Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Kuat Jeling, Tipu Harga, Layanan Teruk' - Pelancong Malaysia Tuduh Warga Korea Rasis Teruk

7-11-2019 10:41 AM|Sang_Pencinta| Komen: 101

Bagi kebanyakan pelancong, tujuan untuk ke negara orang selain mendapat pengalaman yang baru sudah pastinya ingin bersenang-lenang dan berehat setelah sekian lama bekerja.

Tetapi tujuan itu sudah pastinya tidak akan tercapai jika kita berdepan dengan pengalaman yang tidak menyenangkan.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Dian Raih, yang menceritakan pengalaman buruknya dalam Facebook group Backpacker Buddies Malaysia (BBM) ketika melancong ke Korea Selatan baru-baru ini.


Kredit foto: FB

Baru balik dari Korea, bagi aku negara kita juga paling best, aku rasa diorang rasis gila, not mean to spread hatred but this is what happened to us katanya.
Katanya ada 5 insiden yang membuatkannya tawar hati hendak kembali ke sana.

Pertama, semua kena paksa order at least seorang satu di caf, tengok table lain 4 orang order 2 drinks, boleh pula

Kedua, nak beli baju tak boleh try

Ketiga, harga tag 10K won tetapi bila tanya dan-dan naik 100k won, walaupun baju tahap makcik pasar malam

Keempat, bila kita duduk sebalah dia di train, tiba-tiba beralih buat kita terasa

Kelima, tanya arah buat-buat tak dengar kemudian menjeling

Kredit foto: FB Dian


Jadi, menurut Dian, beliau rasa pengalaman-pengalaman buruk membuatkannya tidak ingin lagi kembali ke negara itu.

Nasib baik pemandangan cantic mengubat sedikit kelukaan katanya.

Perkongsian Dian mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ramai berkongsi pengalaman pahit yang sama.

'Saya pernah disindir no good kerana memakai tudung' kata seorang netizen.

'Hanya pelancong mat salleh yang dialayan seperti raja' tambah seorang lagi.


Kredit foto: FB


Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal dan percaya insiden sedemikian hanyalah kes tertentu kerana mereka mendapat layanan yang baik semasa berada di negara itu.

Kredit foto: FB
Kredit foto: FB


Yang pasti, setiap orang punya pengalaman yang berbeza di negara orang dan pahit-manis itulah yang akan menjadi kenangan masing-masing.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 101
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Kisah Dan Perkara Misteri Yang Mesti Anda Tahu Jika Ke Bangkok, 'Scary' Weh!

Komen Terbaru

Quote Hessa 6-12-2019 03:40 PM
L211 replied at 8-11-2019 05:39 PM
yg ni aku paling setuju.. paling best kalau kat eropah.. London, Milan, Paris, Barcelona ETC.. aku ...

err...kesiannya you, i klau jumpa org2 msia mcm you lah..dh excited sgtjumpa org filipin yg kerja bertahun2 kat sana pun i dh excited

Lain-lain Komen

Quote nazzse 7-11-2019 10:52 AM
hadap sangat nak gi Korea kan..mendapatlah..padan muka
Korea ni mmg tak masuk wishlist iols langsung walaupun view lawa
Quote dua_chzy 7-11-2019 10:53 AM
Akak syak kau pun datang tempat orang kemain berlagak? Macam ummah Malaya yang datang Sabah ni ha hambooooiiiii fefeling penduduk kelas atas sangat. Dengan gaya bercakap temberang nak mampos tak reti nak humble bila berurusan dengan penjual ka, owner homestay ka, choi! Tak semua la, tapi kebanyakan camtu especially acik2 gundu gemok dan pakcik2 rempit bercakap dan gelak seperti nak bagi 1Borneo dengar.

(Fakta : Ummah educated introvert seperti warga porom, jarang buat perangai rempit. Sekian timaseh.
Quote misuke 7-11-2019 11:00 AM
ketiak bau kepam kot
Quote adelea 7-11-2019 11:02 AM
nazzse replied at 7-11-2019 10:52 AM
hadap sangat nak gi Korea kan..mendapatlah..padan muka
Korea ni mmg tak masuk wishlist iols langsun ...

aku suka lagi japan dr korea
wpun minat citer korea tapi x terasa nak g jelajah korea .. japan way better than korea

ada member chinese g korea balik tu dia kata korea busuk ... and aku pon terus x rasa nak pergi... better la g japan
aku suka japan ... pelayan cafe and resto baik nyaaa , bila nampak kita pakai tudung dia terus bagi tau food mana yg boleh kita makan . So xde la susah nak g cari cafe ke apa
Quote Kurex 7-11-2019 11:03 AM
best sangat ke korea tu?
Quote Sang_Pencinta 7-11-2019 11:11 AM
Tak bestlah Korea or Japan for me

Prefer Cambodia or Myanmar
Quote LostStar 7-11-2019 11:11 AM
apasal macam terbalik jek.. daku p laki bini elok jek hadap dorg... kami dua tak plan nk p mana.. sampai sana baru plan route apa semua.. syok weih dorg banyak membantu.. makanan susah la nak cari halal.. mcm dalam theme park kami dok tengok2 auntie annes skali staff dia kata tak halal.. gituuu... plus dalam train pula, siap sorg tu tarik tangan suruh duduk.. eih dorg tak terok la.. sangat sangat okayyyy.. serius.. fun okay sepanjang kami d seoul.. bydaway daku pon bertudung jua..

