Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Gagal Capai Pendamaian, Sharnazz Dan Nabila Jalani Proses Hakam Timbang Tara

7-11-2019 11:22 AM|intan| Komen: 9

Nampaknya, konflik antara Nabila dan Sharnaaz makin berlarutan setelah mereka berdua gagal mencapai penyelesaian setelah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamaian (JKP).

Mengimbas kembali, isteri kepada pelakon Sharnaaz telah memfailkan cerai terhadap suaminya dengan alasan tidak lagi mencapai kata persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini dilaporkan tidak lagi menjumpai jalan penyelesaian dan akan dirujuk ke peringkat seterusnya iaitu proses timbang tara hakim.


Menurut laporan Mstar, kes penceraian pasangan ini telah gagal mencapai kata sepakat melalui Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Susulan itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan tarikh 4 Disember ini sebagai tarikh untuk mereka berdua melantik wakil dalam proses hakam tersebut.

Mengenai isu hakam, pihak mahkamah akan melantik wakil bagi kedua pihak termasuklah ahli keluarga atau saudara mara terdekat yang mempunyai maklumat dan info berhubung dengan kes penceraian ini. Oleh itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini sebagai wakil manakala Nabila telah melantik  ayah tirinya sendiri iaitu Abdul Halim Khan.

Tidak halang untuk tunaikan tanggungjawab sebagai bapa

Ketika ditemui, Sharnaaz memberitahu media bahawa proses tersebut tidak menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak sulung mereka, Jebat Jayden.


Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan proses hakam ini adalah jalan terbaik untuk pasangan yang tidak menjumpai jalan penyelesaian supaya masing-masing dapat hidup aman tanpa sebarang masalah," jelasnya lanjut.- CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Buka Lembaran Baru, Mia Ahmad Dah 'Move On'

Next       : Daiyan Trisha Diperlekeh, Nak Jadi Macam Yuna Tapi Tak Layak

Komen Terbaru

Quote RakyatJelata 4-12-2019 04:59 AM
Mleeen82: Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...Nanaz kena tegas la sikit...



Byk campur tangan keluarga ppuan- tu yg lembik Nanaz dibuatnya

Lain-lain Komen

Quote Mleeen82 7-11-2019 11:29 AM
Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...
Nanaz kena tegas la sikit...
Quote BedahBedul 7-11-2019 12:04 PM
"Benda ni kene 2 org baru boleh dpt anak, sorang tak dpt brader"
Quote kibodwatriuh 7-11-2019 01:00 PM
Thread dah ada toksahlah buat rajin bukak lagi.
Quote msdummy.2018 7-11-2019 01:34 PM
@bawangkecik, please take note

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1180177
Quote msdummy.2018 7-11-2019 01:35 PM
kibodwatriuh replied at 7-11-2019 01:00 PM
Thread dah ada toksahlah buat rajin bukak lagi.

gitulah...spmi bulan 12 kena tgk benang sama berulang2
Quote bawangkecik 7-11-2019 04:59 PM
msdummy.2018 replied at 7-11-2019 01:34 PM
@bawangkecik, please take note

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1180177

Kami part time writer, segala benda artikel admin yang approve
Quote msdummy.2018 7-11-2019 09:47 PM
bawangkecik replied at 7-11-2019 04:59 PM
Kami part time writer, segala benda artikel admin yang approve

Part time writer pun takkan xblh wat research dulu tgk thread dah buka ker idok????
Quote gigi 8-11-2019 05:40 PM
dah orang tak mahu nak wat pe di tahan2 kan.........redha jelah bang nanasss
Quote RakyatJelata 4-12-2019 04:59 AM
Mleeen82: Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...Nanaz kena tegas la sikit...



Byk campur tangan keluarga ppuan- tu yg lembik Nanaz dibuatnya

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.140136s Gzip On
To Top