Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isteri Orang Dan Kekasih Gelap Diikat Di Pokok, Dipukul Mentua

8-11-2019 02:33 PM Komen: 19
Seorang wanita berstatus isteri orang dan kekasihnya diikat pada pokok kerana menjalin hubungan sulit.

Memetik Gulf News, rahsia mereka 'kantoi' apabila keluarga mentua wanita terbabit mengetahui mengenai hubungan sulit pasangan itu dan nekad 'memberi pengajaran' kepada mereka.


Gambar Hiasan

Pasangan itu dikatakan diikat pada pokok dan dipukul di hadapan orang ramai dan kejadian dilaporkan berlaku di perkampungan Ranika, di Haryana, India.

Difahamkan, kejadian itu dirakam beberapa penduduk kampung sebelum disebarkan ke media sosial.

Pada Sabtu lalu, wanita itu menghantar dua anaknya ke rumah mentuanya ditemani seorang lelaki. Dari situlah keluarga mentuanya mengesyaki mereka menjalin hubungan sulit.

Keluarga mentuanya kemudian mengheret pasangan itu ke luar rumah dan mengikat mereka di sebatang pokok.

Pasangan itu kemudian dipukul hingga menarik perhatian penduduk kampung yang kemudian merakam kejadian berkenaan sebelum menyebarkannya ke media sosial.

Berdasarkan video yang tular itu, anggota polis dilihat tiba di lokasi dan mendapati pasangan terbabit masih berikat di pokok berkenaan.

Selepas dibebaskan, wanita berkenaan dan kekasihnya tidak menjelaskan kejadian sebenar. Malah, pasangan kekasih itu beredar begitu saja dari lokasi tanpa menjelaskan kejadian sebenar.

Bagaimanapun, penduduk kampung yang menyaksikan pasangan itu diikat pada pokok dan dipukul menceritakan mengenai kejadian kepada polis.

Sementara itu, jurucakap polis Mahendra Singh memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian dan akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima aduan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Modngengade 11-11-2019 11:39 AM
cikki leluhur kelly mmg gelenyar...cash

Lain-lain Komen

Quote jazaa100 8-11-2019 02:37 PM
Birahnya kau meenachi.....

Dah ada ank pun nk menayang kat mertua...klu pun laki kau dah mati, tak de rasa hormat kat mertua ....
Quote adelea 8-11-2019 02:53 PM
Edited by adelea at 8-11-2019 02:54 PM

patutnya kat malaysia pon kena buat gini
kalau kena cekup ikat kat pokok and rotan
takat suh bayar denda , netizen pon x heran
takde pengajaran , sbb pakai duit semua boleh selesai  

klu kena ikat kat pokok macam ni
kena rotan depan orang baru tau malu
baru la netizen yg tengok pon takut nak buat

tapi kalau dah tengok macam ni pon
orang masih berani buat
mmg nak kiamat sungguh la ni
bila ketakutan pada tuhan tu lgsg dah takde  
Quote grizz 8-11-2019 03:23 PM
berani tol anta anak umah metua bwk bf..
Quote Pink_Purple 8-11-2019 03:29 PM
memperjuangkan hak kebebasan..
Quote mieymiey 8-11-2019 03:51 PM
wanita itu menghantar dua anaknya ke rumah mentuanya ditemani seorang lelaki.


Memang dia sengaja nak tayang bf kat mentua ker?
Quote Buritan 8-11-2019 03:56 PM
jazaa100 replied at 8-11-2019 02:37 PM
Birahnya kau meenachi.....

Dah ada ank pun nk menayang kat mertua...klu pun laki kau dah mati, ta ...

Untung org org india kat sini.. takde pun kena ikat kat btg pokok..
Quote underground 8-11-2019 04:10 PM
kat KL ni byk kes bini skandal.

aku tanya ustaz kenapa dlm kes dia handle ramai bini skandal, nusyuz etc

dia jawab, laki org pun ada skandal tapi sbb boleh quota bini 4, so boleh jadi halal.

bini org? hanya boleh berlaki sorang ye.

skandal la jawabnya.

lagi2 awek indon. ngaku dara, walhal ada laki dgn anak kt seberang..
Quote LadyCarefree 9-11-2019 11:36 AM
adelea:    Edited by adelea at 8-11-2019 02:54 PM  patutnya kat malaysia pon kena buat gini kalau kena cekup ikat kat pokok and rotan takat suh bayar denda , n ...



Hak kebebasan individu la. Sukati dia la nk ngeseks dngan saper.
Quote Perawankota 9-11-2019 05:03 PM
Euwwwww........
Quote Skuau 9-11-2019 06:32 PM
adelea replied at 8-11-2019 02:53 PM
patutnya kat malaysia pon kena buat gini
kalau kena cekup ikat kat pokok and rotan
takat suh bay ...

kat Msia kata ngko....aku....mmmm kan jer.
Quote adelea 9-11-2019 06:48 PM
LadyCarefree replied at 9-11-2019 11:36 AM
Hak kebebasan individu la. Sukati dia la nk ngeseks dngan saper.

klu tak de agama lantak
kebebasan seks tu la pinca hiv and penyakit bukan

islam bukan saja2 larang
dr byk sudut sama ada sains atau agama
ada sebabnya  dilarang berzina and seks sesuka hati

tak apa klu awak tak terima pendapat ni
terima kasih
Quote adelea 9-11-2019 06:51 PM
LadyCarefree replied at 9-11-2019 11:36 AM
Hak kebebasan individu la. Sukati dia la nk ngeseks dngan saper.


klu tak de agama lantakla
kebebasan seks tu la punca  hiv and penyakit bukan2

islam bukan saja2 larang
dr byk sudut sama ada sains atau agama
ada sebabnya  dilarang berzina and seks sesuka hati

tak apa klu awak tak terima pendapat ni
terima kasih
Quote adelea 9-11-2019 06:53 PM
Skuau replied at 9-11-2019 06:32 PM
kat Msia kata ngko....aku....mmmm kan jer.

kat malaysia kalau boleh nak buat macam ni

kalau ... kubilang kalau
Quote sharlenetexas 9-11-2019 08:06 PM
Ingatkan dalam negara tadi.
Quote Kerkin 10-11-2019 09:12 PM
Lepas kena pukul boleh blah mcm tu aja .. malu ler tew ..
Quote nono86 10-11-2019 11:53 PM
Laki dia manaaaaaa
Quote dani_5353 11-11-2019 11:30 AM
Banyak makan kas2
Quote DARSITA 11-11-2019 11:36 AM


sian siisteri kot dah banyak kali minta cerai tapi laki tak layan.  lepas kes ni harap si isteri diceraikan.


Quote Modngengade 11-11-2019 11:39 AM
cikki leluhur kelly mmg gelenyar...cash

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.163392s Gzip On
To Top