Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kerjasama Pereka Fesyen- Artis Malaysia, Siapa Yang Paling 'Menjadi' Dan 'Ngam'?

3-12-2019 10:39 AM|Vanilla Thunder| Komen: 48





Kerjasama antara selebriti  dengan pereka fesyen  sememangnya sangat penting demi mencipta  penampilan yang ikonik dan menyerlah setiap kali seseorang artis tampil membuat persembahan mahupun ketika menghadiri sesuatu acara seperti majlis anugerah. 


Audrey Hepburn dan Hubert de Givenchy Foto - Google


Seperti mana kerjasama antara  pereka fesyen Hubert de Givenchy dan ikon fesyen 60-an, Audrey Hepburn dalam melahirkan pelbagai busana ikonik melalui filem seperti Breakfast at Tiffany's, industri hiburan tanah air turut menyaksikan kerjasama serupa berikutan beberapa selebriti dan pereka fesyen tempatan   telah pun  menjalin kerjasama fesyen  sejak bertahun lama.


Malah sesetengah  artis tanah air  mempunyai stail skuad  sendiri  terdiri daripada pereka fesyen, penata gaya dan jurusolek yang bertangungjawab mencipta penampilan selebriti itu agar sentiasa   tampil bergaya. 

Oleh itu, mari kita saksikan kerjasama antara pereka fesyen dan selebriti berikut. Sesetengah kerjasama berjaya menghasilkan gaya dan penampilan yang cukup ikonik dan diingati sepanjang zaman.



Dato' Sri Siti Nurhaliza: Michael Ong, Rizman Ruzaini, Radzuan Radziwil  & Fizi Woo

Siti Nurhaliza dalam persalinan RR Foto- Google


Statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara membolehkan Siti Nurhaliza bereksperimen dengan ramai pereka fesyen terkemuka tanah air. 

Di awal kemunculannya, Siti sering menyarung busana oleh pereka fesyen Michael Ong dan Radzuan Radziwil.

Zaman kemuncak kariernya adalah sewaktu Siti melangsungkan konsert di Royal Albert Hall, London. Siti memilih pelbagai busana tradisional seperti dres dan kurung moden yang diberikan sentuhan moden oleh pereka fesyen Michael Ong dan Radzuan Radziwil untuk konsert sulungnya di luar negara.   Hasilnya, Siti kelihatan cukup anggun dan bergaya namun masih kekal dengan inilai-nilai ketimuran.


Dres Siti nurhaliza oleh Radzuan Radziwil untuk konsert di London Foto- Budiey.com



Di hari  perkahwinannya, Siti turut menggayakan busana oleh Radzuan Radziwil sewaktu majlis akad nikah dan   majlis  persandingan. Gaun rona pink ala fairytale rekaan Mchael Ong yang dipakainya sewaktu sesi memotong kek akan kekal ikonik dan diingati. 


Gaun pink oleh Michael Ong yang dipakai Siti di hari perkahwinannya Foto- Google






Selain itu, Siti pernah  bekerjasama dengan pereka fesyen antarabangsa Bernard Chandran sewaktu menghadiri karpet merah Anugerah Grammys pada tahun 2007.

Siti Nurhaliza di Anugerah Grammys 2007- Foto- Google


Setelah berhijab, Siti nampaknya lebih selesa untuk bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Kerjasamanya dengan Rizman Ruzaini boleh dikatakan sebagai  "hit and miss". 

Terdapat sesetengah rekaan pereka fesyen tersebut kelihatan janggal dan membosankan pada Siti kerana pereka tersebut kerap menggunakan signature design mereka iaitu gaun dengan skirt bertingkat yang dihiasi dengan batu permata  yang menyebabkan penampilan Siti nampak sarat.

Siti di red  carpet ABPH dalam busana RR Foto- Google


Namun, pereka tersebut masih  berjaya menghasilkan beberapa busana ikonik untuk Siti. Contohnya persalinan Puteri Perak yang dipakainya sewaktu konsert Siti Nurhaliza on Tour di Singapura Mac Lalu. Sayangnya, pereka tersebut kerap mengitar semula idea rekaan busana pentas penyanyi tersebut   terutama untuk konsert jelajah Siti. 

Persalinan Puteri Perak oleh RR cukup ikonik dengan Siti Foto- Google



Konsep busana tradisional Puteri Perak pasti diulang  pakai dalam setiap konsert jelajah cuma diolah dalam warna dan jenis fabrik yang berbeza. Malah, kerjasama Siti dengan Rizman Ruzaini turut mendapat kritikan dari SitiZoners yang mahukan kelainan dalam busana pentas penyanyi kesayangan mereka terutama untuk konsert berskala besar seperti Konsert Siti nurhaliza On Tour.

