Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tahniah! Barista Malaysia Juara Pertandingan Seni Latte Dunia, 'Tak Sangka Hebat Betul'

15-11-2019 09:39 AM|Pink Lily| Komen: 44

Kredit foto: Ig Irvine
Barista yang berasal dari Malaysia, Irvine Quek Siew Lhek dinobatkan sebagai juara 2019 World Latte Art Battle (Pertandingan Seni Latte Dunia 2019) yang diadakan di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. 

Pertandingan yang berjalan dari 9 hingga 11 November itu dianjurkan oleh World Coffee Battle, menyaksikan anak muda berusia 21 tahun itu mengalahkan Kim Young Jin dari Korea Selatan dengan 10 mata, menjadikan skor diperolehinya berjumlah 73.   

Kredit foto: Ig Irvine
Lebih membanggakan, kejohanan ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut bagi Quek!

Tahun lepas, Quek menyandang gelaran yang sama pada 2018 World Latte Art Championship (WLAC) yang berlangsung di Brazil. 


"Menyandang gelaran juara dunia pada hari yang sama, tapi tahun berbeza. Selepas 365 hari, saya kembali di atas pentas lagi," tulisnya di Instagram. 

Jelas Quek, beliau mengambil masa selama 3 bulan hanya untuk menghasilkan satu corak.

"Saya cuba untuk menyempurnakan corak ini dalam setiap perinciannya dan untuk memastikan ia kelihatan lebih hidup dan memberi kesan," tulisnya lagi. 

Quek menunjukkan corak latte yang membawa kemenangannya bertajuk, 'Beruang & ikan'. Kredit foto:  Ig Irvine
Quek telah menjadi barista selama lima tahun selepas berhenti sekolah untuk meneruskan minatnya. Menurut Coffee t&i Magazine, semenjak itu beliau menubuhkan insititut pengajian seni latte di 103 Coffee Workshop di Sri Petaling, Kuala Lumpur, membuat bengkel di luar negara dan memasuki pelbagai pertandingan- bukan sahaja sebagai peserta tapi juga sebagai jurulatih dan juri. 

Beliau juga telah melancarkan bekas susu di bawah jenamanya sendiri, 'Nasty Jug'.

Tahniah Irvine Quek Siew Lhek! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 44
Komen

Previous : Hafal Al-Quran Sambil Bermain PUBG, Pemuda Ini Cairkan Hati Ramai Wanita!

Next       : Doktor Sanggup Sedut Urin, Selamatkan 'Atuk' Sakit Tak Boleh Kencing Atas Pesawat

Komen Terbaru

Quote zafira 19-11-2019 02:14 PM
sayangnya nak minum kalau order yang ada corak2.... apa pun tahniah...

Lain-lain Komen

Quote noorhairiahma 15-11-2019 09:41 AM
cantik!!

tahniah, irvine!!!
Quote True-X 15-11-2019 09:42 AM
tahniah,,,..

aku x penah order kopi ade corak.. huhuhu
Quote mokcikcctv 15-11-2019 09:44 AM
kreatifnya, Tahniahh!!
Quote Kurex 15-11-2019 09:45 AM
meh sini buat corak naga utk kurex.. comel dia ni walaupun kulop..
Quote fishcracker 15-11-2019 09:46 AM
Wow...berapa rega agaknye kopi latte ade corak beruang n ikan ni secawan {:teatime
Quote aqissa 15-11-2019 09:46 AM
Ohsome... congrats
Quote noraidil_06 15-11-2019 09:47 AM
Tahniah bro.
I pernah order latte corak rose. Punye la lama nk siap.
Quote sarah82 15-11-2019 09:51 AM
Aku pulak syg nak minum kalau latte corak cantik mcm ni
Quote teky 15-11-2019 09:55 AM
brape hengget agaknye rege secawan.....
Quote sukacactus 15-11-2019 09:58 AM
Tahniah!
Aku takat corak heart yg simple tu pun xlepas lg
Quote Hizert 15-11-2019 10:03 AM
Berseni sungguh tangan dia. Confirm bayar mahal ni.
Quote misuke 15-11-2019 10:17 AM
sayang nak minum
Quote mizruncing 15-11-2019 10:35 AM
woww teringin nk coffee yg blh buat muka sdri. kreatif sungguh. tp tak smpai ati nk minum
Quote nononcrux 15-11-2019 10:38 AM
True-X replied at 15-11-2019 09:42 AM
tahniah,,,..

aku x penah order kopi ade corak.. huhuhu

hehe sama la kite.. ape pon tahniah
Quote aHoi83 15-11-2019 10:45 AM
Tahniah. Comel design nya
Quote cik_kuntum36 15-11-2019 10:50 AM
Tahniah....
Quote True-X 15-11-2019 11:18 AM
nononcrux replied at 15-11-2019 10:38 AM
hehe sama la kite.. ape pon tahniah

mahal... dah la aku x suka kopi....

situ dah jimat banyak dah tuh... hehehe

Quote Supersirap 15-11-2019 11:36 AM
Tahniah kepada pemenang
Quote gummiebear 15-11-2019 11:52 AM
Tahniah Irvine!

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083722s Gzip On
To Top