Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hutang Punya Pasal, Rumah Dilempar Bom Buatan Sendiri

5-11-2019 12:29 PM Komen: 7
Polis tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca tiga lelaki melemparkan bom buatan sendiri ke dalam sebuah rumah,

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Georgetown, kira-kira jam 10 malam tadi.

Difahamkan, kesemua suspek pada mulanya memecah masuk ke rumah berkenaan untuk merampas beg yang dikatakan mempunyai barang berharga milik penghuni sebelum dihalang pengawal peribadi pemilik rumah.


Foto: Harian Metro

Selepas bergelut dengan pengawal peribadi terbabit dan gagal merampas beg berkenaan, mereka melarikan diri sebelum melempar bom buatan sendiri bersama beg merah mengandungi pisau ke dalam rumah mangsa.

"Berikutan itu, sepasukan polis Unit Pemusnah Bom (UPB) dipanggil untuk membuat pemeriksaan.

"Bom itu diletupkan UPB dua kali pada 12.15 dan 12.20 tengah malam dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," kata sumber.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada masalah hutang.

"Setakat ini, kita difahamkan yang suspek memaksa pemilik rumah itu memindahkan mata wang digital bitcoin ke dalam akaun mereka kerana mendakwa bapanya mempunyai hutang dengan mereka," katanya.

Kata sumber, polis sedang mengesan semua suspek dan siasatan masih dijalankan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Skrip Tak Kuat, Pelakon Gandingan Tak Best - Fizz Fairuz Putus Asa Nak Berlakon
Seriau! Lelaki Tersepit Di Eskalator Kompleks Pertama Sampai Patah Kaki
"Bohsia Kembali!" - Muat Naik Gambar 'Merokok' Nabila Huda Digelar Penggoda, Perosak
Banyak Kali Kilang Diserbu, Ramai Dengki Dengan Fouziah Gous Sejak Bergelar Jutawan?
"Perlu Pakai Tag Nama Ke?" - Jasmin Hamid Terkilan Along Cham Dihalang Jalan Atas Karpet Merah
Jalin Hubungan Sulit Dengan Staf, CEO McDonald'S Dipecat
"Jangan Perguna Islam, Berhenti Debat Isu Zakat" - Sultan Selangor
Ziarah Kubur Bukan Muslim, Beza Agama Tak Halang Kasih Terhadap Ibu Yang Dah Tiada
Jatuh Basikal, UAI Patah Tangan Dan Hidung
"Sebelum Nak Sial-sialkan Orang, Kau Fikir Dulu" - Nina Iskandar Mengamuk Dengan Siapa?
Wan Sharmila Bengang, Jebon Selalu Hantar Mesej Lucah Melampau!
Fizo Omar Nak Kahwin Lagi, Tapi Status Duda Buat Ramai Takut Mendekatinya
Ungku Ismail Minta Peminat 'Move On', Sokong Kerjaya Pelakon
'Keluarkan Lebihan Sel Darah Putih Konon' - Ditipu Teman Lelaki Rawat Leukemia Dengan Seks
"Kenapa Tak Pose Dalam Lubang Kubur Je?" - Photoshoot Pengantin Di Perkuburan Kristian!
Berang Tunggakan Gaji Belum Dibayar, Pekerja Utusan Melayu Anjur Piket
"Peralihan Kuasa Tak Ada Isu, Tapi Dibangkit-bangkitkan Jadi Isu" - TPM
Budak Sekolah Tahfiz Disimbah Air Panas, Kena Sumbat Tahi Kucing
Anggota Parlimen Tertidur Di Dewan Saat Angkat Sumpah Mengaku Letih Layan 3 Isteri
Mak Andam Lelaki Ponteng Solat Jumaat Didenda
"Itu Pendapat Dia, Syed Saddiq Tak Bincang Dalam Kabinet Langsung" - Tun M

Komen Terbaru

Quote paz 7-11-2019 10:44 AM
Lain pulak cara menakutkan orang.

Lain-lain Komen

Quote minguk 5-11-2019 12:30 PM
nak hutang dengan bank tak lepas, terpaksa la berhutang dengan alternatif lain
Quote Artemesiaa 5-11-2019 12:47 PM
Bahaya dulu main simbah cat sekarang lempar bom terus
Quote mdhelmi 5-11-2019 02:25 PM
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri
Quote Catpaw 5-11-2019 04:30 PM
mdhelmi replied at 5-11-2019 02:25 PM
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri

Aku pun paham macamtu
Quote Pink_Purple 5-11-2019 09:08 PM
makin ganas..takutnya..
Quote MissVixen 5-11-2019 09:09 PM
Lempar bom ke. Simbah cat ke... Duitnya bukan dapat balik pun.
Quote paz 7-11-2019 10:44 AM
Lain pulak cara menakutkan orang.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.197597s Gzip On
To Top