Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Akel Ukays, Isteri Dan Anak Sah Terbunuh Dalam Serangan Udara Rusia Di Syria

Oleh: LilRose|13-11-2019 11:12 AM Komen: 131
Bekas pemain dram kumpulan rock terkenal 90-an Ukays, Akel Zainal yang sebelum ini kecoh dikatakan menyertai kumpulan militan sejak 2014 dilaporkan terbunuh pada awal tahun ini.

Menurut BenarNews seperti dipetik mStar Online, selain Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang lebih popular dengan nama Akel itu, Mohd Rafi Udin, 53, juga dikenali sebagai Abu Ain dan Abu Awn al-Malisi iaitu seorang lagi perekrut utama Malaysia bagi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) turut maut dalam serangan udara Rusia di Syria.


Kredit foto: Babab.Net

Difahamkan, Rafi dan Akel masing -masing terbunuh pada Januari dan Mac lalu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, maklumat itu diperolehinya menerusi rakan sejawatannya serta sumber rakyat Malaysia di Syria.

Lebih tragis, isteri dan anak-anak Akel turut sama terbunuh dalam serangan itu.

"Maklumat yang diterima berkata bahawa rumah Akel di Baghouz terkena letupan bom semasa serangan udara pada Mac lalu.

"Isteri dan dua anaknya yang berumur dua dan tiga tahun juga terbunuh," kata Ayob.


Kredit foto: BenarNews

Akel dilaporkan menyertai IS dan turut terbabit dengan perang sejak konflik tercetus di Syria.

Malah, bekas anggota Ukays itu giat menrekrut wanita terutama pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke negara terbabit.

Menurut mStar, bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Syamimi Faiqah merupakan salah seorang yang direkrutnya.

Gadis itu dipercayai lari ke Syria untuk berkahwin dengan Akel selepas Facebook 'menjodohkan' mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 131
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Saya Tahu Sheila Rusly Merajuk Tak Lama" - Haji Zeel Pujuk Jangan Bersara Lagi
'Gelar Pelajar Ahli Neraka' - Sindrom Guru Celupar Tak Halalkan Ilmu Dibidas
Elfira Loy Teruja Terima Anugerah SEBA 2019 Walaupun Masih Berpantang!
Utusan Beroperasi Semula Awal 2020 Sebagai Lidah Kerajaan PH
"Takkan Bayar Orang Baru Lagi Tinggi Dari Orang Lama?" - Wan Hanafi Su Dihina Letak Harga Tinggi
Kanak-Kanak 11 Tahun Dirogol Guru Mengaji Sendiri Dalam Masjid
Gambar Sekitar Majlis, Perarakan Sambutan Pertabalan Maharaja Jepun
Solat Macam Mana? Nah Alif Satar Kongsi Video Solat Semasa Perlumbaan Ironman Langkawi 2019
Hairul Azreen Bayangkan Diri Macam Keanu Reeves, Babak Tak Berbaju Bukan Niat Jual Tubuh
"Menunggu Macam Aku Masuk Sini Percuma Pulak" - Shuib Sepahtu Mengamuk!
Gantung Diri Lepas Bunuh Isteri Kerana Cemburu Dengan Hritik Roshan
Tak Mengaku Jadi Bapa Ayam, Lacur Isteri Sendiri
Jangan Buat Kami Menontonnya - Marina Tak Restu Filem Baru Mahathir
Kerja Siapa Ni Anjing Dicat Hijau, Kucing Dicat Biru Macam Sang Wira? Tak Kelakar!
"Awak Seorang Je Lelaki Yang Boleh Hadap Degil Dan Perangai Sepah Saya" - Nabila Huda
Warganet Tumpang Gembira Mustapha Kamal Dianugerahkan Gelaran Datuk Paduka!
"Sebesar Alam, Amek Kau!" - Malas Sangat, Kawan Cetak Pas Penerbangan Saiz Gergasi
Kes Aneh Natalia Grace, Kanak-kanak Malang Atau Wanita Kerdil Yang Psikotik?
Tak Padan Lumpuh Separuh Badan, Lelaki Edar Dadah
Lelaki Merayu 'Nak Rasa' Sebelum Rogol Nenek 72 Tahun
Protes Atas Pentas Konvokesyen Untuk 'Mendemokrasikan' Kampus - Wong Yan Ke
Syed Saddiq Kata Pakai Proton Inspira Terpakai, Netizen Muat Naik Gambar Honda

Komen Terbaru

Quote nourie 20-11-2019 03:31 PM
Jihad bukanla perang semata2....

