Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Leon Tak Seiras, Tak Buktikan Anak Sultan' - Ini Jawapan 'Sumber Istana' Kepada Rihana Petra

Oleh: Sang_Pencinta|6-11-2019 05:42 PM Komen: 374
Berikutan pendedahan gambar-gambar Tengku Ismail Leon Petra, 5 bulan yang didakwa Rihana Petra sebagai zuriat kepada mantan suaminya, Sultan Muhammas V, kini sumber daripada istana tampil memberikan keterangan balas.


Kredit foto: DailyMail

Menghubungi akhbar Daily Mail UK, sumber yang mendakwa dari Istana Kelantan memberitahu akhbar itu bahawa Sultan tidak percaya bayi itu anaknya dan wajahnya tidak seiras dengan Baginda. 

Tambahan pula sumber itu memberitahu, iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut.

Sumber itu turut mengesyaki Rihana mempunyai niat lain di sebalik pendedahan gambar tersebut.

'Anak itu boleh sahaja zuriat mana-mana lelaki keturunan Asia,' kata sumber itu lagi yang mendakwa bercakap terus dengan Baginda Sultan.


Kredit foto: DailyMail

Kenyataan balas sumber istana ini bertentangan dengan dakwaan Rihana. 

Rihana juga telah mencabar mantan suaminya bagi membuat ujian DNA seterusnya menfailkan satu prosiding di Mahkamah Moscow bagi membuktikan dakwaannya.

Menurut sumber istana itu lagi, selain menafikan bayi itu seiras dengan Sultan, dakwaan bahawa 'kehamilan bayi itu dirancang dan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan,' adalah cerita karut.


Kredit foto: DailyMail

Sumber itu turut mendakwa Rihana sengaja menggunakan bayi itu sebagai senjata untuk membuat tuntutan perceraian yang tidak masuk akal.


Kredit foto: DailyMail

Menurut sumber itu lagi, Baginda merasakan perkahwinan dengan Rihana adalah kesilapan besar, tapi kini sudah bersedia untuk berkahwin lagi dan mempunyai pewaris takhta. 

Bagaimanapun, sumber itu tidak memberitahu sama ada pihak istana sudah mempunyai calon atau tidak.


Kredit foto: DailyMail

Persoalannya, bukankah lebih mudah untuk membuat ujian DNA dan sekaligus menutup cerita ini? 

Kerana penafian demi penafian juga tidak akan membuktikan apa-apa. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
7
Komen: 374
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote oppol 13-11-2019 01:57 PM
Ada video 6 Lol.....

Lain-lain Komen

Quote Modngengade 6-11-2019 05:49 PM
Buat ujian DNA habis cerita...abe oh abe
Quote Kurex 6-11-2019 05:50 PM
buat ujian dna laaaaaa
Quote lemak_masin 6-11-2019 05:54 PM
Buat je laa.. anak tu tak bersalah.. kalau ye pun anak abegong.. bertanggungjawab je laaa.. bukan lahir luar nikah pun...
Quote KIM.K 6-11-2019 05:56 PM
Teori konspirasi (plot twist)
Sheols pun salah sorang tranny Illuminati
Anak klon
Quote sharlenetexas 6-11-2019 05:57 PM
Pulok doh
Quote zafira 6-11-2019 05:57 PM
Edited by zafira at 6-11-2019 05:59 PM

susah sangat ke nak buat DNA test... kalau rasa anak tu bukan anak abegong kenapa tak nak buat... buat sajelah... habis citer... kalau lagu ni.. 5 guni popcorn pun tak abis lagi citer ni...
Quote miss_sepet 6-11-2019 05:58 PM
Apa masalah susah sgt nak buat ujian DNA nih
Quote lemak_masin 6-11-2019 05:59 PM
Boleh pulak kata zuriat mana2 lelaki asia.. tak baiknyeee abegong cakap camtu... buatnye kalau betul anak abegong.. camnee..? Melainkan abegong mandul boleh laa nafi terusss..
Quote shernazz 6-11-2019 05:59 PM
Iols is kesian pada anak tu....
Kalau dh besar dia baca cite cite mcm.ni
Haiyaa
Quote tumpanglalu74 6-11-2019 05:59 PM
Tolong STOP memalukan negara ni boleh tak?
Quote pinksarah 6-11-2019 06:02 PM
Edited by pinksarah at 6-11-2019 10:03 AM

Dayusnya...
Quote cmf_premierleag 6-11-2019 06:04 PM
Ya Allah, turunkan la azab bala bencana yg maha dasyat kpd mereka yg deny hak baby leon ni
Amin
Quote dramaking007 6-11-2019 06:05 PM
Modngengade replied at 6-11-2019 05:49 PM
Buat ujian DNA habis cerita...abe oh abe

abe xmau wat ka you...sebab dr ritu lagi org suh buat.
Quote Muntz 6-11-2019 06:05 PM
Buat jer lah DNA test. Apa lah susah sgt. Once and for all tutup terus kes.
Quote dramaking007 6-11-2019 06:06 PM
lemak_masin replied at 6-11-2019 05:54 PM
Buat je laa.. anak tu tak bersalah.. kalau ye pun anak abegong.. bertanggungjawab je laaa.. bukan la ...

masa majlis nikah tu cantik dan wow.siap ade interview lagi.so much love i tgk.xsangka blh jd isu hot.sadisnya
Quote Muntz 6-11-2019 06:06 PM
Kalau nak cakap wajah kena seiras baru ada hubungan keluarga, Liv Tyler anak Steve Tyler jauh beza, tp anak beranak kandung.
Quote akies 6-11-2019 06:06 PM
Walaupun hidung lebih kurang sama, tapi tak bermakna itu anak SK.
Meroyan lagi mek oks
Quote dramaking007 6-11-2019 06:07 PM
cmf_premierleag replied at 6-11-2019 06:04 PM
Ya Allah, turunkan la azab bala bencana yg maha dasyat kpd mereka yg deny hak baby leon ni
Amin

aduh you i pn kesian dgn baby ni kewujudan nya di persoal..moga yg menjadi daddynya x kira siapa org tu moga bertanggung jwb utk nya
kecik2 hidup dan pnuh isu.
Quote Mira_aleya 6-11-2019 06:12 PM
Buat ujian DNA je la kan senang..xyah la balas2 statement mcm ni..buat malu nama baik institusi raja je asik bertengkar kat socmed

Lihat semua komen(374)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
4.936366s Gzip On
To Top