Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Perlu Pakai Tag Nama Ke?" - Jasmin Hamid Terkilan Along Cham Dihalang Jalan Atas Karpet Merah

4-11-2019 01:44 PM|Oleh: LilRose| Komen: 32

Insiden pelawak Along Cham dihalang daripada berjalan di atas karpet merah Anugerah Skrin 2019 turut mendapat perhatian Jasmin Hamid.


Kredit foto: IG

Aktres berkenaan meluahkan rasa terkilannya mengenai kejadian pada Jumaat lalu itu menerusi Instagramnya.

Tegasnya, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dalam anugerah berprestij sedemikian.

"Petugas yang di berikan mandat, harus lebih peka dengan hal sebegini terutama bila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan, apatah lagi pada calon.




Kredit foto: IG

"Ini akan memburukkan nama penganjur.

"Sedih bila anak seni di perlekehkan macam ni. Takkan nak kena pakai tag nama baru nak kenal dan baru boleh masuk?" soalnya. 

Jasmin kemudian memuji Along kerana 'cool' berdepan insiden seperti itu selain mengucapkan tahniah kerana tercalon dalam Top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem.


Kredit foto: IG

Along atau Muhammad NIzamuddin Ahmad, 35, sebelum ini dihalang petugas daripada melalui karpet merah dan diarahkan untuk menuju ke laluan lain. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Previous : "Bohsia Kembali!" - Muat Naik Gambar 'Merokok' Nabila Huda Digelar Penggoda, Perosak

Next       : "Full Stop, Thank You" Nabila Huda Bidas Pernyataan PU Syed Isu Pegang Husky

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 5-11-2019 05:25 PM
Rasanya along okay je. Mungkin dia dah ke laluan lain sewaktu Mawi panggil tu. Yang marah2 ni artis2 lain yang merasakan tindakan staff itu tidak wajar.  Tak kenal tak apa tapi apa guna kad jemputan dan greeting staff kalau benda macam ni pun tak alert. Ni macam Loofa tak buat homework siapa artis jemputan Meletop, selepas itu buat muka whoareyuss...

ASK perlu minta maaf. No wonder dewan Tak penuh.

Lain-lain Komen

Quote lasagna 4-11-2019 01:51 PM
aiyooo kesian nya dia.. kan slalu nya artis yg tercalon mmg boleh jalan ke red carpet?
yg tak tercalon ke carpet/laluan (ada warna lain ke) yang lain?
Quote shernazz 4-11-2019 02:05 PM
Maybe lepas ni along kena pakai baju kepuk kepuk.plak utk buktikan diw retis
Quote sleepandream 4-11-2019 02:17 PM
kalau retis korea dorang akan komen mcmni
"i will work hard more for people to know me"
Quote Perawankota 4-11-2019 02:30 PM
Kesiannya dia... Nampak Sgt petugas ni x amik kisah pasal calon2.. Kalau calon belakang tabir aku paham kalau korg x kenal.. Ni artis kot. X kisah lah dia still famous or tak..
Quote mieymiey 4-11-2019 02:36 PM
Kesian heols diwhoareyusssssskan
Quote tuberoses 4-11-2019 02:40 PM
kad jemputan da ada details...
Quote roti_banjir 4-11-2019 03:10 PM
ni sikap ignorance para petugas… klu dah ko check kad jemputan dia, kenapa plak dia tak dibenarkan lalu kat red carpet???? tapi tang nasi tambah yg para artis bawak, boleh plak ko lepaskan lalu sekali kat red carpet tuh… tak trmasuk lagi instafemes, artis tempelan, kenal plak korang kan...

anyway, aku tak tgk pon ASK nih… kewujudan ASK tahun nih pon mcm sendu jer....
Quote chandrahusin 4-11-2019 03:20 PM
diwhoareyouskan in real life
ala2 ada tred kat bod gosip
kemudian semua komen
whoareyoussss??
Quote Kurex 4-11-2019 03:24 PM
live ke dia kena halau tu?
Quote boojaat 4-11-2019 03:28 PM
Siapa la petugas tu x kenal along cham ni.. dulu selalu berlakon film kot.. dgn samdawan tu... I suka dia ni.. lawak dia best...
Quote MadameOnion 4-11-2019 03:41 PM
aku suka je along ni..tapi menyampah dgn partner dia dlm group cham tu..try hard sangat padahal tak lawak pun..elok la bubar je kumpulan cham ni
Quote Catpaw 4-11-2019 04:01 PM
Tak perasan pun bila Ask ni berlangsung
Quote freyayong 4-11-2019 04:04 PM
kalau xkenal sebab artis sendu okay lagi.. tp ni dah ada kad jemputan & nama.. so yeah mmg salah satff tu la
Quote Orix 4-11-2019 04:22 PM
staff indon kah
Quote mizruncing 4-11-2019 04:32 PM
lahhhh kesian along. npk sgt anugerah cm ni memilih bulu. nk yg femes2 je lalu red carpet. yela slalu yg lalu red carpet kan kena interview. so klu tak femes mls la nk interview kot. tu yg suh lalu tmpt lain. hishhhh pls laa
Quote Telolet 4-11-2019 04:46 PM
MadameOnion replied at 4-11-2019 02:41 PM
aku suka je along ni..tapi menyampah dgn partner dia dlm group cham tu..try hard sangat padahal tak  ...

yang sorang lagi tu macam dah lama tak nampak. masih wujudkah di persada seni
Quote simatakucing 4-11-2019 04:53 PM
La kesiannya,karpet je kot
Quote jpbstarlife 4-11-2019 04:59 PM
kesian...
Quote olezzeli17 4-11-2019 06:13 PM
Takpe long.. Rumah saya byk karpet merah.. Meh sini meh.. Jangankan jalan, nk guling2, nk terlentang, nk meniarap pun boleh.. Hehehe..

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.108692s Gzip On
To Top