Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kantoi Menyamun Dengan Bapa, Instafamous Kena Tangkap Tayang Kereta Curi Di IG

intan|8-11-2019 04:19 PM Komen: 57
Siapa sangka di sebalik wajah cantik dan mempunyai gaya hidup mewah kerana sering menayang harta benda di instagram, rupanya aktif menyamun bersama bapa kandung serta kenalan lain.

Seorang instafamous wanita yang bernama Myza Elisyaa telah kantoi melakukan aktiviti jenayah setelah memuat naik gambar kereta mewah hasil aktiviti samun bersama bapanya.

Menggunakan gelaran kak long tiger, Myza yang mempunyai pengikut di instagram hampir 14 ribu pengikut ini dianggap sebagai instafamous di kalangan pengguna instagram. 


Anak beranak kena angkut ke balai


Berita penangkapan itu telah dikongsi di laman Facebook Info Kemalangan 1 Malaysia dan menjadi tular kerana ramai pengikut wanita itu mengikuti perkembangan penangkapan tersebut. 

Loading FB Post...

Si pelaku jenayah tersebut dilaporkan telah ditangkap di Petaling Jaya dan ketika operasi, terdapat sedikit pergelutan telah berlaku kerana dikatakan suspek cuba melarikan diri daripada ditangkap.
Senjata tajam serta hasil rampasan turut ditemui di dalam kereta hasil samun, malah kereta tersebut pernah dimuat naik dalam instagram wanita tersebut.


Namun begitu, Instagram wanita tersebut telah 'dikunci' dan tidak dibuka untuk tatapan umum. Rata-rata pengikut wanita tersebut tidak menyangka rupanya hasil kekayaan yang ditayang di laman Instagramnya itu rupanya hasil samun dan rompakan.



Apa pendapat anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 57
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote keknaih 19-11-2019 03:38 PM
bapak borek anak rintik

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 8-11-2019 04:23 PM
Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan apa yang dipamirkan sebelum tahu punca dari mana sebenar datangnya
Quote jazaa100 8-11-2019 04:28 PM
Org betul betul kaya tak de nya gigih tayang harta
Quote MsKathryn 8-11-2019 04:32 PM
So followers yg puja2 minah ni kena tipu hidup2.. pelik btl yg follow instafamous.. mostly instafamous famous pn pasal tah apa2 je la..
Quote Boomibulat 8-11-2019 04:37 PM
Banyak btl barang dijumpai dlm kete..x tbaca list dia tu..
Quote Kurex 8-11-2019 04:39 PM
ada orang komen sila meninggal.. pprtnya
Quote Meiizu 8-11-2019 04:41 PM
laaaa ada gak kes camni.. we ollssss tak sangka
Quote EvieWanKenobi 8-11-2019 04:41 PM
jazaa100 replied at 8-11-2019 04:28 PM
Org betul betul kaya tak de nya gigih tayang harta

betul tu sis.. i sokong!
Quote spy_caridotdot 8-11-2019 04:45 PM
Fuh!! Bukan beshe beshe punya rompak ni!
Quote AbukRokok 8-11-2019 04:47 PM
patutlah ramai macam pernah tgk je simata kuyu...maklumlah aye candy
Quote sharlenetexas 8-11-2019 05:02 PM
Ingatkan kat oversea
Quote HannahMontana 8-11-2019 05:35 PM
Rupa2nya insta,FB, TEMPAT ORG SHOW OFF ,punca org sanggup buat apa sahaja asal boleh tunjuk sesuatu yang mendatangkan banyak likes.
Quote noor2 8-11-2019 05:39 PM
jazaa100 replied at 8-11-2019 04:28 PM
Org betul betul kaya tak de nya gigih tayang harta

Betul sangat jazaa. ...setuju..ni ada sorang kenalan ni suka up.status wasap beli barang kemas siap sebut alhamdulillah rezeki.hari ni..nak menunjuk banyak duit. ..adeh. .banyak lagi hari2 up status gambar  anak keciknya baring atas duit lah. ..

X dengki pun cuma pelik. ...perluke
Quote Psfzi 8-11-2019 05:49 PM
Who r yusss
Quote bungarose 8-11-2019 06:46 PM
            Binatang
Quote arm_band 8-11-2019 06:48 PM
sia sia......
Quote nooriesz 8-11-2019 07:31 PM
bapak pun sme menyamon.. terok btul!!!
Quote applelily 8-11-2019 07:46 PM
muda lagi adik ni.. hmm sayangnya
Quote azman124 8-11-2019 07:51 PM
Instafamous ni kuat tayang harta, padahal tu bkn harta diorg pon. Anak2 orang kaya ni jarang menunjuk sbb dia sedar tu harta mak bapak diorg. Jarang nak muda2 dah berjaya, lg2 instafamous ni bknnya pandai pun, spm pun 7G
Quote Beribear 8-11-2019 07:52 PM
Takde gambar ke.. Iolss tak kenal pon. Kata instapemes

Lihat semua komen(57)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.186693s Gzip On
To Top