Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

23 Lelaki Bergasak Depan Kedai Makan, Puncanya Berebut Perempuan

Tukang Tulis|13-11-2019 11:22 AM Komen: 59
Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google
Gara-gara berebutkan seorang wanita, seramai 23 lelaki bergaduh di depan sebuah kedai makan di Persiaran Waterfront, Sungai Siput, Perak pada 12 November.

Memetik laporan Sinar Harian Online, kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu telah ditahan polis kerana disyaki melakukan kesalahan merusuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, perselisihan faham itu membabitkan dua kumpulan yang dianggotai suspek-suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun. 

"Hasil soal siasat mendapati punca kejadian adalah kerana perselisihan faham akibat cemburu membabitkan seorang teman wanita kepada salah seorang suspek," jelasnya.

Pergaduhan berlaku di depan sebuah kedai makan di Persiaran Waterfront, Sungai Siput (gambar hiasan). Kredit foto: Google Maps
Beliau menambah, dua daripada suspek yang ditahan merupakan remaja berumur 17 tahun namun mereka tidak lagi bersekolah walaupun salah seorang daripada mereka merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ujian saringan air kencing turut mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Semua suspek direman selama empat hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Benda boleh bincang baik-baik, kenapa hendak bergaduh? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote zuuu 20-11-2019 02:53 PM
Xde ke gambar pompuan tu???cantik level bidadari kah sampai kan 23 org lelaki bergaduh masuk pnjara berebutkan dia???

Lain-lain Komen

Quote selipar_hijau 13-11-2019 11:29 AM
Hot sangat ke awek tu sampai 23 org bertumbuk2
Quote Meiizu 13-11-2019 11:41 AM
selipar_hijau replied at 13-11-2019 11:29 AM
Hot sangat ke awek tu sampai 23 org bertumbuk2

aku pun tak menyabar nak tengok rupa dia..takde la plak
Quote LadyCarefree 13-11-2019 11:43 AM
selipar_hijau: Hot sangat ke awek tu sampai 23 org bertumbuk2



Kot2 mcam awek cendol ja
Quote jazaa100 13-11-2019 11:46 AM
LadyCarefree replied at 13-11-2019 11:43 AM
Kot2 mcam awek cendol ja

Ha..ha...ingt lagi kau kat awek cendol tu ek.
Quote Catpaw 13-11-2019 11:48 AM
Ingatkan luar negara...
Quote Kurex 13-11-2019 11:50 AM
kurex pulak 100 orang berebutkan kurex.. dalam satu masa setiap hari..
Quote r_innalif 13-11-2019 11:57 AM
Lately area sg siput , kuala kngsar plk byj story hot. Hrtu suami liwat isteri, cabul ank kt kuala. Sblm nI ada jg kes kt court sg siput ni. Lupe dah.
Quote sukacactus 13-11-2019 11:58 AM
Yg calon spm tu lps x ambik paper pendidikan islam/moral arini
Rugi la ko nak
Pasal pompuan yg bersepah tu pun nak gaduh2 bagai
Quote prettyuglybabe 13-11-2019 11:59 AM
yang berebut masuk jail, yang direbut aman-aman sambung membirah kat luar
Quote hotmak 13-11-2019 12:09 PM
wow untunglah sampai 23 org bergaduh sebab kes rebut cinta? i speku geng2 kelly ng
Quote yuki812 13-11-2019 12:14 PM
jantan2 yg merebut tu ala2 jantan low class jah..tak sekolah..dadah..
Quote MissLana 13-11-2019 12:20 PM
hahahahahha brotherhood haktuihhhh
Quote stania83 13-11-2019 12:49 PM
Ni ke geng geng yg nak mengundi next pru
Quote haryatie 13-11-2019 12:58 PM
cntik sgt ke prempuan tu
Quote KIM.K 13-11-2019 01:04 PM
r_innalif replied at 13-11-2019 11:57 AM
Lately area sg siput , kuala kngsar plk byj story hot. Hrtu suami liwat isteri, cabul ank kt kuala.  ...

Exactly. Sudah duga
Quote meteorspeed 13-11-2019 01:08 PM
sapa ado info tepek sikit gambar pompuan. nak tgk hot tare mana.. sampai 23 org tue
Quote DayangKirana 13-11-2019 01:18 PM
mesti bangga giler girl tu kan..
jadi rebutan and punca orang bergasak sampai masuk balai.
Quote ctaz 13-11-2019 01:21 PM
BBNU melayu jer yg suka bergaduh sebab pompuan....
Quote anony-mous 13-11-2019 01:23 PM
Biasa kalau kes gini x lawa pon girl tu

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.305227s Gzip On
To Top