Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Dipukul Benda Tajam Tapi Pengasuh Kata Jatuh Sendiri, Kini Cucu Pengasuh Pula Autisme

Shimmer Shine|5-11-2019 05:50 PM Komen: 111

"Kifarah itu wujud"

Itu tulis seorang ibu tunggal kepada 3 anak autism dan seorang ADHD. Coretannya mengenai lebih 40 pengasuh bertukar-tukar mendapat perhatian warganet.

Kredit foto: FB

Bermula dengan anaknya Izat, sejak dari usia 1 tahun 6 bulan hinggalah berusia 4 tahun, anaknya telah didera,  tetapi ketika itu Haslinah Abdul Hassan, 38 tidak mempunyai ilmu mengenai dera.

Fb

Pengasuh tersebut cuma lah berada di kawasan perumahan Haslinah sahaja tetapi kesemuanya tidak tahan dengan kerenah Izat hinggakan alternatifnya adalah menukar pengasuh.

Fb

Antara yang tebal diingatannya ialah ketika Izzat berada dalam jagaan seorang pengasuh ini yang sebaya ibunya. Izzat ketika itu kurus kering dan hampir setiap hari ketika mengambilnya, baju anaknya dipenuhi kopi.

"Has tahu Izzat tak kuat makan sebab picky eater. Bulanan bayar RM350, siap bagi 5kilo beras dan telur 10 biji. Tapi betullah orang yang tak faham autisme ni, susah."

Namun Haslinah tidak kisah hinggalah satu hari pengasuh memberitahu dahi anaknya berdarah kerana terkena bucu dinding. Sedangkan apabila membawa bertemu doktor, ia adalah kerana diketuk dengan bucu tajam.

Fb

Akhirnya sejak sekian lama, mereka bertemu kembali di Pejabat Pendidikan Khas. Rupanya cucu pengasuhnya juga disahkan autisme. 

Tulisannya itu turut dipersetujui warganet.



Jadi,amanah lah ketika diberi tanggungjawab. Semoga Allah permudahkan urusan ibu yang menjaga anak autisme.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 111
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MenteriWanita 7-11-2019 07:56 PM
diss69 replied at 7-11-2019 04:38 PM
Walaupun pahit... Akk stuju jugak dngn ur statement... memang simpati tp ibunya sendiri cuba laa s ...

Sebab dia sibuk cari kesalahan 40 pengasuh lah dia tak sedar salah dia, itu ja.

Lain-lain Komen

Quote Nana_Man 5-11-2019 06:30 PM
Semoga ibu ni cekal... anak autistic sorang pun dah susah, ni apa lg semua pun ada masalah yg sama. Diri dia sendiri pun ada masalah kesihatan jgk... ex-husband pulak hilang gitu jer ke??
Quote Nenolen 5-11-2019 06:39 PM
Mcmana boleh sampai 3 anak autistic...tak ada pengawasan atau nasihat dari pakar ker utk kehamilan seterusnya lepas anak pertama autistic...
Quote Pink_Purple 5-11-2019 08:00 PM
sedih..hidup kita xtahu macam mana lagi jika diuji
Quote rayriff 5-11-2019 08:07 PM
Edited by rayriff at 5-11-2019 08:08 PM

baby kecik tu comel.
patut time doctor dah buat report dipukul benda tajam tu, mak budak tu dah boleh buat report police.
Quote umbut 5-11-2019 08:20 PM
X paham.. Autism dari  awal ke.. 40 pengasuh..sampai sudah x sedar kena dera ke
Quote syamzana 5-11-2019 08:36 PM
Nenolen replied at 5-11-2019 06:39 PM
Mcmana boleh sampai 3 anak autistic...tak ada pengawasan atau nasihat dari pakar ker utk kehamilan s ...

takde u sbb autism ni tatau ape punca.plg kuat pun ms buke buku pink tu misi mark previous child autism. lepas tu check mcm biasa la.lain la sd mmg boleh detect dlm perut tu pun kene buat test gak utk confirm.

pernah msuk group autism malaysia akak ni cerita psl anak dia si izzat ni ms tu anak yg plg kecil baby lg.ms lahir sume ok in fact anak2 lain pun sume ok tp bila membesar dia prasan anak ke2 n ke3 ada persamaan mcm abang.
Quote syamzana 5-11-2019 08:37 PM
umbut replied at 5-11-2019 08:20 PM
X paham.. Autism dari  awal ke.. 40 pengasuh..sampai sudah x sedar kena dera ke

seingat sy baca dulu yang anak first ni dia tatau pun autism. xde ilmu psl autism detect pun agak lambat lepas mcm2 kes jadi kat anak dia.
Quote Perawankota 5-11-2019 08:55 PM
Sedihnya baca..
Quote clarizsa 5-11-2019 09:31 PM
Alahai siannya anak kena dera
Dgn benda tajam plak tu

