Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Kerana Berebut Burger

5-11-2019 06:14 PM Komen: 48
Seorang lelaki maut ditikam kerana berebut burger ayam di restoran makanan segera Popeye di salah sebuah cawangannya di Amerika Syarikat.

Menurut Fox 5 seperti dipetik Mirror, lelaki berusia 28 tahun itu ditikam pada Ahad, kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di Oxon Hill Popeyes di Maryland.


Foto: Mirror

Kejadian dikatakan berlaku selepas dua lelaki bertengkar kerana salah seorang daripada mereka memotong barisan di restoran berkenaan.

Jurucakap polis di Prince Georges County Police Department berkata, siasatan awal mendapati burger itu menjadi punca pertengkaran berkenaan yang berakhir dengan tragedi.

Anggota polis yang tiba di lokasi menemui mangsa di kawasan letak kereta dengan beberapa luka tikaman sebelum dikejarkan ke hospital.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.


Foto: Mirror

Sementara itu, Daily Mail melaporkan menu berharga ASD3.99 (RM16.50) itu diperkenalkan pada Ogos lalu dan kehabisan stok hanya dalam masa dua minggu.

Ramai yang teruja dengan pengeluaran semula menu itu pada Ahad sanggup beratur panjang selama berjam-jam hanya untuk mendapatkannya menu 'berhantu' itu.


Foto: Daily Mail



Dalam sebuah video tular di media sosial membabitkan burger ayam Popeye itu menunjukkan seorang lelaki menjerit pada staf kerana hilang sabar ketika menunggu pesanannya.



Dalam kejadian lain, seorang lelaki dilihat menumbuk seorang lelaki tua kerana mengetuk cermin keretanya ketika di pandu lalu restoran berkenaan.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anony-mous 7-11-2019 09:01 AM
clarizsa replied at 5-11-2019 09:20 PM
Sedap sangat ke
Sampai berbunuhan


Lps kes ni makin laku la beger ni. I pon dah curious ni rasa nak gi klia2 nak try

Lain-lain Komen

Quote Sazida 5-11-2019 06:19 PM
Kerana burger hilang nyawa. Bodohnya manusia.
Quote matbad 5-11-2019 06:22 PM
Yg menang burger
Quote makneng 5-11-2019 07:13 PM
Ya tohannnn... Makin lapor mak baca ni.
Quote Boomibulat 5-11-2019 07:52 PM
Baik mkn burger ramli je..selamat xde sape nk tikam
Quote Pink_Purple 5-11-2019 07:55 PM
bila lapar menguasai diri
Quote aleesyasofia 5-11-2019 08:14 PM
iolss suka popeye.. tp, sdih.. ada stu jer kt klia
Quote Perawankota 5-11-2019 08:52 PM
Pelik2 perangai
Quote MenteriWanita 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.
Quote MissVixen 5-11-2019 09:06 PM
Aku pon geram je tengok manusia2 potong barisan. Kalau takde undang2, dah lama kena sembelih. Tua bangka pon kadang2 selalu takde otak. Main potong je.
Quote MissVixen 5-11-2019 09:07 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.

Ada masuk. Ada dalam klia2
Quote nikaido 5-11-2019 09:14 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.

Dulu ada several dkt malaysia. Skrg ada dkt klia2
Quote clarizsa 5-11-2019 09:20 PM
Sedap sangat ke
Sampai berbunuhan

Hadoiiii
Quote missinpiece 5-11-2019 09:28 PM
Popeye ok la menu dia. Tapi dh x jumpa kt klang valley ni. Yg berperangai lehanat suka memotong x kira umur dan bangsa tu memang menyakitkan hati
Quote Lemonademint6 5-11-2019 09:30 PM
Sia-sia je.. Buger xdpt da mati pla.. Popeyes nie dulu ada kat sunway pyramid.. Mcm ala kfc pon ada
Quote MenteriWanita 5-11-2019 09:51 PM
nikaido replied at 5-11-2019 09:14 PM
Dulu ada several dkt malaysia. Skrg ada dkt klia2

Wow amazing.
Quote MenteriWanita 5-11-2019 09:52 PM
MissVixen replied at 5-11-2019 09:07 PM
Ada masuk. Ada dalam klia2

Bertikam juga ka mereka.
Quote msdummy.2018 5-11-2019 10:30 PM
MissVixen replied at 5-11-2019 09:07 PM
Ada masuk. Ada dalam klia2


Dulu kat mines pun ada.. Tp mcm xder org masuk jer.. Pernah try sekali jer.   
Quote msdummy.2018 5-11-2019 10:30 PM
clarizsa replied at 5-11-2019 09:20 PM
Sedap sangat ke
Sampai berbunuhan


Pernah try skali jer... Beshe2 jerlah
Quote PongKang 5-11-2019 10:33 PM
Edited by PongKang at 5-11-2019 10:34 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.


Ramai dah jawab... aku edit la ya... hehe

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.294080s Gzip On
To Top