Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Pencuri Pecah Masuk, Seorang Pun Tak Sedar. Rupanya Calit Minyak Dagu.."

11-11-2019 05:21 PM Komen: 16
Siapa sangka, masih ramai lagi penjenayah yang bebas di luar sana sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam atau ghaib bagi melakukan aktiviti jenayahnya.

Hal itu didedahkan oleh seorang wanita selepas rumahnya dipecah masuk pada suatu malam. Katanya, peliknya kerana seisi rumah seakan 'terpukau' ketika kejadian. 

Kredit foto: FB

Mengantuk sangat-sangat, lepas itu semua tidur. Tak tahu apa yang jadi malam tu. Sedar-sedar saja kawan serumah tanya mana telefon kau?. Dalam separuh sedar cari kat mana telefon. 

Aduh telefon hilang. Iman (kawan serumah) pun hilang, dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila check (periksa), mangga bersepah di lantai, tingkap dan pintu kena kopek, kata Fatien Abdul, memetik laporan ProjekMM.

Katanya lagi, situasi itu sangat menakutkan kerana penjenayah berjaya masuk tanpa disedari seorang pun ahli di dalam rumah.

Namun, mereka bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa rogol.


Paling menakutkan bila ayah kepada seorang kawan serumah beritahu setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah dicalit minyak dagu, tulisnya.

Dia cakap, minyak dagu bukan sahaja buatkan kita sukakan seseorang. Tapi digunakan bagi tujuan lain. Mungkin untuk sihirkan, dan mungkin untuk mudahkan dia datang lagi," katanya lagi.

Perkongsian wanita ini di laman Facebook mendapat hampir 10 ribu kali share dan 5 ribu komen. Apa pula pendapat anda? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote johan-adx 13-11-2019 08:09 AM
penah kena jgk dlu zaman belajar..masuk rumah curi fon 1 rumah..
time yg aku kena tu jumaat pg..dia parking jauh moto dan jln msk rumah aku..
bila dia perasan yg aku dok ada dia buat2 tnya area situ ada tak rumah kosong dan tnya owner rumah aku sewa..bila dia dh blah nk smp moto br aku prasan dan kejar dia..hareyyy sunguh

Lain-lain Komen

Quote sfrnna 11-11-2019 05:32 PM
Scarynyaaaa... {:dot
Quote grizz 11-11-2019 05:58 PM
takutnye..tok mudahkn die dtg lg tu..xleh buang ke minyak dagu tu..klu tepegang tu cmne..tersuke x kt pencuri tu..
Quote jazaa100 11-11-2019 06:03 PM
Ketuk story....

Mcm mcm istilah....
Quote KIM.K 11-11-2019 07:22 PM
Pernah time degree, member-member dah kemas bilik tidur ramai2 kat hall siap susun bagasi, laptop, hp nak naik belon kelik kampung. Iols dan rummet tido bilik kami

Pencuri masuk malam tu semua orang tak sedar, laptop hp semua kena kebas. Kami berdua dalam bilik tak hilang apa2, masa tu kami tolong bela ikan emas kawan
Quote Kakalongmu 11-11-2019 10:23 PM
Menakutkan.
Quote najib888 11-11-2019 11:44 PM
Minyak dagu?? Setahu aku gunanya buat orang jadi bodo dan terpikat kat tukang calit..

Ni pukau.. selalunya Indon pandai benda2 ni. Dan pemukau akan berak, tinggalkan taik kat satu sudut kawasan rumah..
Quote ctaz 11-11-2019 11:48 PM
minyak dagu??????.....nak rasa pelik ke atau nak rasa kelako......

ini ilmu pukau....
minyak dagu tu ilmu pengasih....


Quote Catpaw 11-11-2019 11:56 PM
Mudah datang lagi, seramnya, apa pula next tujuan tu datang rumah wanita lagi...
Quote Psfzi 12-11-2019 12:24 AM
Saya takut la tp bole percaya ke?
Quote jijilaaa 12-11-2019 09:02 AM
ketuk story tu apa weh....
Quote Pink_Purple 12-11-2019 09:16 AM
minyak dagu = minyak pengasih

kalau xbagi orang sedar tu pukau
Quote Nt-ViruS 12-11-2019 03:23 PM
minyak dagu bukan guna untuk merenyam ke?.
Quote M.S.M 13-11-2019 02:57 AM
Bkn minyak dagu la, tu ilmu pukau. Asal blh hembus je eh penulis ni. Minyak dagu buat org jadi bodoh dan tunduk pd kita. Lagipun, minyak2 pengasih sprt ini, ambil masa utk power tu mengena pd mangsa. Ada juga, yg langsung tk mujarab..
Quote nono86 13-11-2019 03:10 AM
Mcm rumak pakcik aku kat kg pandan tu. Masuk ikut mana tak tau, bumbung kot. Hilang henpone je. Nasib bilik tutup pintu, dia tak buka.
Quote Gomea 13-11-2019 07:45 AM
Kena bela ikan puyu. Tapi kena tutup ketat2 lah. Ikan puyu suka melompat
Quote johan-adx 13-11-2019 08:09 AM
penah kena jgk dlu zaman belajar..masuk rumah curi fon 1 rumah..
time yg aku kena tu jumaat pg..dia parking jauh moto dan jln msk rumah aku..
bila dia perasan yg aku dok ada dia buat2 tnya area situ ada tak rumah kosong dan tnya owner rumah aku sewa..bila dia dh blah nk smp moto br aku prasan dan kejar dia..hareyyy sunguh

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.346715s Gzip On
To Top