Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pusat Tahfiz Bukan Tempat Pemulihan Anak Bermasalah!

Oleh: natrahn|10-11-2019 09:56 AM Komen: 52
Pusat tahfiz kini menjadi pilihan ibu bapa yang mahukan anak mereka menguasai ilmu akhirat. Malangnya, sesetengah pusat tahfiz menjadi tempat buangan anak-anak bermasalah.

Asalkan dibayar, semua anak-anak ini diterima. Perkara ini menyebabkan pusat tahfiz menjadi tempat lambakan pelajar sedemikian.


Gambar Hiasan
Kredit foto: YADIM

Lebih teruk, tenaga pelajar pula jenis tangkap muat dan tidak cukup ilmu, malah pusat tahfiz ini dibuka semata-mata untuk mencari duit mudah setelah gagal mendapat pekerjaan. Lebih buruk, pusat tahfiz ini tidak berdaftar dengan pihak berwajib.

Perkara ini menjadikan pusat tahfiz dipandang serong masyarakat setempat yang sinonim dengan institusi agama, lalu mencemar imej pusat tahfiz.


Kredit foto: Perak Today

Kes buli yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar tahfiz sehingga ada pelajar yang meninggal dunia dibelasah rakannya adalah sesuatu yang membimbangkan.

Tragedi ini mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuklah seorang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi pendapat berkenaan institusi tersebut di laman sosial beliau.

Baca lanjut:

Bila Pusat Tahfiz Jadi Ruang Terakhir Bentuk Akhlak Remaja...




Pusat tahfiz tempat pemulihan akhlak ke? Mana peranan ibu bapa?



Ibu bapa hantar anak ke pusat tahfiz tidak berdaftar...




Tindakan tegas kepada pengusaha tahfiz!



Ibu bapa seharusnya mengubah mentaliti mereka yang menganggap insitusi tahfiz ini tempat untuk anak-anak yang dah tak mampu untuk mereka didik sendiri.

Sepatutnya, institusi tahfiz adalah untuk anak-anak cemerlang. Tenaga pengajar bukan calang-calang. Barulah cantik Islam yang dibawa.

Kita sayang institusi tahfiz! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote SyaJoyah 15-11-2019 06:10 PM
Hurm malas nk komen ...tapi bapak & mak tiri aku hantar adik aku pi tempat2 gini la

Lain-lain Komen

Quote noor2 10-11-2019 10:13 AM
Tajuk yang sangat menarik.....
Quote noor2 10-11-2019 10:20 AM
Jiran akak memaksa anaknya yang bongsu (lelaki) ke sekolah tahfiz di Selangor nilah ..pada awalnya anaknya menangis2 tak mahu pergi...disebabkan bapanya memang pure Arab dan bertegas(menurut cerita ibunya pada akaklah) ..budak tu terpaksa ikut. ...asalnya memang budak baik...dan sekarang pun memang baik...kadang2 pergi ke sekolah tahfiz ni bukan kehendak anak tu sendiri tapi kehendak ibu bapa. ...apa pun keluarga budak ni memang orang yang baik2. ..anak lelaki  mereka yang sulung belajar di London. ..
Quote Usa.Gi 10-11-2019 10:26 AM
Anak saudara saya dihantar tahfiz. Sy suspek dia dibuli. Bila tanya diam je. Puas dah bgtau mak dia, jangan hantar lagi, budak tu pun xserasi dekat sana. Rasa mak dia terpengaruh dengan statement anak tahfiz akan bawak 7org terpilih ke syurga. Dah terang dah kat mak dia no such thing.
Quote yuki812 10-11-2019 10:28 AM
mak bapak tu yg patut ditahfizkan kan dulu sebenarnya..betulkan mentaliti...betulkan perangai. anak baik atau buruk semuanya bermula dari rumah.

ada juga bdk tahfiz yang baik. tapi kan..bila dah bercampur gaul camni..kdg dia pon terikut nakal. alangkah kita yg tua pon..kadang2 iman kelaut..apatah lagi bdk baru nak membesar.
Quote brownstone 10-11-2019 10:29 AM
Kalau tahfiz harian takpe...jangan duduk asrama...warden bukan nya tidur dlm bilik asrama tu nak pantau 24/7.

Sudah sampai masa institusi agama kita reform, ikut agenda islah...yg buruk jd sempadan, baik jadi teladan.

Jangan anggap semua yg OK tu tak perlu ditambah baik...masa zaman dulu org kita mengaji pondok aje selama berabda abad, x ada perubahan...ilmu sains tak ada...habis kita dijajah kuasa Barat yg dibantu senjata yg lebih canggih, kapal2 yg banyak dan berkebolehan.

