Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Tiba-tiba Pening, Keliru, Sesak Nafas' - Gadis Dakwa Hampir Dipukau Lelaki Tua Dalam LRT

8-11-2019 10:49 AM Komen: 27
Seorang gadis mendakwa hampir dipukau seorang lelaki tua yang memandangnya ketika berada di dalam LRT, baru-baru ini. 

Beliau bernasib baik kerana dibantu dua penumpang lain.

Menceritakan kisah yang berlaku kepada seorang rakannya, Enson Teh berkata rakannya itu menaiki LRT di Stesen Putra Height untuk ke Sentul Timur sebelum disapa seorang pak cik tua berbaju merah jambu yang menggendong sekampit beras.


Kredit foto: FB

Bertanyakan arah ke Puchong Prima, pak cik itu menunjukkan tangannya kepada gadis tersebut yang tiba-tiba berasa pening, keliru dan tidak boleh bernafas.

'Setiap kali kawan saya pandang pak cik itu, dia rasa pening-pening dan lelaki itu makin mendekatinya,' cerita Enson lagi.

Akhirnya, gadis itu bangun dan mendekati dua orang penumpang lelaki lain untuk meminta bantuan.

'Dia menjelaskan situasinya kepada mereka yang membantu menghalang pakcik itu daripada memandang dan mendekatinya,' ceritanya lagi.

'Lebih pelik, pak cik itu turun di stesen yang sama dengannya, bukan stesen yang ditanya pada mulanya. Nasib baik dia dapat melarikan diri,' kata Enson lagi.



Kredit foto: FB

Netizen yang membaca perkongsian Enson membuat spekulasi kemungkinan lelaki tua itu menyapu sesuatu di tangannya yang boleh mengakibatkan mangsa pitam atau mabuk selepas terhidu, sebelum dirompak atau dirogol.

Walaupun tertanya-tanya apakah tujuan pakcik itu, Enson menasihati para penumpang wanita untuk berjaga-jaga jika berada salam situasi yang sama.

'Jangan cuba lawan secara bersendirian. Jika tidak yakin, dapatkan bantuan dan jika pening, cepat-cepat jauhkan diri,' tambahnya.


Kredit foto:  Enson Teh / Carian Google

Satu perkongsian dan nasihat yang mungkin berguna untuk wanita yang menggunakan pengangkutan awam. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ezacbee 17-11-2019 10:16 AM
Dalam bas kes pow lak;
Ada mat kelly dok sebelah bdk vietnam tanya mcm2.
"keje mana? nak pegi mana? hp tu baru ke?" Rupa2nya die nak pow duit RM5 je.
Bila bdk tu bukak dompet, skali mat kelly tu nampak byk duit dlm tu.
Boleh nak mintak semua (note RM10 & RM1 (10-20keping).
Bdk tu ckp elok2, mana boleh saya mau duit gak.
Elok die bagi RM10 die mintak lagi 2-3 ringgit. Dah dapat die dok tempat lain.

Lepas mat kelly turun bas, ada org melayu tanya nape bagi duit?
Die ckp xmo mat kelly wat bising dalam bas, manetau ada pisau ke. Duit boleh cari. Takpa saya tolong saja. Baik tol bdk ni, wat malu org malaysia je

Lain-lain Komen

Quote misuke 8-11-2019 10:53 AM
Pentingnya amalkan doa perjalanan bila nk keluar rumah
Quote BoongaKertas 8-11-2019 11:11 AM
Allahu. pelik2 dah malaysia skrg. mmg x selamat dah zmn skrg ni
Quote uori 8-11-2019 11:12 AM
zaman aku naik bas metro yang teruk dulu,
femes pukau guna duit syiling cicir atau payung jatuh.
kalau ko tolong amekkan, abislah kena pukau.
pastu dengar khabar angin ni, aku membabi buta je percaya.
lantaklah nak cakap aku selfish ke apa, barang ko jatuh, angkat sendiri.
hell no ko nak pukau2 aku.
dahlah naik bas metro macam nak perjudikan nyawa.



oh memori
Quote msbegawan 8-11-2019 11:29 AM
haizzz pelik2 la manusia sekarang
nasib baik gegirl ni sempat bertindak
and kudos to the boys too

take care semua
Quote Sang_Pencinta 8-11-2019 11:42 AM
Nasib sempat sedar sblm pengsan
Quote mizruncing 8-11-2019 11:45 AM
eeii bahaya btol laa zaman skrg ni. macam2
Quote Jorja 8-11-2019 12:05 PM
Tukang pukau ni mmg betul wujud, hati hati
Quote MsKathryn 8-11-2019 01:05 PM
Kena sentiasa berhati2
Quote Sang_Pencinta 8-11-2019 01:14 PM
Pukau moden guna bahan kimia bagi pitam
Quote Kurex 8-11-2019 02:49 PM
tapi orang yg terpukar dgn kecomelan kurex..
Quote mokcikcctv 8-11-2019 02:50 PM
sekarang nak cucuk duit kt atm pn kna tengok kiri kanan sbb ramai dah orang amal ilmu pukau ni. Kt kmpung iols femes pukau ni dia datang kt rumah orang tua or ade orang ppuan yg bru lepas mninggal mybe die taw pembahgiaan harta kot. Masa mak iols lpas mninggal lpas 2 hari datang 2 org makcik ckp kwan arwah mak, i pn pelik kwan mak mesti la iols knal ni muke x prnah nmpak die ckp nk masuk kejap trus iols panggil pakcik & makcik mngelibas die lari pintu kereta x smpat ttup dh tekan minyak. Pakcik ckp kereta tu orang kampung dok kecoh psal pukau. Yihhh seramm kebetulan mmg tengah agih2 kan barang emas mak
Quote Ina8895 8-11-2019 03:27 PM
misuke: Pentingnya amalkan doa perjalanan bila nk keluar rumah


Yang kena ni amoi. Dia nak baca doa apa?
Quote Star_el 8-11-2019 04:14 PM
aku pening baca cerita dekat post tu = ="
Quote jazaa100 8-11-2019 04:39 PM
Star_el replied at 8-11-2019 04:14 PM
aku pening baca cerita dekat post tu = ="

Lemahnya Rohani kau....

Baca pun dah kena pukau.....
Quote Psfzi 8-11-2019 07:52 PM
Berhati hati la bila2 dan di mana2
Quote noell 8-11-2019 08:18 PM
Ina8895 replied at 8-11-2019 03:27 PM
Yang kena ni amoi. Dia nak baca doa apa?

doa makan senang budak tadika pun pandai
Quote HannahMontana 8-11-2019 10:48 PM
Kurex replied at 8-11-2019 02:49 PM
tapi orang yg terpukar dgn kecomelan kurex..

pungkoq hanggggggggg
Quote M.S.M 13-11-2019 03:55 AM
Ilmu pukau sprt ini, da lama wujud. Cuma kita saja yg tk tahu. Sbb dulu kita tdk ada technology bawang menggunakan jari jemari sprt skrg..
Quote anony-mous 13-11-2019 09:51 AM
Next time kene jalan2 dgr henpon. Buat xtau dgn sekeliling. Takut betul kalau kene

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.174846s Gzip On
To Top