Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tahniah! Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri

3-11-2019 03:24 PM|Pink Lily| Komen: 213


Kredit Foto: Ig Sarah Hildebrand & Harian Metro

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand, 29, telah sah diijabkabulkan dengan rakan lamanya, pelukis kacukan Fillipina-Amerika, Otto Gillen, 26, dengan disaksikan bapa saudara pihak pengantin perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.


Menurut Harian Metro, pasangan itu dinikahkan pada 10.25 pagi ini, di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur; oleh Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan. 


Pihak lelaki menghadiahkan mas kahwin RM300 beserta sebentuk cincin pada majlis berkenaan, yang dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat. Pelakon yang terkenal melalui drama Pujaan Hati Kanda itu kelihatan anggun menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim.


Kredit Foto: Lepat Pisang

Sarah juga memanjatkan kesyukuran apabila majlis pernikahan berjalan lancar. 


"Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan. "


"Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat."

"Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan," katanya.


Sebelum ini, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara HLive!, Nabil Mahir namun mereka memutuskan hubungan awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.


Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 213
Komen

Previous : Eyra Hazali Selamat Bergelar Isteri Penjaga Gol, Haziq Nadzli

Next       : Dah Lama Dalam Industri, Faizal Hussein 'Bengang' Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyle

Komen Terbaru

Quote budakpink 15-11-2019 06:51 PM
Masalah die.laki die ni kaye ke.asyik ngekor sarah je.dah lukis ke.dah jual lukisan ke...

Lain-lain Komen

Quote hotmak 3-11-2019 01:44 PM
alhamdulilah tahniah, moga perkahwinan ini bagi sinar baru untuk dia, moga ke hingga jannah
Quote SiMontel 3-11-2019 01:51 PM
ohh nampak elok pulak husband dia pakai baju melayu..gambo lain takde?
Quote Linopot 3-11-2019 02:01 PM
Ni ke mamat filipino tu
Quote eely_shana 3-11-2019 02:08 PM
Tahniah dan selamt pengantin baru sarah n pasangan. Moga bahagia selamanya hingga jannah... Ameeeennn...
Quote beta_carotene 3-11-2019 02:09 PM
Tahniah dek.. Cantek pattern songkok hubsbaby sheols.. Mne nk beli ek
Quote ihtisyam1 3-11-2019 02:11 PM
Tahniah.... Moga bahagia hingga jannah
Quote hyie 3-11-2019 02:13 PM
beta_carotene replied at 3-11-2019 02:09 PM
Tahniah dek.. Cantek pattern songkok hubsbaby sheols.. Mne nk beli ek

adakah chuols bersinikal?
Quote kiah_mai_pulak 3-11-2019 02:16 PM
laki nya ni tatu penuh satu badan ke? smpai kepala pun asa tatu. selera pulak si sarah bukan chucky ni dgn shuben
Quote me12345 3-11-2019 02:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-11-2019 03:16 PM
laki nya ni tatu penuh satu badan ke? smpai kepala pun asa tatu. selera pulak si sarah bukan chucky  ...

Hhmm..jahil betul komen ni..org tu dpt pahala masuk islam dan dirikan mesejid  ....adoiii abih nk kena siat kulit ke...
Quote Lengkong 3-11-2019 02:29 PM
Tahniah Sarah & Husband. Cantiknya Sarah.




Quote hotmak 3-11-2019 02:31 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B4Y5YyJg_S7/?igshid=3wis8zg85dk1[/ig]

bertatoo kepala husband dia, mmg cari badboy jgk ke
Quote Catpaw 3-11-2019 02:32 PM
Wah pantas, alhamdulillah tahniah
Quote hotmak 3-11-2019 02:33 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B4Yu0KggmR6/?igshid=rdiirc9pjtg[/ig]
Quote Lelli 3-11-2019 02:36 PM
Selamat pengantin baru..
Semoga bahagia hgga ke jannah.
Quote ejrazak 3-11-2019 02:36 PM
me12345 replied at 3-11-2019 02:24 PM
Hhmm..jahil betul komen ni..org tu dpt pahala masuk islam dan dirikan mesejid  ....adoiii abih nk  ...

Setuju. Lagi jijik tgk yg sejak lahir islam tp bertatu n lifestyle kalah non muslim
Quote selyusi 3-11-2019 02:37 PM
Another story of bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.
Story sebegini selalunya bermula dengan lelaki yang tak appreciate wanita seperti her ex.
Apepun tahniah Sarah...
Quote Acikgomen 3-11-2019 02:38 PM
hotmak replied at 3-11-2019 02:31 PM
bertatoo kepala husband dia, mmg cari badboy jgk ke

Chuols neh asal tattoo je badboy
Acik ade kenal sorang mamat chindian neh tattoo bersepah kat badan, siap pakej tindik  pun merata2
Tapi dalam hati ada taman sangat
Duit bonus pun heshe beli periuk cantik
Kalo kengkawan taknak teman heshe bekpes pun heshe sentap hapdet pesbuk
Quote babynina30 3-11-2019 02:39 PM
Songkok dia plain je ?

U meant songket ke ?
Quote katak hijau 3-11-2019 02:43 PM
Sweet plak tengok lakinya baca akad nikah

Lihat semua komen(213)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.123806s Gzip On
To Top