Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Tanggungjawab Saya Untuk Bayar Hutang" - Azmin Ali Jawab Isu Disaman Agensi Pelancongan

Oleh: Tukang Tulis|6-11-2019 03:01 PM Komen: 38
Azmin Ali meminta pegawainya menyemak tuntutan agensi pelancongan berkenaan. Kredit foto: Facebook

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali didakwa gagal membayar bil berjumlah lebih RM300,000 yang sebahagian besarnya untuk kos percutian keluarganya kepada sebuah agensi pelancongan.

Memetik laporan Sarawak Report, maklumat itu diperolehi melalui satu writ yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu.

Selain kos percutian keluarga sepanjang enam bulan pertama tahun ini, turut disenaraikan adalah tuntutan bagi kos perjalanan ke Sandakan sepanjang 10 hingga 11 Mei lalu di mana ketika itu, timbul dakwaan skandal panas melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang pemimpin kanan parti di Hotel Four Points.


Notis yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur. Kredit foto: Sarawak Report

Agensi pelancongan berkenaan, YHA Travel & Tours dikatakan terpaksa mengambil tindakan undang-undang setelah tuntutan yang dikemukakan terhadap Azmin tidak dibayar.

Azmin turut dijadualkan untuk menghadiri pengurusan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada 3 Disember 2019.


Tuntutan turut merangkumi kos perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan. Kredit foto: Sarawak Report

Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan Azmin menyatakan beliau belum menerima surat saman daripada YHA Travel & Tours dan telah meminta pegawainya menyemak kenyataan yang dikeluarkan agensi pelancongan terbabit.

"Itu tanggungjawab saya untuk membayar hutang, jadi biarlah semakan dibuat terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga menyatakan tidak tahu bagaimana isu tidak membayar hutang itu timbul dan meminta pihak media bertanya kepada agensi pelancongan tersebut.

Hairan juga kes ini sebab kebiasaannya, pelanggan perlu menjelaskan semua bayaran berkaitan kepada agensi pelancongan sebelum memulakan perjalanan. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ardilna30 12-11-2019 12:22 PM
Terkejut dgn berita ni. Tapi owner YHA dgn Azmin kenal baik kot.. Macam x sangka pula boleh saman menyaman..

Lain-lain Komen

Quote Melorqe 6-11-2019 03:25 PM
elok la charge late fee penalty sekali
berapa banyak duit tu boleh dpt kalau masuk FD
len kali suruh menteri tu mohon kad kredit utk urusan beli tiket flight ja, baru dia nak reti bayar on time.
Quote Rogue98 6-11-2019 03:45 PM
Agaknye dia ingat adalah mana2 taikun nak tolong byr kan. Rupanye cina2 pun dah menyampah dgn gang Hanching ni. Penat undi habuk pun tadak. Sprm tolong lah siasat camner dlm 6 mths dia mampu nak pi cuti dgn famili. Takkan gaji sebulan habis camtu jer.
Quote Boomibulat 6-11-2019 03:57 PM
Petik nama Sandakan dan2 je nak bayar..
Quote Kurex 6-11-2019 03:59 PM
tanggungjawab azmina botem, bayar hutang late fee, bayar hutang 1mdb
Quote Ina8895 6-11-2019 04:02 PM
Bakal PM ni
Quote mizruncing 6-11-2019 04:05 PM
hamboi bercuti smpai 300k. takkan tak mampu byr kot
Quote zorrro_03 6-11-2019 04:31 PM
jahanam gitu je puak2 ni...  sembang mcm syumul tahap dewa kau ye...  
Quote EmaAsmadi 6-11-2019 04:37 PM
Min, bayar hutang aku sekali. Terima kasih
Quote misuke 6-11-2019 04:38 PM
tanggung bontot je la. puii
Quote damian_lee 6-11-2019 04:38 PM
TER EXPOSED tanpa sengaja konsepnya sandakan ituuuuu
Quote aHoi83 6-11-2019 04:50 PM
Percutian keluarga selama 6 bulan??? Ke maksud dia mcm mana??
Quote msbegawan 6-11-2019 04:53 PM
relax nya belanja duit
Quote munchkin 6-11-2019 05:00 PM
Kemain depa dulu kutuk parti pemerintah dahulu. Hmmm
Quote arnauld 6-11-2019 05:11 PM
Polis dah siasat lum bil tu hehehe....
Quote noraidil_06 6-11-2019 05:12 PM
kpd TT mungkin pembayaran dibenarkan lewat atas kapasiti dia. dia menteri kan? i dh tatau apa jawatan dia.
Quote DAPee 6-11-2019 05:25 PM
@pyropura
Quote Ina8895 6-11-2019 05:34 PM
noraidil_06 replied at 6-11-2019 05:12 PM
kpd TT mungkin pembayaran dibenarkan lewat atas kapasiti dia. dia menteri kan? i dh tatau apa jawata ...

Perjalanan atas urusan politik & peribadi. Tak boleh guna waran kerajaan rasanya
Quote noraidil_06 6-11-2019 05:36 PM
Ina8895 replied at 6-11-2019 05:34 PM
Perjalanan atas urusan politik & peribadi. Tak boleh guna waran kerajaan rasanya

yeah. what i mean is sebut nama dia pun dh cukup laku. so  x perlu buat payment dulu.alih2 x byr.
Quote dekmieDandy 6-11-2019 05:37 PM
anaknya pon sekali kan, hutang sampai 50k, travel agency jugak

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.244895s Gzip On
To Top