Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Tak Pernah Rasa Bahagia Macam Ni" - Janna Nick Akui Bercinta Dengan Dini Azan Schatzmann!

7-11-2019 10:06 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 86

Sebelum ini, banyak khabar angin berterbangan mengatakan bahawa pelakon terkenal Janna Nick sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan iaitu Dini Azan Schatzmann. 



Pun begitu, mereka menafikannya dan menyatakan bahawa mereka berdua hanyalah rakan baik.

Tapi akhirnya, Janna sendiri mengakui kepada Harian Metro bahawa dia dan pelakon lelaki itu sudah mula bercinta sejak Jun lalu.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.



"Bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

"Apapun, doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini," katanya.

Menurut Janna lagi, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini adalah kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.


Kredit foto: Blog

"Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.

"Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati," katanya.

Tahniah! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 86
Komen

Previous : Basah Lencun, Aksi Panas Zul Ariffin Dan Intan Najwa Keterlaluan?

Next       : Adira Pertahan Hak Jaga Anak, Beranak Bukan Untuk Bagi Orang Lain

Komen Terbaru

Quote Entresto 19-11-2019 02:54 PM
hayrin86 replied at 19-11-2019 09:34 AM
Belum pengesahan lagi

Maksudnya khabar angin jelaaa...choiiii

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 7-11-2019 10:13 AM
alhamdulillah, ingatkan JN ni geng cat rupanya masih mendambakan kasih seorang jejan..tahniah JN n bf, herlokk sakan qhupa marka ang.. pandai ang caqi naaa!!
Quote annadonna 7-11-2019 10:17 AM
Bestnya zaman bercinta.  Rasa nak bercinta lagi
Quote MissLana 7-11-2019 10:18 AM
memanggil kurex dtg mengadap huhu
Quote jula7 7-11-2019 10:20 AM
hahhaa..kurex jugakk yg diseruuu
Quote MissLana 7-11-2019 10:21 AM
gigih iolss gugel biodata heshe and knp heolss herlokk sgt nihhh! pelik laa knp study dkt canada takde gf?? JN jgk yg kau nakkk hahahahha iolss jeles ni
Quote miss_strangers 7-11-2019 10:22 AM
Erm laki ni bukan cam rendah ke Dari Janna?? Aku lagi suka Janna ngan mamat paki Sara sajeeda Tu..lagi nampak helok penampakan..
Quote violetungu 7-11-2019 10:24 AM
okla laki ni muka kokosen tapi pandai cakap utagha.
Quote September14 7-11-2019 10:28 AM
Helok wei laki ni.. janna lak tgk real mmg cun...
Quote amyza 7-11-2019 10:30 AM
Nasib baik bukan dengan anak JSp
{:good
Quote aemon 7-11-2019 10:38 AM
kaka ketuk2 mesti berputih mata je.heh.herlok sangat dini dari anaknya.
Quote ciknam 7-11-2019 10:41 AM
So, gaduh dengan kaka ketuk2 sebab inikah?
Quote coco 7-11-2019 10:47 AM
tapi janna dlm melodi kalau datang jejans yg herlookkk.... dia punya gedik walau nak usik usik... nampak gedik yg real n sangat sangat gedik.  gedik yg tak leh di bawak bincang dah
Quote Acikgomen 7-11-2019 10:48 AM
aemon replied at 7-11-2019 10:38 AM
kaka ketuk2 mesti berputih mata je.heh.herlok sangat dini dari anaknya.

Paling penting mak bapak si dini nih tak propa tak poyo mcm cyst nyawa di sana sini tuh
Both dini and jannah punya family pun dah mesra2 skang neh. Kalo harap kan cyst nyawa tuh, semua benda nak highlight diri dia ja. Seropa mak jannah tu tak wujud
Gile saiko punya pompuan
Quote misuke 7-11-2019 11:03 AM
ok.. janna sorg je ada bf
Quote MadameOnion 7-11-2019 11:29 AM
cantik janna ni..kuat keja walaupun sheols ada kebimboan jugak..dan yg penting setakat ni takde cerita menjual kerang
Quote buapakperut 7-11-2019 11:35 AM
hmmm heloknyaaa.. berlakon helok juga tak
Quote CinnamonR 7-11-2019 11:40 AM
Elokla sama padan..pic ketiga tu kat kepala tu babi ke?
Quote meow_tompok 7-11-2019 11:45 AM
untung jadik artis Malaysia, bole openly je announce bercinta cintun dgn sesiapa. Kalau idol kat Korea China...seram2 je fans derang.

Quote CurangLagi 7-11-2019 12:14 PM
Kecewanya dini sdh dmilikii

Lihat semua komen(86)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099218s Gzip On
To Top