Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kisah Dan Perkara Misteri Yang Mesti Anda Tahu Jika Ke Bangkok, 'Scary' Weh!

14-11-2019 11:46 AM|intan| Komen: 38

Jika anda pernah berkunjung ke Bangkok pasti anda tahu apakah tarikan utama pelancongan di negara Gajah Putih itu. Bangkok, Thailand memang terkenal dengan masakan tomyam-nya yang sedap, tempat membeli belah yang murah pulau-pulaunya yang indah.

Namun di sebalik kemodenan dan keindahan negara Thailand itu, terdapat beberapa kisah hitam dan mistik yang mungkin tidak ramai tahu. Kota Bangkok terutamanya menyimpan pelbagai kisah seram di sebalik beberapa lokasi terbiar di tengah-tengah bandar moden Bangkok.

Masyarakat Thailand juga mempercayai kewujudan roh jahat yang dikenali sebagai 'Tai Hong' iaitu suatu semangat jahat yang masih tinggal bersama mereka dan menghantui kehidupan mereka.

1. Ajarn Chuan Ashram

Terkenal di kalangan rakyat tempatan dan juga merupakan kisah benar, diceritakan pada masa dahulu terdapat seorang sami yang telah membina ratusan patung yang terdiri daripada figura kanak-kanak, makhluk ajaib dan gergasi. Figura patung tersebut telah diletakkan di sekeliling tempat pertapaan ataupun dikenali sebagai Ashram itu.

Yang menakutkan, patung- patung tersebut telah ditanam dan diperbuat daripada rambut, tulang dan kulit yang bertatu daripada manusia.




2. Wat Pai Ngoen

Penemuan yang masih memberi kesan kepada penduduk Thailand in terjadi pada tahun 2010 dan terbongkar apabila seorang lelaki telah terjumpa dengan seekor anjing yang mengonggog sebuah beg plastik berisi bayi. Malah, lelaki tersebut juga telah melihat anjing tersebut memakan mayat bayi tersebut.

Hasil siasatan polis mendapati hampir 2,002 mayat bayi dijumpai dalam beg plastik putih di Wat Pai Ngoen itu. Setelah siasatan, Wat tersebut menjadi tempat pembuangan bayi daripada remaja yang melahirkan anak luar nikah. Remaja yang terlanjur bertindak membuang bayi yang masih hidup ke dalam lubang disediakan di wat tersebut.

Sehingga kini, penduduk yang tinggal berdekatan Wat tersebut masih mendengar  tangisan serta gelak ketawa dipercayai daripada roh bayi-bayi tersebut.

3. Menara Hantu di Bang Rak

Di sebalik kesibukan bandaraya Bangkok, terdapat sebuah bangunan pencakar langit yang misteri di tengah kawasan Bang Rak. Menara Sathorn Unique itu merupakan sebuah kondominium mewah yang dibina 20 tahun yang lalu.

Namun, pembinaan yang gah itu tidak mendapat 'restu' dan dianggap menghina agama mereka di kalangan penduduk tempatan. Sehingga kini, bangunan tersebut terbengkalai kerana pemaju kehabisan wang.

Terdapat juga kisah misteri telah terjadi apabila seorang lelaki telah mengunjungi bangunan tersebut untuk mengambil gambar pemandangan langit Bangkok. Namun, sepanjang menyulusuri koridor yang gelap tersebut, beliau telah ternampak sekujur tubuh tergantung dalam sebuah bilik. Dia segera lari untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak berjaya dan telah memuat naik sebuah posting di media sosial. Pihak polis mendapati lelaki tergantung tersebut merupakan seorang warga Sweden. Sejak kejadian itu, kawasan tersebut telah diklasifikasikan sebagai kawasan larangan kepada penduduk tempatan.

4. Santika Pub 

Masihkah anda teringat mengenai peristiwa malam tahun baru di Santika Pub pada awal tahun 2009. Kebakaran ngeri itu telah mengorbankan lebih kurang 60 nyawa dan 100 oran tercedera.


Yang menjadi misterinya apabila sebelum kejadian ngeri tersebut terdapat beberapa tanda dan klu aneh telah ditunjukkan seperti setiap pengunjung diberikan CD cover hitam oleh staf, website Pub tersebut menggunakan tema api yang bernyala serta nama kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu digelar sebagai 'Burn'.

Tapak pembinaan Santika Pub itu juga dibina atas sebuah rumah lokasi pembunuhan. Sehingga kini masih terdengan jeritan dan pekikan meminta tolong dipercayai daripada mangsa kebakaran.

5. Rumah Pelacuran Kanchanaburi

Rumah pelacuran di Kanchanaburi ini memang terkenal dengan aktiviti hitam dan dipercayai menjadi lokasi pembunuhan wanita dan bayi. Tempat tersebut telah lama ditinggalkan dan rumah tersebut mempunyai banyak bilik antaranya bilik untuk melanggan pelacur serta bilik kecil untuk mengurung kanak-kanak. Sehingga hari ini, barang-barang peribadi pelacur masih ada tidak disentuh oleh sesiapa pun.


