Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Euww! Betul Ke Bos Levi's 10 Tahun Tidak Pernah Basuh Seluar Jeans?

11-11-2019 10:20 AM|natrahn| Komen: 28

Kredit foto: Sourcing Journal

Jeans adalah sejenis seluar yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil "denim" yang mula dibuat di bandar Nimes Perancis. Nama denim itu diambil sempena nama bandar kelahiran seluar jeans tersebut iaitu bandar ("de Nîmes"). 

Siapa yang gemar memakai jeans pasti mengenali jenama Levi's. Jenama Levi's: dahulu diguna sebagai pakaian pekerja lombong kini jadi fesyen ikutan seluruh dunia dan mempunyai kedai yang beroperasi di 110 buah negara termasuklah di Malaysia.

Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google

Pada yang memiliki seluar jeans seberapa kerap anda membasuh seluar jeans milik anda? Tahukah anda bahawa pencucian jeans secara berkala boleh merosakkan materialnya terutamanya jika menggunakan mesin basuh?

Kredit Foto - Google

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Levi's, Chip Bergh dan beliau mendedahkan bahawa beliau sendiri tidak pernah membasuh jeans kegemaran miliknya selama 10 tahun menggunakan mesin basuh seperti yang dilaporkan CNN.

Chip memberitahu beliau hanya akan membersihkan tempat tertentu jika terdapat kesan kotoran atau paling teruk membasuh jeans tersebut menggunakan tangan agar bau lebih segar.

Kredit foto:  Chip Bergh - Ladbible.com

Perkara ini agak mengejutkan dan membimbangkan kerana jika anda tidak membasuh sepenuhnya seluar jean selama 10 tahun, bayangkan jumlah kuman yang terkumpul pada seluar tersebut!

Hal ini disokong oleh pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama pembersihan bukan toksik Branch Basics, Kelly Love bahawa memadai dengan hanya meletakkan seluar di bawah sinar matahari dan diudarakan jika anda bimbang mengenai jumlah kuman yang terkumpul.

Kredit foto: abc.net.au

Tambahnya lagi, cara pembersihan ini bergantung kepada di mana anda memakai seluar jeans dan jenis kotoran yang melekat padanya tetapi pemakaian secara biasa ( bersiar-siar atau membuat kerja ringan ) tidak akan menimbulkan ancaman kesihatan.

Namun begitu menurut penulis dan ahli mikrobiologi, Jason Tetro anda memerlukan suhu di bawah -18 darjah bagi mengekalkan kualiti sebatian jeans bagi membasmi kuman atau untuk membunuh 90% pepijat yang dikhuatiri ada pada jeans tersebut.

Mutu dan kualiti seluar Levi's  tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu, ia menjadi jenama yang berjaya hingga ke hari ini. Namun begitu, penjagaan yang rapi termasuk kaedah membersihkannya mampu mengekalkan jangka hayat seluar ini.  

Semoga bermanfaat. - CARI 


Kredit - ladbible

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 28
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Akibat Tertekan Dengan Peperiksaan, Pelajar Universiti Berebut Mahu Masuk Lubang Kubur

Komen Terbaru

Quote keknaih 2-12-2019 10:01 AM
euww bau kepam lahh kalau dok msia. kalau badan besar, mesti berpeluh celah peha tu

