Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Isteri 13 Kali Keguguran - Dato' Fazley Yaacob Dedah Pernah Diuji Secara Fizikal Dan Mistik

8-11-2019 11:14 AM|natrahn| Komen: 163

Tanggal 7 November 2006 merupakan tarikh keramat buat Dato Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad kerana pada tarikh tersebut mereka berdua telah diijabkabulkan.

Sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 13, Fazley Yaakob memuat naik entri di instagram peribadinya menitipkan ucapan buat isteri tercinta. 


Memanggil isterinya Azrene sebagai ‘Adik Sayang’, Fazley menceritakan kembali peristiwa pahit manis yang dilalui mereka untuk mempertahankan mahligai perkahwinannya selama ini. 

Baca lanjut...


Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13

Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita.

Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan.

Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku.

Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang.

Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini.

Kredit Foto - Astro Awani

Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️

Tidak senang untuk mempertahankan sesebuah institusi perkahwinan tanpa persefahaman dan kesetiaan yang utuh. Bak kata pepatah, " Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana tak bergelora" - Segala usaha tetap ada kesukaran dan cabarannya. 

Tahniah Dato' Fazley Yaakob dan isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 163
Komen

Previous : 'Mungkin Belum Rezeki' - Fauziah Gambus Keguguran Di Usia Kandungan 8 Minggu

Next       : "Dengan IzinNya, Kita Mulakan Dengan Bismillah" - Risteena Dah Fitting Baju Kahwin, Gimik Ke?

Komen Terbaru

Quote NeckPillow 18-11-2019 05:45 PM
myariesa replied at 11-11-2019 12:36 PM
Bersyukur la pazli aib ko dgn pelakon janda masa tu masih berlaki tidak tersebar.. Tghari buta lak t ...

siapa nih.. cer citer

Lain-lain Komen

Quote pia250110 8-11-2019 11:15 AM
meratip la deme sampai abg jamel mampos
Quote slyfynx 8-11-2019 11:20 AM
So, pentingkah sampai nk kene ade thread?
Quote mieymiey 8-11-2019 11:23 AM
Kita kembali lagi dalam episod .........??????????
Ya betul!
Quote sfrnna 8-11-2019 11:23 AM
Iols kesian wife dia 13x keguguran. Tapi perlu ka meratip benda yang lain2 tu. Banyak Kali ulang2 bosan jugak.
Quote Acikgomen 8-11-2019 11:23 AM
Say something......

Quote kibodwatriuh 8-11-2019 11:24 AM
Camnalah orang tak nyampah
Quote imogenBones 8-11-2019 11:29 AM
I thought I was the only one yang bosan dengan dia asyik meratib hiba. We get it..dah2 la.
Quote miamiot 8-11-2019 11:30 AM
muka Azrene ni ada iras muka Kak Nab bini Nanas sikit
Quote kucingitam 8-11-2019 11:33 AM
so, tiap2 tahun anniversary kita kena baca ratapan dia ke caner ni..
Quote legal_jue11 8-11-2019 11:33 AM
Empathy wise faham la juga sebab orang yang dikata2 itu memang mengerikan ..kan?..tapi sudah2la tu nak bercerita, hina2 dia seperti yg kamu asik ceritakan ..itu ibu kandung isteri, dari rahim dia isteri tu menumpang selama 9 bulan..rasanya yg itu sahaja kita sebagai anak tak terbalas jasa..bukanlah suruh lupakan apa yg dah dibuat sebab kamu dan keluarga sahaja yg merasa deritanya tapi itulah..sudah2la bercerita kepada umum tu..nak kutuk hina antara kamu sekeluarga sahaja la
Quote sarah82 8-11-2019 11:34 AM
Menguam aku
Quote makshu 8-11-2019 11:37 AM
legal_jue11 replied at 8-11-2019 11:33 AM
Empathy wise faham la juga sebab orang yang dikata2 itu memang mengerikan ..kan?..tapi sudah2la tu n ...

kannnn.....baper kali nk citer kt public...??
Quote MadameOnion 8-11-2019 11:37 AM
aku pahamla ko nak burukkan sapa..walaupun secara indirect..bosan yach..tapi kalau lauk tak tambah garam ajinomoto semua mesti tak cukup sedap kan?
Quote dewi_rina 8-11-2019 11:40 AM
Ko kalau citer sekali ok kot, citer benda sama banyak2 kali mcm semak je
Menyampah pun ada
Quote dewi_rina 8-11-2019 11:42 AM
legal_jue11 replied at 8-11-2019 11:33 AM
Empathy wise faham la juga sebab orang yang dikata2 itu memang mengerikan ..kan?..tapi sudah2la tu n ...

Kalau orang tu jahat sangat, dia gugur bini ko tu masa dalam perut
Tak wujud bini ko
Orang dah menyampah dah dengar ko tetiap tahun canang benda sama
Dah kaya pun tak bahagia ke?
Sibuk nak tunjuk bahagia, sayang nak mati kat bini dia
Dalam masa sama..entah lahh
DUlu nampak dia ni hensem sgt, skrg dah rupa pondan mulut laser
Quote kashaz 8-11-2019 11:42 AM
wlupun aku mmg tak sukaa itu perempuan, tp mmg tak suka sesi royanan berkala begini.
suwit2 wish anniversary sudah laaa.

buat buku je la klu nak tulis semua pengalaman. bukan masa wish anniversary. ngek.
Quote dewi_rina 8-11-2019 11:45 AM
Dah kenapa dia panggil bini dia Adik?
Halah halah.. nak tunjuk sweet lah konon
Quote intanazlynna 8-11-2019 11:47 AM
Adik Sayang.. comel je
Quote Catpaw 8-11-2019 11:47 AM
Nexttttttt

Lihat semua komen(163)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.106473s Gzip On
To Top