Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pengutip Sampah Tak Mengaku Rogol Wanita Hamil 7 Bulan

7-11-2019 05:19 PM Komen: 25
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita hamil pada Oktober lalu.

Harian Metro melaporkan, Mohammad Syukri Jaafar, 38, yang juga pengutip sampah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha di Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini.


Gambar Hiasan

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Syukri didakwa merogol wanita berusia 20 tahun di kawasan pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Chukai jam 9 pagi pada 25 Oktober lalu.

Lebih menyayat hati, ketika kejadian mangsa sedang hamil tujuh bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan mahkamah menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Harian Metro pada 29 Oktober melaporkan seorang wanita dirogol di kawasan pembuangan sampah selepas menumpang kereta lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu bas di perhentian bas di kampung itu untuk ke rumah kakaknya di Kampung Gong Limau, Chukai sebelum didatangi suspek.

Menurut laporan, suspek memandu Proton Saga dan mempelawa mangsa untuk menumpang kenderaannya sebelum merogol wanita itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote arm_band 8-11-2019 06:57 PM
dah kenapa, engkau takde bini ke... bini org yang tengah mengandung pulak jadi bahan kannn

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 7-11-2019 04:25 PM
Kat tmpt buang sampah pn blh 'on' kau yer..
Quote fushimi 7-11-2019 04:45 PM
cerita baru ke

hari macam dah ada
Quote minguk 7-11-2019 04:58 PM
susulan kes yang hari tu ke ni?
laaaa dia rogol wanita hamil ke?
biadapnya nafsu serah dia
Quote Suchi 7-11-2019 05:00 PM
Erkkk bahayanya laah. Perogol ni jenis suka pompuan ngandung ke apa?

Mana si suami napa biarkan bini ngandung sorang diri kesana kemari???

So cemana keadaan mangsa? Baby ok tak.

Quote fliphair8 7-11-2019 05:02 PM
setannyaaaa......yg pompuan ni akai letak mana tumpang kete org tak kenai? laki hang pi mana? haishhhh sakit pulak ati kite
Quote Kurex 7-11-2019 05:07 PM
yg cerita lama ke baru..
Quote BoongaKertas 7-11-2019 05:22 PM
kenapa undang2 kita takleh ke amend kita kasi terus perogol ni semua? supaya spesis depa x membiak dan menjahanamkan ramai pompuan lg?
Quote matchstick 7-11-2019 05:23 PM
Boomibulat replied at 7-11-2019 04:25 PM
Kat tmpt buang sampah pn blh 'on' kau yer..

Dh kerjaya dia pun pengutip sampah.. Tmpt pembuangan sampah tu umpama rumah kedua je bagi dia
Quote matchstick 7-11-2019 05:29 PM
fliphair8 replied at 7-11-2019 05:02 PM
setannyaaaa......yg pompuan ni akai letak mana tumpang kete org tak kenai? laki hang pi mana? haishh ...

Mgkn pompuan tu ingt org tu ikhlas nk tolong sbb dia mengandung kan.. Kt ganu tu tunggu bas kadang2 sampai berjam2.. Ramai dh beli motor or kereta sendiri wpun buruk sbb x larat nk menunggu bas. Pompuan ni agaknya terdesak sgt nk pegi umah kakak dia, tu yg accept je org offer naik. Lagi2 kalau yg offer tu org sekampung. Mmg x syak apa lah
Quote grouper 7-11-2019 05:30 PM
Kes ni dh dibincangkan pjg lebar dlm thread asal cuma time tu x tau die mengandung 7 bulan..siap ada cite pengalaman forumer sini tumpang kete org balik kg time student
Quote julielapadite 7-11-2019 07:06 PM
BoongaKertas: kenapa undang2 kita takleh ke amend kita kasi terus perogol ni semua? supaya spesis depa x membiak dan menjahanamkan ramai pompuan lg?


Kan. Kalau mangsa boleh trauma seumur hidup kenapa dorg ni kena jel je 2-3 tahun, patut potong je anu biar sama-sama tanggung trauma seumur hidup jugak.
Quote julielapadite 7-11-2019 07:07 PM
grouper: Kes ni dh dibincangkan pjg lebar dlm thread asal cuma time tu x tau die mengandung 7 bulan..siap ada cite pengalaman forumer sini tumpang kete org bal ...


Itu kes lain kan. Kes budak pompuan tumpang so called prebet sapu from hell.
Quote sub5zero 7-11-2019 07:37 PM
Boomibulat replied at 7-11-2019 04:25 PM
Kat tmpt buang sampah pn blh 'on' kau yer..

x payah pakai tilam.... sampah tebal 30 inci ngalahkan tilam slumberland nikmatnya....
Quote tagas 7-11-2019 08:23 PM
stok sumpahan ikang jgk ke nih
Quote Pink_Purple 7-11-2019 08:30 PM
siannya pompuan tu..7 bulan mengandung,,dah dkt nak beranak..


sial la  jantan setan ni..
Quote Psfzi 7-11-2019 08:37 PM
Apa byk benar kes rogol kt ganu ni?
Quote jazaa100 7-11-2019 09:33 PM
fushimi replied at 7-11-2019 04:45 PM
cerita baru ke

hari macam dah ada

Aah...mcm cerita hari tu je....tapi hari tu x kata pompuan tu mngandung 7bln....

Kimak betul perangai mcm hanjingg
Quote Munshi 7-11-2019 10:58 PM
Sadisnya kena rogol kat tempat pembuangan sampah dengan busuk buruk tempat tu lagi. justice for you sis.
Quote dua_chzy 7-11-2019 11:47 PM
fliphair8: setannyaaaa......yg pompuan ni akai letak mana tumpang kete org tak kenai? laki hang pi mana? haishhhh sakit pulak ati kite


Dulu2 biasa ja tumpang keta orang tak kenal. Kokesen pun biasa jah buat menda ni. Dulu2 susah nak jumpa kes camni. Mungkin karna dulu2 sematfon takda, porn tak berleluasa. Nafsu jantan dulu2 pun tak binatang sangat macam sekarang. Jantan syaitan ni mungkin muka seperti baik sangat. Sedangkan acik2 kepam porom pun sering tertipu dengan gambar muka jantan nampak baik. Tu baru gambar. Belum irl tengok manisnya senyuman si jantan berlakon ikhlas nak tolong cemana...

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.173950s Gzip On
To Top