Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Tak Bertamadun" - China Dikutuk Guna Khinzir Hidup Untuk Eksperimen Tali Pinggang Keledar

Oleh: Pink Lily|4-11-2019 10:49 AM Komen: 41
Kredit foto: Independent


Saintis di China didapati menggunakan babi hidup sebagai bahan uji kaji, menyebabkan haiwan itu mati atau cedera parah.


Tujuh anak khinzir dilaporkan mati selepas diikat pada kereta luncur dan dihentam ke dinding pada kelajuan 48 kilometer sejam. Lagi lapan ekor yang lain mengalami kecederaan seperti pendarahan, patah tulang dan pendarahan dalaman. 


Para pengkaji yang mengkaji badan babi ini kemudian mendapati paru-paru merupakan organ paling kerap cedera diikuti dengan limpa dan hati.


Anak-anak babi itu juga tidak diberi makan selama 24 jam dan tidak diberi minum selama enam jam sebelum uji kaji.


Menurut saintis China, mereka menggunakan anak babi bagi menghasilkan tali pinggang keledar khas untuk kanak-kanak kerana struktur anatomi binatang itu sangat serupa dengan kanak-kanak berusia enam tahun dan mungkin akan melakukan eksperimen sama di masa akan datang.


Foto: The Sun/Qiaolin Wang, Hongyi Xiang, Sishu Guan et al/International Journal of Crashworthiness

Bagaimanapun, pakar dari Britain tidak bersetuju dengan penggunaan haiwan ini untuk uji kaji kerana ia melanggar nilai-nilai etika, lapor Independent.


Mereka juga berpendapat penggunaan patung seperti yang sedia ada sudah mencukupi. Sesetengah syarikat juga menggunakan teknologi maju seperti kajian klinikal, model komputer, imej perubatan 3D dan patung digital.


Bagi kumpulan pemelihara hak haiwan, Peta, tindakan ini dilihat sebagai 'tidak bertamadun' dan telah menghubungi saintis yang terlibat untuk berhenti menggunakan haiwan hidup dalam eksperimen mereka.


Foto: The Sun/Qiaolin Wang, Hongyi Xiang, Sishu Guan et al/International Journal of Crashworthiness

Selain kekejaman terhadap haiwan, China sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dituduh mengambil organ manusia secara besar-besaran daripada golongan minoriti Uighur dan organ seperti buah pinggang, paru-paru, jantung, kornea dan kulit itu diambil sewaktu mangsa masih hidup untuk dijual.  - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 41
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 18-11-2019 11:06 PM
Setahu I negara ni cuma sayang panda.

Lain-lain Komen

Quote maitang 4-11-2019 11:10 AM
seriouslaah.. babi babi pon tetap ada nyawa kot
Quote shark_eow7 4-11-2019 11:47 AM
walaupon tu babi, tp kesian pulak tengok benda bernyawa jadi mcm tu..
Quote nononcrux 4-11-2019 11:50 AM
melampau benar ni.. babi kan makanan kegemaran beliau
Quote Boomibulat 4-11-2019 11:58 AM
Tak baik buat camni..babi pun makhluk tuhan jgk..tp nk selfie ada rasa geli sikit..
Quote harizs 4-11-2019 12:02 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 5-11-2019 05:36 AM
Atata replied at 4-11-2019 10:56 AM


Kah kah kah .....
Quote selipar_hijau 4-11-2019 12:03 PM
Pastu boleh terus buat lauk, brilliant!!
Quote nadiaaziz56 4-11-2019 12:20 PM
Bodohnya lahai dorang ni
Quote ffbeauties 4-11-2019 12:30 PM
Makan apa dorang ni sampai jadi heartless

Quote bondeh 4-11-2019 12:47 PM
Keji kejam celake!!!! Babi comel okeh walaupun babi. Dasar babi babi babi punya cina komunis babi babi macam babi!!!!
Quote matbad 4-11-2019 12:48 PM
ffbeauties: Makan apa dorang ni sampai jadi heartless

Semustinya makan babi..sbb tu Allah larang manusia makan babi..sungguhpun haram,babi tetap makhluk benyawa dan haram kalau seksa mcm tu..gilakk punya olang
Quote bezita60 4-11-2019 12:51 PM
Nak makan free ke apa?
Habis ujikaji, paru2 pecah, tisu koyak, organ rosak...diorg buat jamuan babi panggang pula.

2 in 1 gitu..

PRC dan barbarism berpisah tiada
Quote palmolive 4-11-2019 12:53 PM
kang membazir makanan namanyer tu...?
Quote zorrro_03 4-11-2019 12:54 PM
ni kalau KAU YB KE AKU YB tahu mampus laaaaa saintis nak menjawab.  mohon sesiapa yang ada contact no YB BELIAU bagi link ni ke BELIAU.  tak boleh dibiarkan berlaku.  pupus babi2 ni nanti...
Quote Perawankota 4-11-2019 03:00 PM
Dasar komunis kan.. Mana ada perasaan..
Quote puteribaya 4-11-2019 03:13 PM
apa laa nak heran bangsa hanat ni..
Quote skullcandy 4-11-2019 03:24 PM
kesian nye
kejam!!! semoga karma kena langgar mati
Quote missDollie 4-11-2019 03:48 PM
Gile betoi.. No mercy..
Quote Modngengade 4-11-2019 04:07 PM
yg saintis tu pun babi jugak kan...
Quote MadameOnion 4-11-2019 04:27 PM
ffbeauties replied at 4-11-2019 12:30 PM
Makan apa dorang ni sampai jadi heartless

depa makan babi la kan?

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.336049s Gzip On
To Top