Mujurlah sewaktu Konsert jelajah Siti Nurhaliza yang berlangsung Mac lalu di Axiata Arena,  penampilan busana  pentasnya tidak mengecewakan.  Siti telah bekerjasama dengan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo bagi menyediakan busana pentas sepanjang  konsert tersebut.

Siti memakai tulle ball gown berwarna merah oleh Fizi Woo Foto- Google







Ternyata Fizi Woo berjaya memenghasilkan busana pentas yang mempuyai kesan wow apabila Siti muncul dengan memakai tulle ball gown berwarna merah yang disulam dengan bait-baik lirk lagu popular penyanyi tersebut. Diharapkan Siti lebih kerap bekerjasama dengan Fizi Woo di masa hadapan.


Siti Nurhaliza dalam busana Fizi Woo di AIM 21- Foto- Instagram @ctdk




 

Nur Fazura: Rizman Ruzaini

Sebut sahaja nama Fazura tentu ramai yang akan terbayangkan busana dan penampilan bergaya selebriti tersebut setiap kali menghadiri acara karpet merah dan majis anugerah. Fazura sering menggunakan khidmat pereka fesyen duo Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baiknya.

Fazura dalam busana RR di ABPH 30 Foto-Google

Fazura dalam busana RR  dengan draping dramatik di ABPH31 Foto- Google





Antara rekaan Rizman Ruzaini yang cukup bergaya dan ikonik adalah gaun biru muda terinspirasi daripada watak Cinderella yang digayakan Fazura ketika menghadiri ABPH ke-30 dan gaun kuning lemon  dengan hiasan draping dramatik yang digayakannya  sewaktu menghadiri ABPH  ke-31. 

Gaun pengantin  Fazura oleh RR Foto- mstar



Gaun pengantin Fazura bertemakan fairy tale rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi veil indah juga akan kekal diingati sebagai antara gaun pengantin selebriti terbaik sebaris dengan gaun pengantin Yuna, Anzalna dan Izara Aishah.


Fazura sendiri merupakan muse kepada pereka duo ini. Maka tidak hairanlah Fazura sering menggayakan rekaan RR yang lebih eksklusif dan tidak pernah digayakan selebriti lain dalam acara tertentu.



Dayang Nurfaizah: Rizalman


Penampilan pentas Dayang yang sering mempesona hasil sentuhan Rizalman Foto-Google 


Persahabatan penyanyi Dayang Nurfaizah dan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sudah menjangkau usia 20 tahun. Malah pereka fesyen terkenal itu  mengumumkan bahawa penyanyi tersebut telah dipilih sebagai muse bagi rekaan Rizalman for Zalora 2020. 


Peminat penyanyi ini berpeluang untuk menyaksikan kerjasama mereka berdua dalam Konsert Kesuma Jiwa yang bakal  berlangsung pada 20 Februari tahun hadapan di Istana Budaya. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan kejutan dan penampilan Dayang di konsert itu yang tentunya akan mendapat sentuhan magis Rizalman.


Dayang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Rizalman untuk mereka setiap busana pentas yang digayakannya di Anugerah Juara Lagu dan Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya tempoh hari. Hasilnya busana pentas Dayang sering kelihatan mahal & ikonik.

Penampilan pentas  Dayang oleh Rizalman untuk konsert dua dekad Foto- Gempak.com 



Setakat ini, busana pentas yang disediakan Rizalman tidak pernah mengecewakan malah membuatkan Dayang kelihatan seperti mega superstar setiap kali beraksi di atas pentas.



Pendek kata, seorang selebriti perlulah menitik beratkan soal penampilan mereka untuk kekal relevan dalam idustri. Kerjasama yang mantap antara selebriti dan pereka fesyen  penting dalam mencipta imej million bucks dan eksklusif  tatkala tampil beraksi  di khalayak ramai. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
Komen: 48
Komen

Previous : 'Sering Amalkan Susu Kefir' - Rahsia Wanita Tertua Rusia Hidup Sehingga 123 Tahun

Next       : Kalau Dulu Nasi Lemak, Kali Ni Kueh Onde-onde Kostum Kebangsaan Miss Malaysia 2019

Komen Terbaru

Quote pittjie 5-12-2019 03:24 PM
awanearisu replied at 3-12-2019 02:50 PM
Ada satu lagilah busana ikonik tt terlupa. Busana Yunalis Zarai di AIM19. Cuma kita tak pasti adakah ...

Yuna mmg selalu guna Hatta Dolmat. Masa buat show kat Plenary Hall dulu pun dia collab dgn Hatta. Lawa2 baju2nya.

