurut Ig Kak Bedah Tonggek, sudah 10 tahun Ziana menjelaskan dalam mana-mana temuramah bahawa dia sedang mencari material baru tetapi sampai sekarang, tiada pun album tersebut hatta 'single' sekalipun.

"Ziana Zain dah 11 tahun takde hits single, 17 tahun takde konsert solo, 18 tahun takda album solo, 20 tahun tak lead mana-mana box office film. Banyaknya lopong dalam karier akak." - Sepitsiput

Ig

Menurut mereka lagi, sedangkan artis sezaman Ziana sendiri seperti Aisyah, Sheila Majid dan Ramlah Ram mempunyai karya terbaru. Jika Ziana masih dengan lagu "Sekebun cinta..." peminat pun jemu.

Lebih dasyat, ada yang mencadangkan Ziana menyertai pertandingan Gegar Vaganza kerana lagenda Aisyah sendiri pernah menyertainya. Tiada salah pun kerana GV bukan sekadar 'comeback' tetapi untuk menunjukkan kehebatan menyanyi.

Ada pula yang menyatakan kekesalan kerana Ziana tidak sehebat Siti Nurhaliza sekarang. 

Twitter

Malahan, peminat Ziana sendiri tidak merestui pembabitannya dalam lakonan yang biasa-biasa sahaja. Mereka lebih mendambakan lagu baru. 

Ig

Wah! Kritikan bermanfaat sebenarnya, mungkin pengurusan Ziana Zain perlu mendengar komen sebegini untuk kelangsungan kerjanya kerana Ziana Zain masih antara penyanyi yang ditunggu-tunggu kemunculannya.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 138
Komen

Previous : "Ko Ni Buta Ke Apa?!" - Peminat Geram Rita Rudaini Disamakan Dengan Sajat, Eh?

Next       : "Dia Buat Susu Pisang Pula..." Neelofa Diusik Macam Nak Buka Kedai Runcit..

Komen Terbaru

Quote fadz84 24-11-2019 08:19 PM
ashilalat replied at 24-11-2019 08:15 PM
Wujud lagi ke bmg nya skrg? Ke dah pupus sama dgn retis2 mcm nek jena dgn kak mitch?

Dasar pema ...

BMG dh merge dgn Sony Music. Jadilah Sony BMG Music. At least kak Mitch ada lah Sampai Bila tu as comeback single. Kak Jena, hmmmm berdekad x kuar single baru.

Lain-lain Komen

Quote lasagna 15-11-2019 11:52 AM
i ada dgr2 cerita.. sbrnya lagu dah siap, sheol masih tak ready nk release kan..
ala2 tak move on lagik ke camne? haihhhh.. kakG kakG.. bising dah kaki kipas mati dia.
Quote unguaurora 15-11-2019 11:59 AM
Maybe sheols risau single baharu sukar diterima oleh peminat2. Tu yg sampai ke sudah krik2 sajorrkk
Quote jpbstarlife 15-11-2019 12:08 PM
harap blh la terima kritikan ni sbg nasihat... ramai yg tggu kak ziana oiitt...
Quote c===8 15-11-2019 12:11 PM
mungkin single dah siap, suara dlm kaset tarik tinggi giler, cuma risau nanti buat live tarik tak sampai
Quote beloomberk 15-11-2019 12:12 PM
Gmbr rmai2 tu,  skli tgk dh mcm wan pulak
Quote Rhyno 15-11-2019 12:15 PM
mampoo lg ke nyanyi live
Quote Mawar91 15-11-2019 12:16 PM
lasagna replied at 15-11-2019 11:52 AM
i ada dgr2 cerita.. sbrnya lagu dah siap, sheol masih tak ready nk release kan..
ala2 tak move on  ...

Move on kes ape chouls?sory meols terlepas train
Quote mieymiey 15-11-2019 12:17 PM
Sepesen jer dagu semua
Quote Kurex 15-11-2019 12:25 PM
larat lagi ke
Quote polluxsstar 15-11-2019 12:46 PM
macamana nk buat dagu mcm diorg ni secara natural? tingin jgk nk ade dagu runcing cmtu.
Quote chicozinn 15-11-2019 12:52 PM
tak kisah la yg penting lagu teredmak dia sekebun tu je la smpai abg jamil mampos
Quote electricopop 15-11-2019 12:58 PM
Zaman dia dh abes la kut... but maybe satu lagu baru la tuk ubat hati peminat...
Quote LadyCarefree 15-11-2019 01:00 PM
Pencen terus je lah. Beli kebun buat homestay. Tanam jagung.
Quote Tukul.Besi 15-11-2019 01:02 PM
Satu je ayat i kepada kak G, PEMALAS!!!
Quote mixed 15-11-2019 01:22 PM
adek2 semua dah bising kak zz xda album baru
bamnuar next year katanya nk kuar album baru
sempena umur heols yg ke 50
Quote adelea 15-11-2019 01:34 PM
boleh nyanyi lagi ke ?
Quote lovelytouch 15-11-2019 02:00 PM
Edited by lovelytouch at 15-11-2019 02:02 PM

No doubt zz ni boleh nyanyi live dgn bagus. Kalau Madah Berhelah tu dia boleh perform key ori sambil duduk so whats the problem and akaq setuju 200% dgn statemnt ni kita tak nak another drama picisan dari zz. Kita x nak fesyen2 and tips2 jaga badan. Kita nak lagu baru. Lagu x boom u keluar next lagu sampailah jamil mampos. U PENYANYI OK! Gitttccheww
Quote fadz84 15-11-2019 02:05 PM
Wah @sepitsiput mendoniaaaaa betul di IG skrg ye.. last kak Ziana kuar single lagu Pawana kn?
Quote miss_strangers 15-11-2019 02:09 PM
Masuk GV je acik ziana...iols pasti jadi army acik ziana n Akan backup acik ziana Dari haters..

Lihat semua komen(138)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.189580s Gzip On
To Top