CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

Tangan Kanan Sudah Sihat, Ustaz Azhar Idrus Semakin Pulih

11-11-2019 10:48 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 1358| Komen: 2|Original author: Oleh: top5complete

Description: Ramai yang mengetahui yang penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya.Foto Instagram
Ramai yang mengetahui bahawa penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini terbabit dalam satu kemalangan jalan raya hingga menyebabkan beliau patah tangan.


Foto Instagram

Menurut info, punca kemalangan terjadi apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, di Jalan Pusara di Kuala Terengganu.


Foto Facebook

Ustaz Azhar Idrus dikatakan semakin pulih dan khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus semalam, ketika menziarahi Ustaz Azhar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


"Alhamdulillah berkat doa orang ramai"

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus, juga turut memuat naik sekeping foto bersama Ustaz Azhir Idrus ketika berada di dalam wad.

Ramai yang mengucapkan kesyukuran setelah mengetahui keadaan Ustaz Azhar Idrus semakin pulih. Ruangan komen telah dipenuhi dengan ucapan dan doa orang ramai buat Ustaz Azhar Idrus.


Foto Instagram


Semoga diberikan kesembuhan!

Ustaz Azhar Idrus juga dikatakan telah menjalani pembedahan memasang implan untuk menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya yang patah disebabkan kemalangan tersebut. - CARI




1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 11-11-2019 10:55 AM
Basikal tiba berhenti mengejut. Hmmmm

Ok dah baik bolehlah konvoi basikal ignore undang2 jalanraya dn road safety lagi.
Quote CikB 11-11-2019 12:17 PM
semoga cpt sembuh UAI

Lihat semua komen(2)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079538 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top