Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Azrel Ismail Ada Calon Isteri, Tapi Tak Puas Hidup Bujang Lagi

7-11-2019 10:02 AM|Oleh: ameenarara| Komen: 16

Pelakon Azrel Ismail mengakui dirinya sudah mempunyai pilhan hati, namun memilih untuk hidup membujang sepuas-puasnya sebelum mendirikan rumah tangga.

Dia mengatakan kepada Berita Harian, bahawa dia tidak mahu terburu-buru berkahwin walaupun ramai rakannya sudah menamatkan zaman bujang.


Foto: Instagram Azrel Ismail

Tambahnya lagi, hatinya juga terusik apabila melihat rakan artis lain melangsungkan pernikahan, tetapi itu bukanlah tekanan pada dirinya.

Menurutnya, perancangan kahwin perlu dibuat dengan betul kerana hidup pasti akan berubah selepas bergelar suami isteri.



Bercakap soal kerjaya, dia masih menanti tawaran berlakon untuk watak yang memberi impak kepada penonton seperti mana yang berlaku pada Ben Amir yang bergandingan dengan Mira Filzah.

Namun, dia masih bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus hingga terlepas peluang untuk berlakon dalam teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima kerana masih dalam penggambaran drama Puteri Yang Ditukar.



Pada masa sama, Azrel sedang berusaha untuk memulakan bidang perniagaan dandanan rambut kerana dia begitu berminat dengan fesyen rambut dan kemungkinan mahu berniaga produk rambut atau membuka kedai gunting rambut pada masa akan datang.

Harap, nama Azrel juga akan 'meletop' dalam bidang lakonan seperti rakan seperjuangan lain. Tidak mengapa lambat, asalkan terus bertahan dalam industri dan bijak bawa diri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Previous : Basah Lencun, Aksi Panas Zul Ariffin Dan Intan Najwa Keterlaluan?

Next       : "Lelaki Seluar Senteng Buruk Konon, Faradhiya Pakai Singkat Ketat Elok Sangatlah Tu?"

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-11-2019 10:14 AM
minah_selekeh replied at 11-11-2019 10:43 PM
Dengan Azrel pun ber-semoga la nampaknya? Panjang dah list ko ni Kurex..

sebab helok....  

Lain-lain Komen

Quote Ritacomels 7-11-2019 10:25 AM
Sape gf dia ni? Nk tunggu meletop lmbt lg la bang.. Ko xde aura n pakej pon utk jd hero sebenarnya. Sekian.
Quote Kurex 7-11-2019 10:37 AM
kenapa gaydar kurex berdenting kalau pandang dia ni? semoga azrel merasakan dentingan yg sama bila nampak kurex macam movie species 2
Quote adelea 7-11-2019 10:52 AM
nanti bila dah kawen mesti ckp rugi x kawen awal
byk je lelaki melayu pesen ni

bukan muda lagi azrel oii, tera nak kawen nak ada anak nak bela anak ... nanti mesti nyesai kawen lambat
Quote MissLana 7-11-2019 11:09 AM
heolss comot laa dgn jambang. bayaa sgt haha
Quote keknaih 7-11-2019 11:21 AM
tak kisah pun banggg
Quote minguk 7-11-2019 11:43 AM
macam pernah nampak dia ni.. berlakon cerita apa ya
Quote ezacbee 7-11-2019 02:08 PM
Suam2 je die ni.. baik kawen jela
Quote Bergosip 7-11-2019 03:19 PM
Oh oh oh okayyyy
Quote SherryZass 7-11-2019 06:46 PM
So, nak kena buat apa ni?
Quote doubleA 7-11-2019 06:49 PM
ezacbee replied at 7-11-2019 02:08 PM
Suam2 je die ni.. baik kawen jela

Iols nak komen camtu gak
Quote Orix 11-11-2019 01:01 AM
Tibaiunta bak kata almarhum sepit
Quote ali2810 11-11-2019 06:31 PM
Doa yg baik2 je
Quote hyie 11-11-2019 06:46 PM
meols ingin menjodohkan heshe dengan kak arja lee yach
Quote minah_selekeh 11-11-2019 10:43 PM
Kurex replied at 7-11-2019 10:37 AM
kenapa gaydar kurex berdenting kalau pandang dia ni? semoga azrel merasakan dentingan yg sama bila n ...

Dengan Azrel pun ber-semoga la nampaknya? Panjang dah list ko ni Kurex..
Quote blue^panther 11-11-2019 10:46 PM
Kurex replied at 7-11-2019 10:37 AM
kenapa gaydar kurex berdenting kalau pandang dia ni? semoga azrel merasakan dentingan yg sama bila n ...

Berdenting la sangat kurex....
Quote Kurex 12-11-2019 10:14 AM
minah_selekeh replied at 11-11-2019 10:43 PM
Dengan Azrel pun ber-semoga la nampaknya? Panjang dah list ko ni Kurex..

sebab helok....  

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.139498s Gzip On
To Top