Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Melampau! Budak Tujuh Tahun Maut Dibunuh Rakan Sekolah Tahfiz

8-11-2019 12:26 PM Komen: 173
Melampau, seorang pelajar di sebuah maahad tahfiz meninggal dunia akibat dipercayai dipukul rakannya sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian di Lanchang, Temerloh itu, mangsa berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita.

Dia kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan. 

Foto: Awani
Pun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan tidak lama selepas itu. 

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut,  kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan. 

Katanya lagi, maahad itu hanya memiliki empat pelajar sahaja dan mula beroperasi sejak Januari lalu. 

Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan, katanya lagi yang mengatakan maahad itu beroperasi tanpa mendapat kebenaran jabatan agama Islam. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 173
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MenteriWanita 11-11-2019 05:40 PM
leylapple replied at 11-11-2019 09:47 AM
khen?
sedangkan golongan yg mcm nie lah yang paling kerap jual agama...

Kau bayangkan lah dari aku kecik sampai besar, time makan kat mana2, ada ja budak2 tahfiz pungut derma, agama kita mana ada ajar kita mengemis, kalau tak ada duit boleh mohon zakat, mohon pihak berwajib, kecik2 ustaz akhir zaman ni ajar benda yang tak elok untuk kesihatan mental budak2 ni, kalau tak ada duit boleh mengemis katanya,

Makpak pun jenis lepas tangan kat anak, anak cerita kena itu ini, bukan dia percaya anak, letak 100% kepercayaan pada ustaz akhir zaman ni, cuba kena kat cikgu cina ka, india ka, amboi laju mengamuk kat sekolah terus masuk isu perkauman, air tangan ustaz zaman now sangat meragu kan, anak sedara saya yang sekolah tahfiz tak sampai 6 bulan stay sana dah jadi pengotor, tak cukup telinga dia saya pulas, tak cukup kaki dia saya sebat, nak ajar dia jadi pembersih,

Kata orang dulu2 makin lama kita tuntut ilmu agama , makin terserlah kehebatan kita, sampaikan kalau orang nampak kita terlupa bagi salam kat kita dah rasa rugi, ustaz zaman now kebanyakkan menyakitkan hati, dahi hitam, janggut panjang, serban dan jubah jadi ukuran kewarakkan, Rasullulah yang mulia, baginda punya kuat ibadahnya tak terlawan manusia lain pun dahi tak hitam, jadi dimana relevan nya kita suka2 letak penampilan seseorang sebagai tanda kewarakkan nya.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 8-11-2019 10:21 AM
tak payah la nak mahaad mahaad ni kalau gini rupa dia..
Quote per706 8-11-2019 10:33 AM
Nak marah kafir kutuk Islam, tpi perlakuan Kita sendri pon dah merendahkan agama. Tempat menuntut ilmu agama pon mcam ni taraf nya, bila hafal sekadar hafal tpi xde pemahaman dan penghayatan
Quote sukacactus 8-11-2019 10:34 AM
Musim budak tahfiz mendonia
Senang la keje antara 3 orang tu ja sapa pya angkara
Quote awanearisu 8-11-2019 10:34 AM
Di usia 7 tahun arwah dah diserah ke orang yang tidak dikenali. Apa yang difikirkan oleh keluarga mangsa?
Quote prizadane 8-11-2019 10:37 AM
Ni semua sebab mak bapak nak anak jadi asbab mereka masuk syurga juga. Tapi betul lah, budak yang meninggal tu masuk syurga, baru 7 tahun..belum mumaiyiz lagi. Tapi mak bapak senang je kan hantar anak 7 tahun ke pusat tahfiz kononnya.

N bila orang kutuk mak pak ni, mak pak pro tahfiz ni marah sebab seolah-olah orang lain judgemental terhadap diorang.

N pusat tahfiz hanya 4 orang student? Apa jadah?

Innalillah untuk anak yang meninggal tu..
Quote hawk77 8-11-2019 10:39 AM
pelajar lelaki ke perempuan? wardennya perempuan...
Quote beloomberk 8-11-2019 10:43 AM
Baru 13 tahun dh belasah budak smp mati.. Menyeramkan eh budak2 skrg ni
Quote prizadane 8-11-2019 10:45 AM
hawk77 replied at 8-11-2019 10:39 AM
pelajar lelaki ke perempuan? wardennya perempuan...

