Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Myvi Tersekat Dihalang MPV, Mujur Ramai Abang Sado Datang Tolong

Tukang Tulis|14-11-2019 11:32 AM Komen: 8
Usaha mengalihkan MPV yang menghalang laluan keluar Myvi mengambil masa kira-kira enam minit. Kredit foto: Facebook
Sikap segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kereta sehingga menghalang laluan keluar kenderaan lain atau 'double-park' memang amat menyusahkan.

Lebih-lebih lagi apabila pemandu kenderaan yang dihalang ada urusan mustahak atau kecemasan dan pada masa sama, pemilik kereta yang menghalang laluan gagal dikesan.

Seorang lelaki meletakkan jek di bawah MPV bagi memudahkan kenderaan itu dialihkan. Kredit foto: Facebook
Situasi yang menyakitkan hati itu dialami oleh seorang pemandu Perodua Myvi di tempat letak kereta di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Berdasarkan rakaman video yang tular dalam media sosial termasuk laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menghalang laluan keluar Perodua Myvi tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, datang sekumpulan lelaki membawa jek yang seterusnya digunakan untuk menaikkan badan MPV berkenaan.

Setelah beberapa kali mengubah kedudukan jek, mereka akhirnya menemukan posisi terbaik yang membolehkan MPV terbabit dialihkan. 

Myvi dapat keluar setelah MPV dialihkan. Kredit foto: Facebook
Dalam video yang dipercayai dirakamkan oleh seorang penduduk di kawasan itu, seramai 11 lelaki dilihat menolak MPV berkenaan dalam jarak beberapa meter dari kedudukan asal.

Usaha itu mengambil masa kira-kira enam minit namun sepanjang tempoh tersebut, pemilik MPV langsung tidak tampil mengalihkan kenderaannya.


Bagaimana pula reaksi netizen setelah melihat rakaman video itu?

Kredit foto: Facebook
Memang ada ketikanya kita tak dapat mengelak daripada melakukan 'double-park' tetapi sekurang-kurangnya jadilah pemandu yang beradab dengan meninggalkan nombor telefon pada papan pemuka kenderaan supaya mudah dihubungi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 14-11-2019 04:37 PM
shark_eow7: rasa nak buat benda yang sama kat jiran aku yg parking sampai masuk sempadan rumah ni..


Buat jangan tak buat

Lain-lain Komen

Quote Psfzi 14-11-2019 11:47 AM
Mana owner mpv tu... nasib kete x kena calar..
Quote Ina8895 14-11-2019 12:06 PM
Psfzi: Mana owner mpv tu... nasib kete x kena calar..


Rasanya dia yang baju biru. Datang last sekali tu
Quote akakdendeng 14-11-2019 12:26 PM
ni owner kereta otak taruk kat lutut....tak ada hati perut
Quote Ina8895 14-11-2019 12:28 PM
akakdendeng: ni owner kereta otak taruk kat lutut....tak ada hati perut


Dia sakit perut nak berak kot
Quote EmaAsmadi 14-11-2019 12:45 PM
Otak pemilik mpv tertinggal di rumah
Quote msdummy.2018 14-11-2019 12:50 PM
plat J...patutlahhhhh
Quote shark_eow7 14-11-2019 12:53 PM
rasa nak buat benda yang sama kat jiran aku yg parking sampai masuk sempadan rumah ni..
Quote Ina8895 14-11-2019 04:37 PM
shark_eow7: rasa nak buat benda yang sama kat jiran aku yg parking sampai masuk sempadan rumah ni..


Buat jangan tak buat

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.204594s Gzip On
To Top