Rumah ini juga mempunyai laluan bawah tanah tapi tiada sesiapa berani untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Ada sumber mengatakan laluan tersebut merupakan laluan pemerdagangan wanita dan kanak-kanak. 
 
Penduduk juga dikatakan pernah mendengar suara menangis tetapi bila dicari dalam bangunan tersebut, mereka tidak menjumpai sesiapa.

Terdapat banyak lagi kisah misteri yang popular di Bangkok yang mungkin anda tidak tahu seperti jelmaan wanita di jambatan sungai Bang Pakong, perkuburan berhantu di Wat Don, misteri menara Thai Zong dan banyak lagi.

Anda tahu perkara misteri yang pernah terjadi di tempat yang anda kunjungi? Kongsikan kepada kami. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 38
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : 'Cetak Dokumen Biar Lengkap, Pakai Kemas' - Trip Impian Dua Jejaka Musnah, Ditahan Imigresen Korea

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-12-2019 11:40 PM
Meiizu replied at 16-11-2019 04:57 PM
Takmolah pi bangkok heheheh tatut

Bangkok best makan2 shopping2 massage2. Iols baru balik. Dah pergi beberapa kali.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 14-11-2019 12:48 PM
Yang No 3 tu pernah difilemkan oleh syarikat perfileman Thai satu ketika dulu
Quote sharlenetexas 14-11-2019 01:06 PM
Negara lain pun ada kes pembuangan bayi. Bukan kat malaysia je. Malah lebih dahsyat.
Quote cikatilia 14-11-2019 01:14 PM
kesiannya bunuh bebi idup2

Quote Psfzi 14-11-2019 01:23 PM
Seram weh... xbrani nk jejak kt tmpt mcm tu
Quote rospinki 14-11-2019 04:16 PM
seram aku tgk
org siam ni kuat betul pecaya hantu
hantu sana senang lenang sebab sentiasa disembah dibagi makan dek org siam
ada satu kesah org malaysia pi telen melancong..sewa keta
kena kcau hantu..sebab keta tu dulu org mati eksiden
kt sana takde org nk beli keta sekenhen takut org mati eksiden
habis tu terpaksa tolak kt sewa keta murah2.
Quote Bunggah 14-11-2019 06:17 PM
Jgnlah lawat tmpt2 gini
Quote gummiebear 14-11-2019 07:00 PM
Memang takk la iols nak melawat tempat2 gini hihu seremmmm
Quote RatuDunia94 14-11-2019 08:15 PM
Yg bangunan terbengkalai tu ada filem dia.. chaleeda big stage ada berlakon dlm filem tu..
Quote norsue 14-11-2019 09:00 PM
Kisah pembuangan baby dan bangunan terbengkalai tu ada diorang buat movie. seram betul tempat2 ni.
Quote bellaamsar 14-11-2019 09:30 PM
Paling dahsyat yg buang baby hidup2 dlm lubang tu. Tergamaknya diorang
Quote Queenmastani 15-11-2019 02:31 AM
RatuDunia94 replied at 14-11-2019 08:15 PM
Yg bangunan terbengkalai tu ada filem dia.. chaleeda big stage ada berlakon dlm filem tu..

Tajuk apa cite tu
Quote justchu 15-11-2019 07:54 AM
Banyaknya baby yg kena buang? Dasyat pelik2 siam ni segala jenis hantu semua ada
Quote BoongaKertas 15-11-2019 08:43 AM
Artemesiaa replied at 14-11-2019 04:48 AM
Yang No 3 tu pernah difilemkan oleh syarikat perfileman Thai satu ketika dulu

haah, iols pernah tgk gak. kiranya movie tu lokasi pengambaran kat sini lah kan chuols?
Quote mdhelmi 15-11-2019 09:17 AM
xheran dgn pembuangan bayi
sbb pusat pelacuran byk
Quote ninjago 15-11-2019 09:22 AM
fuhh.. nie kalau panggil geng2 cari hantu buat penulusuran mesti best. cam indon nye, jurnalrisa / diari misteri sara / indigo traveller..panggil yg geng US pn best gak cam brennen taylor, sam&colby mesti best!
Quote ninjago 15-11-2019 09:23 AM
yg kt santika pub tu macam dorg semua jadi korban ritual je.. from 'klu' yg ada before kejadian tu. cam sengaja dibakar tuk korban ramai2.
Quote any42 15-11-2019 10:44 AM
rsa pnah bca sblum ni ad org yg diupah utk dispose foetuses tu semua. mostly dikumpul dr klinik2 yg bt illegal abortion. mesti bsuk gila tmple tu. tmbah lg dgn yg mmg dtg sndri dump baby bru lhir mcm buang smpah msuk tong.
Quote Artemesiaa 15-11-2019 10:54 AM
BoongaKertas replied at 15-11-2019 08:43 AM
haah, iols pernah tgk gak. kiranya movie tu lokasi pengambaran kat sini lah kan chuols?

Betul tu dia org shoot kat situ
Quote Supersirap 15-11-2019 03:38 PM
Thanks for the info TT

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.140637s Gzip On
To Top