Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Siapa Biadab Dan Kurang Ajar?" - Alyah Jelas Sebab Balik Awal GV6

12-11-2019 10:22 AM|natrahn| Komen: 45

Pada konsert minggu kelima Gegar Vaganza Musim 6, Alyah menjadi artis undangan membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu terbaharunya berjudul 'Meluruh'. 

Selesai persembahan, Nabil dan Jihan mempelawa penyanyi ini untuk duduk di kerusi penonton di belakang Ramli MS.

Kredit Foto - Instagram Alyah

Pada akhir konsert, kelibat Alyah sudah tidak kelihatan lagi. Lalu, seorang netizen telah meninggalkan komen di laman Instagram yang mempersoalkan tindakan penyanyi Datin Alyah meninggalkan konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ketika program itu masih bersiaran langsung.




Tampil menjernihkan suasana, Alyah, 38, telah membalas dengan menjelaskan kehadiran di konsert kelima GV6 itu adalah sebagai memenuhi undangan persembahan dan perlu pulang awal kerana mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan.

"Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadab dan kurang ajar? 

"Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah. Atau orang seperti awak (yang biadap)? 

"Sebab membiadabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akal bukan guna hasad dengki," jawab Alya memetik laporan mStar.



Rata-rata pengikut Alyah bersetuju dengan jawapan balas beliau dan berpendapat dia mempunyai alasan tersendiri perlu pulang awal sebelum rancangan itu berakhir: 

"Alyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.

"Dia profesional (tetap duduk didepan) sebab tak nak nanti Tokram (Ramli MS) kena bahan sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja. Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa, malam tu mungkin dia ada hal lain," komen peminat.

Tidak dinafikan ada segelintir warganet yang kadang-kadang suka bertindak keterlaluan. Kena saman baru tau! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 45
Komen

Previous : "Saya Tahu Sheila Rusly Merajuk Tak Lama" - Haji Zeel Pujuk Jangan Bersara Lagi

Next       : Siti Nordiana Bimbang Bakal Mentua Tak Terima Status Janda Anak Satu

Komen Terbaru

Quote b_n_c 14-11-2019 11:39 PM
natrahn replied at 13-11-2019 09:05 PM
tok ram geram kadang tu melampau sgt nabil membahan

klu betul geram, tegur la belakang2, ni aku rasa tokram pun sama naik je ni..jgn smpai rg ramai menyampah nti tok ram oii..

Lain-lain Komen

Quote asmara_me 12-11-2019 10:56 AM
#teamtinyah gituuu
Quote hyie 12-11-2019 11:07 AM
secara jujurnya, kostum sheols senantiasa hauk dan sedey yach...sapa entah yang jadi punaisihat fesyen sheols? dah macam badut pulak...sheols lebih sesuai berimej elegan yach
Quote kucingitam 12-11-2019 11:08 AM
toksah layan la tin yah...

lantak situ org nak kata apa.. janji tok ram sayang awak sudah
Quote helicornia 12-11-2019 11:13 AM
ya ampun baju tak cermin dulu ke sebelum show
Quote beni_nikaido 12-11-2019 11:15 AM
yg mengecam tu xde life ke?
biaq pi la dia nk tunggu ke, x tunggu ke.
laki dia x ckp ape2, netizen lak yg over nk sound alyah balik awal
"kije aku dh abis, maka aku balik la" gituhhh
Quote c===8 12-11-2019 11:19 AM
alyah nyanyi live sampai ke part 'tarik'?
Quote Wankembang 12-11-2019 11:31 AM
helicornia replied at 12-11-2019 11:13 AM
ya ampun baju tak cermin dulu ke sebelum show

Dah mcm pokok pisang tepi jln dah!
Quote Atata 12-11-2019 11:45 AM
Dia ni best fren jering kan
Quote Psfzi 12-11-2019 12:10 PM
Biarkan depa mengata, kebenaran dia yg tau
Quote sleepandream 12-11-2019 12:15 PM
bukan selalu perform opening akan jadi juri ke?
pakai kabel tokram la tu amik slot opening
Quote Pink_Purple 12-11-2019 01:49 PM
hidup dia suka hati..

komen2 macam ni mempopularkan dia..
Quote awex^returns 12-11-2019 02:19 PM
suka hati dia lah nak balik awal ke lambat ke
kalau dah Astruk jemput opening, dah siap baliklah nak balik pon
lainlah kalau ada tulis bayar sekian kena tunggu sampai habis ke

tokram dah tentulah juri

entahaper2 lah korang ni

kalau aku jadi tinyah aku pun balik
malas nak jadi bahan si nabil bodoh ngan jihan tu
nabil tu makin lama makin biadap tak boleh ditegur2 dah
janganlah cakap gurauan
ada benda yang pada ko gurau, orang lain rasa tak
macam tu lah sebaliknya
Quote damian_lee 12-11-2019 02:24 PM
sleepandream replied at 12-11-2019 04:15 AM
bukan selalu perform opening akan jadi juri ke?
pakai kabel tokram la tu amik slot opening

Rasanya GV saja jer nak buat drama ...
Undang dia sbb nak buat drama bermaaf maafan?

Usaha nak naikkan rating?

Dengan dua pengacara terkenal bimbo?
Quote asmara_me 12-11-2019 02:27 PM
sleepandream replied at 12-11-2019 12:15 PM
bukan selalu perform opening akan jadi juri ke?
pakai kabel tokram la tu amik slot opening

minggu ketiga, dayang nurfaizah tak jadi pun juri, yang jadi rizalman je kan? ada beza ke dengan alyah? sama je kan? ggggrrrr
Quote inspektoremos21 12-11-2019 02:49 PM
Tahun dpn punya gv boleh la the fabulous cats masuk. Cat, adeep (masuk bertanding lagi haha), alyah, wangi, zizi, afiq, and lagi seorg siapa entah nama lelaki tu.
Quote Nt-ViruS 12-11-2019 03:22 PM
38 tahun ke umur alyah ni?
Quote chekacheku 12-11-2019 03:49 PM
Biarla dia..udah dikejut naga yg tidur..
Quote somaki 12-11-2019 04:01 PM
Iols tengok ulangan gv yg mggu lepas. Yg si fiza nyanyi lagu alyah kan. Pahtu si nabil ada bahan2 psl si penyanyi asal lagu tu. Masa tu bunda hetty bagi komen. N ada nampak bunda tanya tokram sapa penyanyi asal lagu tu dengan muka blur. Nampak tokram jawab my wife sambil senyum2. Macam suwit plk tokram. Takde lah dia buat donno je kan
Quote blue^panther 12-11-2019 04:01 PM
Entah pape la netizen sekarang ni, suka betul nak komplen tak kena tempat. Seronok ke dapat perhatian retis, padahal dah tunjuk kebodohan sendiri jer....

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.126085s Gzip On
To Top