Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Kenapa Menyusahkan Kami!" - Warganet Kecewa PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai

6-11-2019 10:10 AM Komen: 200


Kredit foto:  Twitter @plus2u


PLUS dalam satu kenyataan menghentikan segala khidmat tambah nilai di setiap lorong keluar tol seluruh negara mulai 5 November 2019. 


Menurut PLUS langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di lorong keluar plaza tol Wilayah Utara dan Selatan seperti yang dilaporkan Sinar Harian.



Kredit foto: Head Topics


Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat terutamanya warganet yang menyuarakan ketidakpuasan hati di setiap sudut media sosi@l dengan tanda pagar #MansuhTouchNGo. 


Bagi warganet, alasan yang dikemukan PLUS tidak relevan, kurang bijak dan jelas seperti mahu melindungi Touch n Go yang telah memonopoli sistem berbayar di setiap tol yang terdapat di seluruh negara.



Kredit foto: Twitter @plus2u


Pertelagahan di antara PLUS dan Touch n Go serta PLUS dan CIMB



Untuk pengetahuan anda, CIMB memegang hampir 52% saham Touch n Go manakala baki selebihnya dimiliki oleh PLUS dan MTD Equity Sdn Bhd. 


Pada Disember 2018, cubaan PLUS untuk memperkenalkan sistem Radio Frequency Identification (RFID) bagi memberi pilihan lain kepada pengguna lebuhraya telah dihalang oleh pihak CIMB yang mengheret PLUS ke mahkamah.



Kredit Foto - Ringgit Plus


CIMB tidak mahu sistem RFID diperkenalkan dan telah menghalang segala jenis bentuk promosi yang cuba dilakukan PLUS untuk memperkenalkan sistem ini seperti yang dilaporkan The Star.


Namun begitu, kes ini telah berjaya diselesaikan diluar mahkamah pada 24 Oktober yang lalu.



Pengguna yang menerima kesannya...



Buat masa ini, sistem eWallet masih tidak berkesan dan tidak merangkumi semua lebuhraya yang semakin hari semakin sesak dengan pengguna. Rancangan pihak PLUS untuk memperkenalkan sistem pembayaran lain telah dihalang keras oleh CIMB.


Sepatutnya, kesediaan PLUS memperkenalkan sistem RFID disambut baik oleh CIMB demi kesenangan pengguna. Apapun, jika kedua-dua pihak ini peka dengan suara pengguna, mereka mungkin boleh memperkenalkan beberapa solusi yang telah disuarakan di media sosi@l.


Berikut antara jalan penyelesaian dan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh seorang pengguna Twitter. 




Kredit foto: Twitter @plus2u


Sikap cakna dan ambil tahu perlu ada dalam mengeluarkan sesuatu keputusan agar setiap pihak yang terb@bit mendapat manfaat bersama baik di pihak PLUS, CIMB, Touch N Go dan juga pengguna.


Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan oleh Touch n Go dan PLUS. Semoga pihak PLUS dan Touch n Go dapat duduk berbincang lagi bagi mencari jalan penyelesaian. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 200
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ohnoLia 16-11-2019 01:38 AM
Patutnya app touch n go tu allow topap guna cc atau dc ke fizikal kad tu...  

Lain-lain Komen

Quote kucingitam 6-11-2019 10:32 AM
cimb gaduh dgn plus..

tapi plus yang kena maki selalu..

cimb aman2 flip hair sambil kira duit..
Quote natrahn 6-11-2019 11:02 AM
kucingitam replied at 6-11-2019 10:32 AM
cimb gaduh dgn plus..

tapi plus yang kena maki selalu..

kesian PLUS... jadi mangsa
Quote Intanmahsuri 6-11-2019 11:04 AM
Dak..benda ni bukan dah lama ke?
Quote damian_lee 6-11-2019 11:05 AM
Dah berkurun kn diorang buat announcement ...
Quote paz 6-11-2019 11:08 AM
Erm, kalau nak jadi negara maju. Rakyat kenalah berubah juga.

Quote adila39 6-11-2019 11:10 AM
semua nak bangkang.. haihh ni ok je la plan la ur journey
Quote natrahn 6-11-2019 11:11 AM
Intanmahsuri replied at 6-11-2019 11:04 AM
Dak..benda ni bukan dah lama ke?

dah lama umum tapi 5 nov baru kuat kuasa....
Quote renko 6-11-2019 11:18 AM
paz replied at 6-11-2019 11:08 AM
Erm, kalau nak jadi negara maju. Rakyat kenalah berubah juga.

touch n go pun kena berubah
boleh tambah nilai online
Quote paz 6-11-2019 11:19 AM
renko replied at 6-11-2019 11:18 AM
touch n go pun kena berubah
boleh tambah nilai online

tu bukan touch n go e-wallet ke?
Quote tagas 6-11-2019 11:20 AM
sian pakcik makcik kampong yg skali skala guna tol naik keta besi buruk

hantar anak belajar ke urusan emergency family
Quote white_musk 6-11-2019 11:23 AM
paz replied at 6-11-2019 11:19 AM
tu bukan touch n go e-wallet ke?

Bukan dik. jangan kau halakan ewallet ketika melalui tol itu
Quote dodolgemok 6-11-2019 11:24 AM
Mmg bodoh pon kampeni ni. Nak online banking utk topup pon xboleh. Game2 dekat fon senang2 jah topup kredit in game, kampeni yg dh bertapak berpuluh tahun masih lagi otak ke belakang xboleh topup online/through apps. Bangang dek banganggg!
Quote tensic~ 6-11-2019 11:26 AM
Bodo dah nak 2020 tapi aku kena KELUAR DARI KERETA, BERATUR DI KAUNTER ATAU ATM untuk masuk top up touch and go. Apa hanat
Quote renko 6-11-2019 11:30 AM
paz replied at 6-11-2019 11:19 AM
tu bukan touch n go e-wallet ke?

e-wallet tu link dgn rfid
kalo yang guna kad fizikal mana boleh rasanya
kecuali highway mcm LKSA ke boleh la tolak terus dari e-wallet
Quote najib888 6-11-2019 11:35 AM
Cuma aku tak puas hati sikit ja.. kenapa ada sesetengah premis masih kenakan charge 5 kupang? dah hangpa suruh semua pakai electronic payment, TnG, patut hapuskan cas 5 kupang tu..
Quote dekmieDandy 6-11-2019 11:38 AM
paz replied at 6-11-2019 03:19 AM
tu bukan touch n go e-wallet ke?

itu yang tengah marah, plus tak boleh guna ewallet / paydirect / rfid tu

pastu nak tempat topap kat lorong pulak dia tutup

mesin topap selalu rosak

topap kat 3rd party kena cas pulak
Quote mesmerize 6-11-2019 11:38 AM
ai topup kat petronas aje..setiap kali topup la banyak2 supaya tak payah asik kena singgah topup
Quote paz 6-11-2019 11:42 AM
Oooo masalah juga kalau semua tak ada sama objective.
Quote noor2 6-11-2019 11:43 AM
Aku X rasa susah sb tiap kali aku isi minyak aku akan topup touch n go card. ....susah sangat ke

Lihat semua komen(200)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.350601s Gzip On
To Top