Jahat la pengasuh tu
ish
Quote MenteriWanita 5-11-2019 09:49 PM
Dalam dunia ni kau jela mulia kak, dapat keyboard macam2 kau boleh tulis, kau sendiri tak nak jaga anak sendiri, duk tolak2 kat orang lain, orang tak nak jaga, kau duk sedap menyalahkan orang, kena dera lah, kena pukul lah,

Lagi satu kalau sampai 40 pengasuh bertukar2 sebab anak kau terang2 tak nak dengan diorang, kalau dah tak nak macam mana nak berinteraksi dengan pengasuh, haruslah dia buat perangai senyap sepanjang hari atau merengek sepanjang hari,

Nak suruh pengasuh faham anak autism kau, kau pun tak faham anak kau kak, apa2 perubahan anak pun kau sedap ja kau lepas tangan cakap tak tahu ja, bukan nak tanya doktor pasal kelainan sikap anak, cari puncanya sampai orang tak nak jaga, gila sampai 40 orang pun kau masih culas tak boleh detect, hujung2 salahkan orang,

Kau nak harap pengasuh yang tak ada ilmu detect ka, kau ingat kau hire pengasuh dengan lulusan medikal ka dia boleh kesan awal, kes kau ni rare hantar anak sampai 40 orang pengasuh pun masih blurr tak jumpa punca, kalau mak lain, anak dia pelik 2,3 hari ja, dia dah tertanya cuba cari what going on with his kid siap check satu badan anak, bincang dengan suami, cepat2 hantar doktor,

Sekarang dah tau kan, mana2 budak yang ada autism tak boleh murung, dia pilih dengan siapa dia nak interaksi, dia pilih apa aktiviti dia nak buat hari tu, dia tak dapat apa dia nak, no interaction at all or start tantrum nangis apa semua, sekarang akak dah jaga sendiri baru rasakan susahnya jaga anak, mcm tu lah 40 orang pengasuh tu rasa, harap lepas ni akak lebih peka lah, soal anak orang lain kena autism tak ada kena mengena dengan akak lah.



Quote matchstick 5-11-2019 10:37 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:49 PM
Dalam dunia ni kau jela mulia kak, dapat keyboard macam2 kau boleh tulis, kau sendiri tak nak jaga a ...

Terima kasih kerana menulis panjang lebar maka x perlu lah aku tulis benda yg sama bg menyuarakan pendapat aku yg berapa setuju dgn akak hasanah ini. eh. haslinah ini
Quote putericahaya999 5-11-2019 10:42 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:49 PM
Dalam dunia ni kau jela mulia kak, dapat keyboard macam2 kau boleh tulis, kau sendiri tak nak jaga a ...

Walaupun pahit dan menyakitkan Tapi mungkin ada benarnya
Jaga budak biasa pun boleh jadi Singa inikan pula budak autism
Quote arareez 5-11-2019 10:49 PM
Apa yang dia makan sampai semua anak ada masalah pembelajaran.. banyak melantak fast food ke masa mengandung
Quote MelahJanda 5-11-2019 10:53 PM
Dia x patut padankan muka pengasuh melalui cara ni

Aku rasa dia ni mulut laser, mulut tajam orang tak tahan
Quote anastasia7 5-11-2019 10:58 PM
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:49 PM
Dalam dunia ni kau jela mulia kak, dapat keyboard macam2 kau boleh tulis, kau sendiri tak nak jaga a ...

Somehow setuju juga. Diri sendiri tak aware psl anak sendiri, cmne nak harap org lain boleh jaga?
Quote MenteriWanita 5-11-2019 11:12 PM
matchstick replied at 5-11-2019 10:37 PM
Terima kasih kerana menulis panjang lebar maka x perlu lah aku tulis benda yg sama bg menyuarakan  ...

Benda punya simple dia gagal detect anak dia is autism, dia punya pusing sampai berkifarah bagai, koserrrrr.
Quote MenteriWanita 5-11-2019 11:14 PM
putericahaya999 replied at 5-11-2019 10:42 PM
Walaupun pahit dan menyakitkan Tapi mungkin ada benarnya
Jaga budak biasa pun boleh jadi Singa in ...

Kan, dia punya tutup salah dia, main lepas tangan benda serius macam ni dekat orang lain2, sangat2 tak bertanggungjawab.
Quote putericahaya999 5-11-2019 11:16 PM
Kifarah memang ada Tapi dalam hal ni tak boleh sesedap rasa nak kifarahkan org..... Anggap ujian hidup kalau bukan begini begitu pula
Doalah banyak2 dimudahkan urusan
Quote awanearisu 5-11-2019 11:16 PM
Bila dah viral begini kan dah tak molek. Terus 40 pengasuh tersebut tahu selama ini akak ini susah nak bersangka baik terhadap keupayaan mereka sebagai pengasuh anak-anaknya.

Lihat semua komen(111)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.217047s Gzip On
To Top