Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Pun Boleh Terima Rawatan Hospital Pakar Swasta Dengan CUEPACSCare

Tukang Tulis|5-11-2019 12:20 PM Komen: 38
Program CUEPACSCare membolehkan penjawat awam menerima rawatan di hospital kos swasta tanpa bimbang tentang kos yang tinggi. Kredit foto: CUEPACSCare
Mungkin ramai yang belum tahu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah memperkenalkan Program Takaful CUEPACSCare dengan bayaran bulanan serendah RM40 sahaja sejak 1999 lagi.

Memetik laman sesawang CUEPACSCare, program yang dikhususkan untuk penjawat awam itu disertai oleh 500,000 peserta setakat ini manakala lebih 90,000 pesakit telah menerima manfaat dengan nilai tuntutan keseluruhan yang dibayar melebihi RM300 juta.

Walaupun kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara layak menerima rawatan percuma di hospital dan klinik kesihatan kerajaan, jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan proses untuk menerima rawatan atau temu janji dengan doktor pakar mengambil masa terlalu lama.

"Caj hospital yang dikenakan oleh hospital pakar swasta begitu tinggi hingga menyebabkan tidak semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Hanya mereka yang memiliki kad perubatan daripada syarikat insurans atau berpendapatan tinggi sahaja yang berpeluang mendapatkan rawatan pantas di hospital pakar swasta. 

"Tetapi tidak semua mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perlindungan insurans disebabkan komitmen kewangan," jelas laman sesawang CEUPACSCare.

Kredit foto: CUEPACSCare
Mujurlah, kad perubatan CUEPACSCare memberi perlindungan kepada penjawat awam sekiranya mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta disebabkan kemalangan atau penyakit.

Bayaran CUEPACSCare pula jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan kad perubatan yang lain iaitu hanya bermula dari RM40 sebulan untuk pelan individu dan RM106 sebulan untuk pelan keluarga tanpa had bilangan anak.

"Jumlah perlindungan untuk pelan individu ialah RM40,000 setahun manakala RM60,000 setahun untuk pelan keluarga," jelas laman sesawang CUEPACSCare.

Penjawat awam boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman sesawang www.cuepacscare.my atau laman Facebook MyCuepacsCare.

Kredit foto: CUEPACSCare
Memang rugi kalau penjawat awam tidak mengambil peluang yang disediakan CUEPACSCare ini kerana sudah pasti ramai yang berebut jika program tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-11-2019 12:41 PM
I rasa yang terbaik kita kaji @ faham dulu polisi insurans. Memang pening nak baca tapi untuk kebaikan kita jugak. Kalau dengar cakap agent, semua benda cover. Tup2 bila masuk spital, GL tak lulus. Kita jugak yang kena keluar duit sendiri.

Lain-lain Komen

Quote Themilo 5-11-2019 12:49 PM
yihh..

ceupacscare ni la yang banyak t&c.
Quote gaara_X 5-11-2019 01:00 PM
Themilo replied at 5-11-2019 12:49 PM
yihh..

ceupacscare ni la yang banyak t&c.

setuju....cuba bandingkan ngan insurance lain...
Quote Ina8895 5-11-2019 01:41 PM
Murahnya bayar bulanan
Quote fizifiras 5-11-2019 01:44 PM
Ina8895: Murahnya bayar bulanan

Betul..berpatutan..saya adalah peserta..terbaikkk
Quote Ina8895 5-11-2019 01:55 PM
fizifiras: Betul..berpatutan..saya adalah peserta..terbaikkk


I punya polisi insurans sekarang ratus2 jugak. Tapi i bukan keja gomen. Tak dapat join cuepacscare
Quote mizruncing 5-11-2019 02:24 PM
ada sape2 yg dh try ke? mmg btol ke 40 sebulan? or ade terma syarat lain
Quote Themilo 5-11-2019 02:47 PM
mizruncing replied at 5-11-2019 06:24 AM
ada sape2 yg dh try ke? mmg btol ke 40 sebulan? or ade terma syarat lain

untuk single memang RM40 jaa sebulan. kalau family seratus lebih. tapi, kalau nak masuk ward, macam2 isu timbul. mostly, ramai yang kena pay & claim. kalau bil sampai berpuluh ribu, nak bayar macam mana..
Quote hawaM 5-11-2019 02:50 PM
fizifiras replied at 5-11-2019 01:44 PM
Betul..berpatutan..saya adalah peserta..terbaikkk

Boleh share tak apa yang di cover dan tak cover. Kalo ok nak tkar lah. Suh husband amik sebab sekarang i bayar ratus ratus gak bulanan untuk satu family.

Quote cmf_premierleag 5-11-2019 02:50 PM
bleh la acik2 gomen pasni show off kat check in kat pwince kot, gleneagles, sunway medical, tropicana medical, sime darby ramsay
Quote mizruncing 5-11-2019 03:02 PM
Themilo replied at 5-11-2019 02:47 PM
untuk single memang RM40 jaa sebulan. kalau family seratus lebih. tapi, kalau nak masuk ward, maca ...

laa mcm tu plak. mampus jgk klu tibe2 masuk prince court tup2 nk keluar kena byr beribu dulu
Quote Ina8895 5-11-2019 03:32 PM
Themilo: untuk single memang RM40 jaa sebulan. kalau family seratus lebih. tapi, kalau nak masuk ward, macam2 isu timbul. mostly, ramai yang kena pay & claim ...


Betul ke kena bayar dulu?
Quote lurve82 5-11-2019 04:08 PM
mmg amik yg ni...yg prudential pun amik gak...xtau la ok ke tak..xpenah guna..
Quote Ina8895 5-11-2019 04:38 PM
lurve82 replied at 5-11-2019 04:08 PM
mmg amik yg ni...yg prudential pun amik gak...xtau la ok ke tak..xpenah guna..

Boleh ke guna dua2 sekali kat satu hospital?
Quote putericahaya999 5-11-2019 04:48 PM
Sangat limited
Kawan operate kaki pun xlepas guna ni
Mujur ambik personal takaful yg lain
Quote obses_budak 5-11-2019 06:53 PM
Baca btl2.. Bnyak hiden..n ada bnda kene by sndri.. Ada tempoh admit brp lama.. Rasanya..ada tulis darah masa OT kne byr sndi kot...telupa
Quote Pocahontas 5-11-2019 07:19 PM
Mmg murah tp bnyk benda x cover
Quote fizifiras 5-11-2019 07:22 PM
Ok je cuepacscare ni. Yang penting faham polisi. Jangan demam sikit nak warded..hospital terima je, tapi GL insurans mesti decline. Kemasukan yang x perlu. So far kawan2 gomen yang pakai semua kata ok
Quote Ina8895 5-11-2019 07:47 PM
Selalunya orang tak baca polisi betul2
Quote biskutraya 5-11-2019 10:07 PM
Cuepacscare join venture dgn insuran lain.. Bukan bawah jenama sendiri.. Sekarang x sure dengan apa.. Last aku tau zurich.. Sebelum tu ade great eastern  sun life.. Kalau salah mintak maaf ye.. Tu yang kene tengok dulu polisi tu cover ape je..

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.236141s Gzip On
To Top