Lelaki rasanya baca news tadi. Yang mengajar kat tahfiz tu, suami warden tersebut
Quote saviour_09 8-11-2019 10:50 AM
tahfiz lanchang lg

3,4 bulan lepas cousin aku refer satu kes liwat di tahfiz
lanchang jugak

siap dah jd macam pesta sex pulak dia aku cakap
punca nya dr OSTAT la yg mengajar semua tu
sial tak?

mana la lagi nak diharap kalo macam ni?
Quote c===8 8-11-2019 10:53 AM
umo 7 dah kena anto dok asrama, kesiannya
wa dulu umo baya tu masih lagi arwah nenek mandikan
Quote haruslah 8-11-2019 10:53 AM
4 pelajar termasuk abg tiri
1 meninggal
3 ditahan
Quote DARSITA 8-11-2019 10:56 AM
Edited by DARSITA at 7-11-2019 06:57 PM

Suka suki jer beruk mat yeh laki bini buka pusat tahfiz ya. Denda penjara sebab menyebabkan kematian. Kasi tutup itu sekolah jugak.

3 ekor anak setan itu elok hantar Sek Henry Gurney.

Ni mesti kes abang tiri jeles dgn adik tiri.


Quote kentel 8-11-2019 11:00 AM
makpak nya, kalau anak setan jangan dihantar ke tahfiz ya untuk berubah....makpak kena hantar anak tu pegi Henry Gurney.....ni anak setan bagi dkt pusat tahfiz, makin galak setannya sebab panas dibacakan surah....
Quote batmana 8-11-2019 11:07 AM
pejabat agama belah sana tak aktif,

tak kawal selia, tak amik tindakan,

pusat tahfiz tu bagus, tapi dorg buka tnpa ada kewangan, main minta derma, alasan pesan org tua wakafkn tanah la,

tapi serba kekurangan, bangunan takde  cf, kakitangan tak cukup, pstu minta derma

sedih sgt tgk, nampak mcm org islam disini mcm peminta sedekah,
kehulu hilir minta derma, patutnya kalu mampu buat pusat tahfiz tu, buatla btul2, kalu tak mampu jgn buat

jabatan agama lembik , nak tunggu anak org mati, baru nk respon tu takde pengiktirafan, abistu ko tak halang, haramkan pehal?
Quote noor2 8-11-2019 11:13 AM
Ya Allah sedihnya. ...apa nak jadi sekolah agama ni...

Anak aku pun x dihantar ke sekolah petang (agama )..hanya sekolah pagi...tapi tetap menjadi. .X tinggal solat berjemaah. .x melawan ibu bapa. ..dan boleh baca Quran. ..cuma beliau bukan hebat mana lah jadi hafiz boleh menghafal AlQuran tapi sentiasa baca Quran selepas solat fardu. ..amponnn jgn kecam.akak sebab pelik tengok ibu bapa sanggup berpisah dengan anak2 dari kecik semata untuk ke sekolah agama ni
Quote DARSITA 8-11-2019 11:17 AM
noor2 replied at 7-11-2019 07:13 PM
Ya Allah sedihnya. ...apa nak jadi sekolah agama ni...

Anak aku pun x dihantar ke sekolah petang  ...



Setengah orang Melayu ni jenis tak sayang darah daging sendiri. Mungkin senang dpt anak kot? hilang satu boleh buat lagi.


Quote noor2 8-11-2019 11:19 AM
DARSITA replied at 8-11-2019 11:17 AM
Setengah orang Melayu ni jenis tak sayang darah daging sendiri. Mungkin senang dpt anak kot? h ...

Macam dah jadi budaya sesetengah orang kita ni Dar. ....

Tapi sedih banyak kes yang x elok di sekolah berasrama agama ni.....baik dari kalangan guru mahu pun murid. ...imej islam tercalar. ..
Quote prettyuglybabe 8-11-2019 11:20 AM
student 4 orang je?
cam mana dorang urus kos operasi?
suruh budak-budak mintak derma ka?
Quote Artemesiaa 8-11-2019 11:21 AM
Kes yang lebih kurang sama terus berulang tah berapa ramai lagi nak jadi mangsa lepas ni

Lihat semua komen(173)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.172765s Gzip On
To Top