Nak ke camtu?
Quote nikaido 10-11-2019 10:39 AM
Bila kerajaan minta agar tahfiz wajib berdaftar, ramai yg maki konon cubaan nak meruntuhkan institusi
Quote rosli_nurizzati 10-11-2019 10:47 AM
setuju sgt dengan pendapat ni.. masa aku study kat kolej kemahiran dulu, M*** ada buat program utk pelajar tahfiz masuk kolej kemahiran ambil subjek asasi, mcm math, BI utk amek SPM, then sijil.. sbb nk tolong budak2 ni dpt placement yang lagi baik.. mmg lelaki or perempuan attitude out.. yang lelaki kantoi drug test, kaki rempit.. yang perempuan, kat luar tudung labuh bagai, sekali kau dalam asrama hot pants and spageti top yg tgaal.. sosial jugak... so aku buat kesimpulan, depa ni budak bermasalah, tpi mak pak takmau usaha nak tolong, harapkan institusi tahfiz..  ni la contoh pdi beranak jaga tak mau
Quote noor2 10-11-2019 10:50 AM
rosli_nurizzati replied at 10-11-2019 10:47 AM
setuju sgt dengan pendapat ni.. masa aku study kat kolej kemahiran dulu, M*** ada buat program utk p ...

Mungkin harapan ibu bapa tu dengan menghantar anak ke pusat tahfiz akan mengubah anak mereka yang bermasalah tapi sebenarnya membebankan pengusaha tahfiz dan menambah masalah di kalangan anak2 itu. ...cara terbaik adalah dari didikan ibu bapa tu sendiri. ...
Quote lemak_masin 10-11-2019 10:57 AM
Macam2 masalah..
Bdk jahat jgn dihantar ke pusat tahfizzzz ..pusat tahfiz ni byk bdk baik2... inesennn omputih kate...
patutnye bdk kutuk brahak makpak takleh ajo tu dihanto pusat pemulihan ahlak je.. dalam pusat tu buat laa kelas tahfizzz.. selagi tak hapal ko jgn keluar..
Quote Ladybird910 10-11-2019 12:46 PM
Bila tahfiz jenis xfilter..budak cemerlang campur budak nakal..last2 dua2 ke laut.such a waste..

Klu sek elite english mahal2 puluh ribu..buat jela tahfiz hi end macam tu jugak silibus nye..baru lah balance duniawi ukhrowi..ni tak..asal sek agama je kena mintak sedekah..asal tahfiz je kena murah mcm cheapskate..liwat la..rogol la..bunuh la..cikgu sume jenis pemalas..xboleh harap.haih..

pusat zakat kata kaut bulion2 tiap tahun..susah sgt ke nak bina sek tahfiz elite2..konsep simple je..
Quote tikusmontok 10-11-2019 01:10 PM
Selangkah kaki parents dah masuk shorga katanya
Quote Gingerly 10-11-2019 01:19 PM
Sekolah tahfiz tak perlu wujud. Ia adalah sekolah  menopeng. Fakta dalam 8 sahabat lelaki i Melayu moslem,  kesemua mereka adalah pelajar tahfiz,
kesemua itulah yang seringkali dalang kepada segala agenda hitam. Rangka dalam lemari tak mampu disorok dari i gitew
Mereka dihormati, nampak mulia dan berwibawa di kalangan masyarakat dan dah tentu ibu bapa sendiri.
Kesemuanya berani menunjukkan belang sebenar pada i. Adalah mungkin kerana mereka selesa berkongsi.
Mereka tak mampu berubah sudah. Mereka tak mmpu tolong diri mereka sendiri. Takdir lo


Telan hakikat itu.

Belajar agama ketat2 tak elok. Sifat manusia ni panas sebab semangat dari darah merah. Bila berlawanan dengan naluri, dia jadilah haiwan sebenar. Better ibu bapa sendiri open dedahkan anak dengan ilmu lebih mudah. Jadi anak2 tak hype, tak buas. lebih senang terima ilmu daripada pengaruh cikgu n kawan luar bab2 jiwa ni. Serupa skewl macam guru tanpa roh. Kaki berjalan mata pula buta
Quote tumpanglalu74 10-11-2019 01:31 PM
Terkenyut cari kulop ke?

Quote Minami2013 10-11-2019 01:39 PM
Setuju.

Sedih betul mak pak ambik jalan mudah dgn anak2 yg ada masalah sosial. Padahal anak depa tu mcm virus yg menyebar aura negatif di dalam kalangan mereka yg innocent. Budak yg bukan nakal tapi kategori budak jahat ni selayaknya masuk kat sekolah budak2 jahat.

Quote tumpanglalu74 10-11-2019 01:42 PM
Minami2013 replied at 10-11-2019 01:39 PM
Setuju.

Sedih betul mak pak ambik jalan mudah dgn anak2 yg ada masalah sosial. Padahal anak depa  ...

Anak tahfiz konon..  Palehotak.
Quote bakingsoda 10-11-2019 01:51 PM
sesape bukakla pusat tahfiz untuk makpak. agak2 ada yg nak daftar tak
Quote tumpanglalu74 10-11-2019 01:58 PM
"Cium pipi je.."

"Dengan Sejuta Harapan Aku Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz, Kau Cium Mulut Dia Kenapa?"
Quote buapakperut 10-11-2019 02:51 PM
tahfiz kene study background budak juga, bukan nak menidakkan pendidikan agama, tapi nk elakkan bende camni la, dengan penjaga tak buat keje, budak2 buas masuk tanpa minat, mak ayah lepas tangan.. hmm
Quote Psfzi 10-11-2019 02:55 PM
Jgn dipaksa anak, biarla dia pilih apa yg dia suka. Bukan sebab mak pak yg suka

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.161005s Gzip On
To Top