Lain-lain Komen

Quote Supersirap 11-11-2019 10:22 AM
Kalau yakin suci dan bersih apa salahnya
Quote swimswim 11-11-2019 10:54 AM
Overrated lah levis ni. Byk lagi jeans yg lagi chantek
Quote Boomibulat 11-11-2019 10:57 AM
Kan dia ckp x basuh paksi mesin..tp masih basih pakai tangan..
Quote ichaliza 11-11-2019 11:02 AM
lamanye 10 tahun x cuci
Quote videcloset 11-11-2019 11:47 AM
why i tak penah fancy levis ni. uniqlo lg best and the price pon ok to me
Quote Artemesiaa 11-11-2019 12:35 PM
Untuk tujuan marketing je ni.  Selain tu kena ingat faktor cuaca dan suhu.  Kalau yang jenis tinggal di negara sejuk dan sentiasa dalam persekitaran beraircon mungkin ok.  Kalau yang kerja buruh yang memakainya nak2 dalam cuaca panas lembab macam di negara kita ni mau pengsan baunya nanti.
Quote felinecat 11-11-2019 01:32 PM
Xde bau kepam ke
Quote Mfzg89 11-11-2019 01:33 PM
pakai bundle jela.. xde la rasa syg sgt..rosak buang beli baru je..
Quote dubuk 11-11-2019 02:12 PM
Artemesiaa replied at 11-11-2019 12:35 PM
Untuk tujuan marketing je ni.  Selain tu kena ingat faktor cuaca dan suhu.  Kalau yang jenis tinggal ...

gantung belakang pintu sampai ada bau

Quote dubuk 11-11-2019 02:13 PM

mana ada bau.. gantung belakang pintu.. pintu buka tutup.. berangin

Quote Psfzi 11-11-2019 02:55 PM
Dulu mmg suka brand ni, tp makin lama xtau napa mcm x suka mcm dulu2
Quote Orix 11-11-2019 03:01 PM
iols x penah lg beli jeans levis ka lee cooper ka hapa. semua jeans iols dari  padini dan brands outlet serta cotton on
Quote natrahn 11-11-2019 03:02 PM
Artemesiaa replied at 11-11-2019 12:35 PM
Untuk tujuan marketing je ni.  Selain tu kena ingat faktor cuaca dan suhu.  Kalau yang jenis tinggal ...

yg tu memang kena basuh... tapi tak boleh masuk mesin..kena cuci tangan
Quote anony-mous 11-11-2019 04:30 PM
Orix replied at 11-11-2019 03:01 PM
iols x penah lg beli jeans levis ka lee cooper ka hapa. semua jeans iols dari  padini dan brands out ...

Chuols laki ke gigirl? Jeans lee cooper cutting cun
Quote anony-mous 11-11-2019 04:31 PM
Orix replied at 11-11-2019 03:01 PM
iols x penah lg beli jeans levis ka lee cooper ka hapa. semua jeans iols dari  padini dan brands out ...

Cotton on tu errr emmm harga x padan dgn kualiti. Cutting ke laut, baju nipis, harga yahudi
Quote natrahn 11-11-2019 04:58 PM
anony-mous replied at 11-11-2019 04:31 PM
Cotton on tu errr emmm harga x padan dgn kualiti. Cutting ke laut, baju nipis, harga yahudi

kan..mahal betul...huhuhu
Quote mea 12-11-2019 08:37 AM
Orix replied at 11-11-2019 03:01 PM
iols x penah lg beli jeans levis ka lee cooper ka hapa. semua jeans iols dari  padini dan brands out ...

sama...terutama skinny jeans dekat Brand Outlet tu...auwww...selesa sgt..kaki iolss nampak kurus...murah pun murah....
Quote violetungu 12-11-2019 09:40 AM
Kawan aku cukup gila la levis ni xnak jatuh standard katanya..pastu mmg dia mengajar aku jangan basuh seluaq jeans kerap2,seluar mahal katanya..aku beli brand outlet or padini je murah pn murah.
Quote minahmanja 12-11-2019 09:51 AM
iols suka levi ni.. tahan lama..., material ok.. dlu pakai levi, pastu rasa mahal sgt 250++ pastu tukar to brand half & lee cooper.. tp tk best.. plus kain dia mcm tk tahan kalau selalu basuh, jadik mengembang.. so iols tukar semula ke levi.. ade satu sluar levi iols dh pakai 5yrs.. still ok cun melecun.. hahaha..

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.147858s Gzip On
To Top