Adoila macam2.

Apapun rasanya our government kne amik tindakan la sbb mmg ramai dah rakyat malaysia pi sana atas nama jihad.

Lain-lain Komen

Quote doubleA 13-11-2019 11:31 AM
Syamimi tu ke wife yg terkorban? Innalillah. Kadang2 manusia ni sendiri yg tahu apa dia nak dan cari dalam hidup.
Quote MissLana 13-11-2019 11:33 AM
So Syamimi Faiqah student KUIS tu aka wife dia pun dah mati ye kena bom?
Quote yayasbs 13-11-2019 11:36 AM
innalilahiwainailaihirojiun..semoga arwah dan keluarga ditempatkan bersama org2 beriman..
Quote dahlamadah.. 13-11-2019 11:40 AM
tak berapa perasan dia ni dalam kump. Ukays
mcmana la dia boleh terlibat n bila masa training bagai..

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun
Quote LadyCarefree 13-11-2019 11:46 AM
yayasbs: innalilahiwainailaihirojiun..semoga arwah dan keluarga ditempatkan bersama org2 beriman..


Enrah berapa banyak nyawa dia ambil? Xlupa juga dia penyebab isteri dan anak2 mati.
Quote MelahJanda 13-11-2019 11:46 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi roojiun

Sesetengah org dia sendiri tahu benar dan yakin apa dicari dlm hidup / matinya. Kita pun tak faham apa yg dia percaya adakah berbeza dgn apa yg org lain percaya.
Quote legal_jue11 13-11-2019 11:47 AM
Allahu..dia ke syria untuk menentang tentera bashar ke?..moga Allah swt mengampuni dosa2 beliau..cuma nak tanya perlu ke bawa anak bini ke negara yg bergolak waimah apa pun tujuannya..sighh..
Quote aemon 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...
Quote Minyakyuyi 13-11-2019 11:54 AM
aemon replied at 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...
Quote takayama 13-11-2019 12:09 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi roojiun
moga Allah mengampuni dosa2nya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh, takziah buat keluarga arwah dan juga isteri
nak ulas lelebih pun xtaw apa yg sebenarnya dia dukung dlm perjuangan hidup dia
Quote lasagna 13-11-2019 12:15 PM
aemon replied at 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

ehhh sohai berjihad gak tu walau pun!
Quote dewi_rina 13-11-2019 12:18 PM
sohai taknak ke berjuang menuju ke syurga Allah? Dunia ni kan neraka
Quote kentel 13-11-2019 12:33 PM
Minyakyuyi replied at 13-11-2019 11:54 AM
Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...

sohai nak bezakan bumi sfera & rata pun xreti beza....
Quote EncikRhoma 13-11-2019 12:34 PM
aemon replied at 13-11-2019 03:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

kat syria takde laksa
Quote meteorspeed 13-11-2019 12:35 PM
Dia punya jihat antara dia ngan allah jer. Kiter tak yah komen bla bla bla. Kiter srbagai manusia doakan moga di tempatkan dikalangan org beriman..
Quote sukacactus 13-11-2019 12:41 PM
Salam takziah pada keluarga arwah
Tp sian kat wife dgn ank2nya
Quote arffa 13-11-2019 01:22 PM
Minyakyuyi replied at 13-11-2019 11:54 AM
Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...

Dia angkat phone je larat
Quote Managerara 13-11-2019 01:23 PM
Ustazah aku pernah bincang soal ni..katenye berjihad ni ade 3, utk agama bangsa dan negara..selagi itu tujuan kite insyaallah mati kita adalah syahid..

Walaupun perjuangan mereka ni xjelas bagi kita..doa je yang baik2..
Quote Miawlover 13-11-2019 01:27 PM
dewi_rina replied at 13-11-2019 12:18 PM
sohai taknak ke berjuang menuju ke syurga Allah? Dunia ni kan neraka

Sohai berani "berjuang" dimedia sosial je..

Lihat semua komen(131)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.325437s Gzip On
To Top