Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Ziarah Kubur Bukan Muslim, Beza Agama Tak Halang Kasih Terhadap Ibu Yang Dah Tiada

6-11-2019 10:35 AM|Oleh: natrahn| Komen: 12


Tanggal 2 November adalah hari All Soul Day atau Hari Arwah Sedunia bagi penganut Kristian iaitu hari di mana ramai sanak saudara menziarahi pusara insan tersayang yang telah pergi meninggalkan dunia.

Pada hari ini mereka akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada di samping menukar jambangan bunga.

Cerita Cikgu Emmet menerusi laman Facebooknya, pada hari tersebut semasa beliau melalui kawasan perkuburan Kristian, beliau ternampak kelibat beberapa wanita berbaju kurung dan bertudung. Mereka turut membersihkan perkuburan.





Loading FB Post...

Salah seorang daripadanya ialah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan iaitu cikgu Dayang Rafidah Awang Osman.



Katanya, beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam membersihkan kubur mendiang neneknya. Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim, tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.

Menurut cikgu Emmet, cikgu Dayang Rafidah tidak sekali memutuskan rasa kasih dan sayang kepada keluarga sebelah ibunya walaupun berbeza agama. Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka. 

Berbeza agama tidak menghalang kasih terhadap ibu yang telah tiada. Warganet turut berkongsi momen mereka pada hari tersebut.





Menziarahi Kubur Bukan Muslim

Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari ketika mensyarahkan Minhaj al-Tullab (ringkasan kepada Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi) menyatakan bahawa "Adapun menziarahi kubur bukan Muslim dibolehkan," Rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Imam al-Nawawi juga membolehkan Muslim untuk menziarahi bukan Muslim semasa hidup dan menziarahi kubur-kubur mereka selepas kematian mereka. 

Ini kerana menurut beliau, sekiranya dibolehkan ziarah selepas kematian, maka ziarah semasa hidup lebih utama. Rujuk Al-Minhaj, 7/45.

Salah satu bukti bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong, sebaliknya terbuka kepada kesesuaian hidup bermasyarakat yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : Mertua, Ipar Duai Dari Neraka Sehingga Menantu Mithali Buat Perkara Tak Terjangka

Next       : Wanita Berang, Anak Digelar 'Menakutkan' Dalam Resit Pembelian Kopi

Komen Terbaru

Quote sidewinder 7-11-2019 09:49 AM
kat sarawak.....stall melayu jual mee kolok sapi/ayam dgn stall cino jual mee kolok babi sebeleh menyebelah jer......lek je cool je.....pada org semenanjung yg gi sana dan tak biasa confem culture shock tp lama2 ok ada yg siap minum tuak lagi masa ari gawai....itu pada org semenanjung yg paloi laa tak sedar diri tu islam.....punya byk minuman lain yg dia bole minum tuak gak dia bantai

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 6-11-2019 11:15 AM
kalu kat sabah & sarawak it's common yachh..tapi kalu kat semenanjung mau kena lahar ngan acik2 meleis..meollss masa memula pindah dduk semenanjung memang kemurungan dek kne hencap sebab gi beraya rumah kawan2 abah yg non meleis..pdahal bukan minum arak n makan babi pun plus dorang bese order katering meleis untuk jamu meleis pun acik2 jiran aku sume hencap smpai berbulan-bulan..

tazzangka da 20 thun aku dok semenanjung..tetiba rindu lak nk stay kat tabuan jaya lagi..uhuk3
Quote CatMiow 6-11-2019 11:15 AM
Air dicincang tak akan putus,  ai pula yg rasa terharu.
Quote natrahn 6-11-2019 12:03 PM
chicozinn: kalu kat sabah & sarawak it's common yachh..tapi kalu kat semenanjung mau kena lahar ngan acik2 meleis..meollss masa memula pindah dduk semenanjung  ...



yg suka kecam tu maybe sebab takde kawan non muslim. Suka main isu perkauman dan agama...
Quote Artemesiaa 6-11-2019 12:44 PM
Agamanya je yang bertukar ikatan kekeluargaan masih tetap sama jadi mana salahnya
Quote jazaa100 6-11-2019 03:31 PM
chicozinn replied at 6-11-2019 11:15 AM
kalu kat sabah & sarawak it's common yachh..tapi kalu kat semenanjung mau kena lahar ngan acik2 mele ...

Kau duduk senenanjung kat ulu banat mana?....

Aku masa kecik ikut mak aku gi rumah jiran yg sambut chinese new year....bila dah sek, gi rumah kekwn cina....ok je....
Quote Catpaw 6-11-2019 04:26 PM
Kat semenanjung pun biasa ja kot, ziarah kawan non muslim masa fam dia ada kematian
Quote chicozinn 6-11-2019 04:35 PM
jazaa100 replied at 6-11-2019 03:31 PM
Kau duduk senenanjung kat ulu banat mana?....

Aku masa kecik ikut mak aku gi rumah jiran yg sam ...

memang ulu banat pun kat air hitam, bahau..memula aku pindah sini menangis sbab jalan utama masih tanah merah back in 1999..dlm kepala otak aku dulu yg aku tau n9 cuma seremban, PD n kg aku rembau..sbab kat kching dulu aku dok pekan n xjauh ngan bandaraya..
Quote chicozinn 6-11-2019 04:42 PM
natrahn replied at 6-11-2019 12:03 PM
yg suka kecam tu maybe sebab takde kawan non muslim. Suka main isu perkauman dan agama...

mungkin la..dorang jenis da bese ngan sebangsa saja..bila nampak cinkies ke yenna cam peghak gittuhh..
Quote stargazer20 6-11-2019 09:05 PM
Inilah keunikan rakyat Sarawak dan juga Sabah..sebab itu mereka dapat hidup berharmoni dan bertoleransi..walaupun berbeda agama tapi pertalian darah dan kasih sayang untuk keluarga tidak akan putus..Setiap agama perlu dihormati..
Quote hasniey 6-11-2019 09:51 PM
Biarlah.setakat bersihkan kubur.brbakti dgn org tua apa salahnye.yg salah g sembah kubur mntak no ekor
Quote HannahMontana 6-11-2019 09:53 PM
elok berkilat mcm mana pun kubur disana mrk adalah selamanya menjadi bahan bakar api neraka ,ko sudah xboleh bantu mrk lagi .
Quote sidewinder 7-11-2019 09:49 AM
kat sarawak.....stall melayu jual mee kolok sapi/ayam dgn stall cino jual mee kolok babi sebeleh menyebelah jer......lek je cool je.....pada org semenanjung yg gi sana dan tak biasa confem culture shock tp lama2 ok ada yg siap minum tuak lagi masa ari gawai....itu pada org semenanjung yg paloi laa tak sedar diri tu islam.....punya byk minuman lain yg dia bole minum tuak gak dia bantai

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085154s Gzip On
To Top