Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cyprus Batal Kerakyatan, Ke Mana Jho Low Mahu Lari?

Tukang Tulis|8-11-2019 11:09 AM Komen: 28
Jho Low mempunyai kerakyatan Cyprus. Kredit foto: Carian Google
Cyprus telah memulakan proses menarik balik kerakyatan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia ekoran pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Bloomberg pada 6 November, Jho Low merupakan salah seorang daripada 26 pelabur asing dan keluarga mereka yang beroleh kewarganegaraan Cyprus menerusi program 'pelaburan untuk pasport' yang dilaksanakan kerajaan negara itu.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan Cyprus dan langkah tersebut akan melibatkan sembilan warga Rusia, lapan warga Kemboja, lima warga China, dua warga Kenya, seorang warga Malaysia dan seorang warga Iran.

Cyprus memberi kerakyatan kepada 26 warga asing menerusi program 'pelaburan untuk pasport' (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Terdahulu, memetik laporan Cyprus Mail, Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades bersetuju untuk menarik balik pasport Jho Low namun langkah itu memerlukan siasatan sebelum dilaksanakan.

Politis pula melaporkan, Jho Low dikatakan beroleh kerakyatan Cyprus menerusi bantuan Ketua Gereja Ortodoks Cyprus, Ketua Biskop Chrysostomos II.

Ketua Biskop Chrysostomos II. Kredit foto: Carian Google
Pada 4 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kesal dengan tindakan negara tertentu melindungi Jho Low sehingga menyukarkan usaha mengekstradisinya pulang ke Malaysia.

Malah, beliau mendedahkan pihak berkuasa negara terbabit memberi alasan tidak munasabah apabila menyatakan Jho Low telah menjalani pembedahan mengubah wajahnya sehingga kelihatan seperti seekor beruang dan berjalan seperti seladang.

Jho Low dikehendaki di Malaysia kerana disyaki menjadi dalang dalam skandal 1MDB yang menyaksikan dana berjumlah kira-kira RM2.6 bilion didakwa telah diselewengkan.

Baru-baru ini, Jho Low membuat perjanjian dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk memulangkan aset bernilai hampir AS1bilion (RM4.15 bilion) bagi menyelesaikan kes-kes sitaan harta yang dikaitkan dengannya. 

Dia menafikan melakukan semua kesalahan seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadapnya dan enggan pulang ke negara ini untuk membantu siasatan.

Ke mana lagi agaknya Jho Low akan bersembunyi selepas ini dan adakah wajahnya akan berubah seperti haiwan lain pula? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nono86 10-11-2019 11:51 PM
Hmmm.. Sekadar nak jatuhkan najib je

Lain-lain Komen

Quote sukacactus 8-11-2019 11:33 AM
Rupa sama je, xde rupa beruang pun
Quote Uncang_kelele 8-11-2019 11:34 AM
Baik jadi babi je terus
Quote Ina8895 8-11-2019 11:43 AM
Uncang_kelele: Baik jadi babi je terus


Muka beliau memang begitu
Quote matamata 8-11-2019 11:46 AM
Yelah kan, beruang mana boleh ada passport
Quote meow_tompok 8-11-2019 11:47 AM
jadi PATI je la ... kat Malaysia ramai PATI aman2 je siap bole berniaga

Quote Boomibulat 8-11-2019 11:58 AM
sukacactus replied at 8-11-2019 11:33 AM
Rupa sama je, xde rupa beruang pun

Dia x buat pun operation tu rasanya..saja kjaan cyprus nk cover beliau..ye la org bnyk duit
Quote Cpkay 8-11-2019 12:11 PM
muka beruang badan seladang ? itu pepatah ke apa ?
Quote hatikudus 8-11-2019 12:15 PM

Hahhahahah...iras sangat dah tu
Quote sukacactus 8-11-2019 12:15 PM
Boomibulat replied at 8-11-2019 11:58 AM
Dia x buat pun operation tu rasanya..saja kjaan cyprus nk cover beliau..ye la org bnyk duit

Hahaha...aku sj being sarcastic
Quote aHoi83 8-11-2019 12:17 PM
Makin kelakar plak cerita jho lo ni
Quote chicozinn 8-11-2019 12:23 PM
ape la bangkainye statement bedah muka srupa beruang jalan gaya seladang nih??dia ni hantu raya ke boleh jelma jadi persis binatang??
Quote Ina8895 8-11-2019 12:27 PM
chicozinn replied at 8-11-2019 12:23 PM
ape la bangkainye statement bedah muka srupa beruang jalan gaya seladang nih??dia ni hantu raya ke b ...

Mambang beruang kot
Quote EmaAsmadi 8-11-2019 12:32 PM
Entah2 ketua bioskop tu sebenarnya JLow. Kenapa JLow tak guna nama taek?
Quote orgsepang 8-11-2019 12:51 PM
Selagi duit dia boleh mengalir pasti ada saja negara nak dia. Cuba akaun dibekukan, yang pernah mengaku cinta mati pun buat tak kenal.
Quote fliphair8 8-11-2019 12:56 PM
dah tahu kat sana, takleh extradite ke?
Quote Ina8895 8-11-2019 02:47 PM
Si hamlau ni sebenarnya ada kat mana?
Quote L211 9-11-2019 12:16 AM
last 2 mati bunuh diri.. hahhahhah
Quote becir 9-11-2019 12:35 AM
Babi2 muka jho low pun tetapla heols 'merasa' si miranda Kerr...

Quote clarizsa 9-11-2019 12:40 AM
Untunglaaa banyak duit leh lari merata

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093883s Gzip On
To Top