Lain-lain Komen

Quote hawaM 3-12-2019 10:51 AM
i suka fazura-rizman&ruzaini. Selalu menjadi je. r&r punya design ni sekali pandang mesti dah tahu dia yang reka. tapi kekadang bosan gak design diorang ni. perincian batu bling bling tu mcm wajib ada kat setiap rekaan dia. LAgi satu baju puteri perak siti nurhaliza tu pun i suka. Sekarang nampak mcam ramai pengantin dah mula pakai persalinan puteri perak tu.
Quote Boomibulat 3-12-2019 11:11 AM
Neelofa+marcjacob
Quote SayaSayangMama 3-12-2019 11:12 AM
Fazura tu tt up yg cantik je . Tp ada gak yg buruk  paling xsuka klu fazura pakai skirt kanak kanak ribena paras lutut pastu lengan pendek atas siku mcm ah so. Klu nk pendek biar pendek betul. Klu lanjang biar lebih dr siku. Pastu mesti leher bulat je. Fazura kerap sgt pakai gaun mcm ni
Quote inspiro92 3-12-2019 11:27 AM
SayaSayangMama replied at 3-12-2019 03:12 AM
Fazura tu tt up yg cantik je . Tp ada gak yg buruk  paling xsuka klu fazura pakai skirt kanak kanak  ...

Xvsuka gak skirttkembang tu.tipikal RR punye design.yg ikonik cuma gaun biru & kuning kat atas.
Quote MimiLalat 3-12-2019 11:29 AM
Fazura + Rizman Ruzaini. Selalu cantik je, ade la sekali sekala cm kureng, contohnye lengan terlalu pendek sampai pelik. Tapi overall cantik, tak overdress mcm badut.
Quote unguaurora 3-12-2019 11:38 AM
Baju nandung/rizalman tu mcm x payah jahit. Lilit2  kmudian terus pin  je
Quote cicicumel 3-12-2019 11:45 AM
buruk gaun pink ctdk masa kawin. mcm bentuk tuttttttt...
Quote minahmanja 3-12-2019 11:47 AM
dayang+rizalman ni jarang ade baju yg simple.. mostly baju nye nmpk gah+over skit pd pdpt iols..
Quote LuvAurora 3-12-2019 11:47 AM
baju fazz yg biru nampak tersangatlah lawa
Quote blue^panther 3-12-2019 11:54 AM
Suka sangat baju biru fazura tu, gaun perantin tokti tu takde la lawa sangat......
Quote zehra2 3-12-2019 11:56 AM
fazz xRR dan DayangxTok Riz.. mmg cantik dan sesuai
Quote Fazzbulous 3-12-2019 12:03 PM
opkos rr n kaka faz i...kikikiki...
Quote Catpaw 3-12-2019 01:02 PM
Tak pernah rasa gaun kawin tokti tu cantik
Quote gerbera.memopad 3-12-2019 01:33 PM
Gaun biru Fazura untuk ABPBH tu memang cantik sangat. Tapi setuju ya komen forumer, kadang-kadang panjang lengan gaun Fazura nampak awkward sangat especially gaun sanding dia tu. Panjang lengan should be di 3-4 inci atas siku atau 3-4 inci lepas siku.

Dayang in Rizalman, gaun pelik macam mana sekalipun, aku tetap rasa Dayang boleg carry dengan class .
Quote sapeka 3-12-2019 01:59 PM
blue^panther replied at 3-12-2019 11:54 AM
Suka sangat baju biru fazura tu, gaun perantin tokti tu takde la lawa sangat......

setujuk
pada iols nampak x lawa

Quote Rogue98 3-12-2019 02:37 PM
Designer tempatan lebih sesuai dgn artis msia. Kalau foreigner especially mat salleh mcm x kena jer mayb sbb artis kita cannot carry the look.
Quote awanearisu 3-12-2019 02:50 PM
Edited by awanearisu at 3-12-2019 07:19 PM

Ada satu lagilah busana ikonik tt terlupa. Busana Yunalis Zarai di AIM19. Cuma kita tak pasti adakah ini satu sahaja kolaborasi Yuna dan Hatta Dolmat. Suka sangat tengok. Bagai bintang bertaburan

Sumber imej: BeautifulNara

yunaaim.jpg
Quote Joysparta 3-12-2019 04:01 PM
gaun kawen toktik mmg x cantik,,,pada pandangan mata joy la...
xde yg wow..biaser2 je
Quote inspiro92 3-12-2019 07:14 PM
awanearisu replied at 3-12-2019 06:50 AM
Ada satu lagilah busana ikonik tt terlupa. Busana Yunalis Zarai di AIM19. Cuma kita tak pasti adakah ...

Terlepas pandang awak. yes setuju.yg ni mmg ngam dgn yuna. Kelebihan yuna sebbab body frame die tinggi& slender.so dress camni mmg cun dgn die. I believe this is hatta dolmat?

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092417s Gzip On
To Top