Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Sejak Bila Malaysia Jadi Republik? Penganjur Miss Crystal Angel International Dikecam Hebat

6-11-2019 10:05 AM Komen: 40

Kredit Foto - Youtube Media Marhaen
Video pada satu pertandingan ratu cantik yang diadakan di Myammar mencetus kontroversi apabila terdapat kesalahan penggunaan nama ¡®Republic of Malaysia¡¯ oleh seorang model yang didakwa sebagai wakil untuk Malaysia.

Video yang tular itu dirakamkan semasa segmen pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan. 


Salah daripada dua peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili 'Republic of Malaysia'. 

Pelik juga kerana model berkenaan pun dilihat tidak peka mengenai status negara sendiri.




Usai insiden memalukan itu, penganjur Miss Crystal Angel International membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kesalahan menggunakan nama 'Republic of Malaysia'.




"Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan telah menggunakan nama 'Republik Malaysia'.

"Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham," kata kenyataan itu yang telah dikeluarkan pada Selasa yang dipetik dari Astro Awani.

Malah, pihak MCAI juga menjelaskan bahawa pihak mereka sudah menukarkan nama ¡®Republic Of Malaysia¡¯ itu kepada ¡®Borneo¡¯ melalui perbincangan dengan pihak organisasi Malaysia di dalam ruangan komen berkenaan.

¡°Kami memohon maaf atas gangguan ini dan kami berharap tidak ada kata-kata negatif untuk perkara ini lagi. Kami sayang Malaysia.¡±



Meskipun telah memohon maaf, rakyat Malaysia keseluruhannya masih berasa kesal dengan tindakan tersebut. Ramai pengguna media sosial telah meninggalkan komen yang 'panas' di laman Facebook penganjur tersebut:


Kredit foto: FB Miss Crystal Angel International

Benarkah ada unsur sabotaj oleh pihak tertentu? Apapun semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang kerana ia melibatkan kedaulatan negara Malaysia tercinta. Sayangi Malaysiaku. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 40
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote grouper 7-11-2019 05:35 PM
Badak.....

Lain-lain Komen

Quote Modngengade 6-11-2019 10:12 AM
pprt nya miss  malaysia....kenapa x diet dekk?
Quote Miss.H 6-11-2019 10:24 AM
Malaysia akan jadi negara republik tp xtau bila. Ni kiranya bagi hint kot
Quote miemiecha 6-11-2019 10:32 AM
pes : miss mesian tu dah x dok mesia ke sampai x tau negara sendiri smpai x cek selendang tu
seken : ape ke lawo gitu gaya wakil mesia
ted : yg wakil beuty pijen tu x semak bebenor sebelum msk acara ke??

akhirkata : semua yg ade kat acara tu as wakil from malaysia bodo..
sekian
Quote tungkai 6-11-2019 10:48 AM
Event PPRT apa ni...???
Quote anastasia7 6-11-2019 10:53 AM
Cop. Kenapa tk tukar kepada Malaysia je. Jadi Borneo?
Quote fushimi 6-11-2019 10:57 AM
Modngengade replied at 6-11-2019 10:12 AM
pprt nya miss  malaysia....kenapa x diet dekk?

gemuk cam sengkuan pun gigih masuk mis bagai

ko layak jual lobak masim je sis


Quote bulalof 6-11-2019 10:59 AM
I dont think this event is recognized worldwide.
Quote natrahn 6-11-2019 11:02 AM
anastasia7 replied at 6-11-2019 10:53 AM
Cop. Kenapa tk tukar kepada Malaysia je. Jadi Borneo?

kan... borneo ni kira indonesia sekali kan?letak je la MALAYSIA macam pertandingan-pertandingan sebelum nih...

mana ada negara BORNEO
Quote sukacactus 6-11-2019 11:04 AM
Edited by sukacactus at 6-11-2019 11:05 AM

Pprt nya pageant ni
Aku xpernah dgr pun
Quote dubuk 6-11-2019 11:13 AM
Miss.H replied at 6-11-2019 10:24 AM
Malaysia akan jadi negara republik tp xtau bila. Ni kiranya bagi hint kot

nak aminkan boleh ke

Quote Miss.H 6-11-2019 11:14 AM
dubuk replied at 6-11-2019 11:13 AM
nak aminkan boleh ke

Xperlu nak aminkan. Kalau panjang umur dapat la merasa.
Quote Artemesiaa 6-11-2019 11:22 AM
Jika perserta dari Malaysia sepatutnya perkataan Malaysia di gunakan.  Lainlah kalau ianya pertandingan perserta yang mewakili wilayah.
Quote najib888 6-11-2019 11:25 AM
Bodonya penganjur.. tak reti demografik SEA.. Miss Borneo? Republic of Malaysia.. event PPRT, bodoh pun PPRT...
Quote dodolgemok 6-11-2019 11:27 AM
Kesian sumandak Sabah kenak anok dengan sidak Melayu ketuatnan yang tak tahu apa2. Organizer pon bodoh bertingkat2 boleh pulak zaman it sebegini xreti Google nama negara? Eh bengap, go die can ah?
Quote becir 6-11-2019 11:37 AM
ini kesilapan yg disengajakan...hint hint
Quote Modngengade 6-11-2019 11:54 AM
pageant pprt sis...selayaknyalah
Quote QueenIsolde 6-11-2019 12:01 PM
Gigihnya geng2 dajjal ni sebar jarum halus kt kepulauan melayu yg mostly islam..sikit demi sikit
Quote ReginaGeorge 6-11-2019 12:02 PM
Dia dah tukar kerakyatan dia la.. From Republic of Malaysia, dia tukar jadi BORNEO. Borneo mana pon tatau Borneo yindon ke dek??? Sapalah manager dia ni? Ke bawa diri sorang? Langsung takda advisor ke? Crystal Angel International? Sapalah organizer cap burung hantu ni.. Nak untung punya pasal.. Peserta pon hauk2 belaka.
Quote RatuDunia94 6-11-2019 01:26 PM
Dulu masa zaman sekolah iols x tau apa maksud republic tu..ingatkan deols saje letak utk kasi sedap.. cthnya Dominican Republic, Czech Republic, Slovak Republic etc..

Anyway ni pertandingan miss PPRT yach.. nama contest je pon fh pprt.

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.214076s Gzip On
To Top