cuma ada la pengalaman misteri sekali jek.. naik taxi, tp time tu da 3 pagi mcmtu la, kami tak larat nak jalan kaki, train plak da tutup.. naik taxi org tu bawak laju nak mati mcm berlumba, tak bercakap plus pakai hood.. tapi bila kita turun depan hotel, dia tnggu sampai kami masok hotel baru dia gerak.. (kami rasa misteri sbb dia tak mesra) haha

Quote mizruncing 7-11-2019 11:15 AM
takes by the experience
Quote Boomibulat 7-11-2019 11:29 AM
Negara dambaan BBNU..
Quote helicornia 7-11-2019 11:34 AM
memang pun org korea ni kasar2 sama macam china. kalau tanya harga pastu tak jadi beli harus la kena maki
sama je genetik korea dgn china
tengok je la drama korea kalau mak marah anak ke, kalau depa bergaduh ke macamana

jepun lagi bagus, mentaliti orang negara maju
Quote MissLana 7-11-2019 11:37 AM
kalau dah namanyaa cina jinjang sama jelah pesen perangai dkt segenap pelusuk negara mana2 pun oiii
Quote stargazer20 7-11-2019 11:40 AM
Bagi saya tiap pelancong ke negara mana2 pun akan mengalami pengalaman yg berbeza..ada yang baik ada yang tidak..itu bergantung juga dengan kita..saya dan keluarga pernah ke Korea tapi tak ada pengalaman yg buruk,malah sebaliknya..bila kita tiba dari airport,kita beli tiket untuk bas dari airport bawa ke pusat bandar..dan setiap penumpang akan diberhentikan didestinasi yg hendak di tuju..mcm kami hotel bkn dikawasan bas berhenti..so kena stop kwsn yg terdekat..kami singgah kat cafe dan bertanya mana hotel tu..owner tu siap buat printout map ke hotel tu...tak ada masalah pegi mana2 ..bila pegi kedai baju tak ada pulak yg larang pegang..sehingga hari terakhir kami disana.. pengalaman tiap2 seseorang itu berbeza...thats part of our travelling experience..ada yg manis,pahit,sedih,gembira,etc..mungkin juga bergantung dengan cara kita berinteraksi..travel with an open mind...
Quote paz 7-11-2019 11:45 AM
Tak pernah pergi Korea, tapi biasalah pergi mana-mana negara pun ada aja orang baik dan orang yang layan kita kurang baik.

Jangan amik hati lah, teruskan mengembara dan mengenali ramai manusia.
Quote Kurex 7-11-2019 11:46 AM
Boomibulat replied at 7-11-2019 11:29 AM
Negara dambaan BBNU..

jom pergi jalan2 dalam malaysia
Quote CinnamonR 7-11-2019 11:48 AM
Maybe die ni yg ade aura yg x myenangkan kot
Quote manehnya 7-11-2019 11:54 AM
anesayo sangat... kan... ambik le
Quote zasssssss 7-11-2019 11:58 AM
pengalaman saya masa kat korea ok je...ada sorang auntie ni siap tolong tunjukkan dan telefon hotel tnya arah mana hotel kami sebab kami sesat dan dia siap ikut kami sampai kehotel.

pergi shopping pun elok je belek2 kain tanya harga tp tak beli..takde la plak kena marah.

yang tak ok nya bila jumpa org2 senegara tp bila kita senyum..depa buat muka ketat...menjeling bukan main lg...huhu

Quote Artemesiaa 7-11-2019 12:28 PM
Lain orang lain pengalamannya.  Art yang dah berkali2 kesana ok je dengan mereka ramai je yang sudi membantu tak perlu bertanya untuk mintak bantuan pun kadang tu dan akhirnya jadi kawan baru.  Perangai dan personaliti kita semasa ditempat orang banyak mempengaruhi layanan yang bakal kita terima walau kemana kita berada.  

Selalu je nampak jenis macam ni berlagak dan buat perangai bukan dengan local je malah sesama orang Malaysia sendiri, maka tak hairanlah kalau mendapat layan kurang baik dari mereka disana.  Orang Korea ni muka je plastik kadang tu tapi perangai mereka tak plastik sama je macam orang Malaysia yang suka mempamirkan perassan mereka pada orang lain on the spot.  

Berbanding segelintir orang Jepun walau muka tak plastik tapi rasa hormat yang ditunjukan tu agak sedikit plastik kadang tu.  Mereka jarang nak tunjukan perasan mereka secara berdepan melainkan kalau dah kenal lama dengan mereka.  Rasa hormat yang mereka selalu tunjukan tu dah semacam satu tuntutan yang harus mereka buat bila dengan orang walau dalam hati siapa yang tahu.  Selalunya mereka alan meluahkan rasa kurang senang tu bila orang tu dah jauh dari pandangan.
Quote RatuDunia94 7-11-2019 12:34 PM
Bila nk pergi korea ninda kena terbuka.. jgn letak expectation mcm apa yg ko tgok kat tv, drama korea semua tu.. in reality 20% je sama dgn apa yg dipaparkan.. mana2 negara pon ada baik buruknya. Just enjoy..

Lihat semua komen(101)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.103826s Gzip On
To Top