Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Tembak Cermin Tingkap KFC Kerana Tak Diberi Tisu, Garfu

Tukang Tulis|1-11-2019 10:34 AM Komen: 21
Kesan tembakan di cermin tingkap restoran KFC Shelbyville, Kentucky. Kredit foto: WLKY
Entah apa yang merasuk seorang wanita sehingga menyebabkan dia menembak cermin tingkap di restoran KFC di Shelbyville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian semata-mata kerana pekerja KFC tidak memberi tisu dan garfu bersama makanan yang dipesannya.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku di kawasan pandu lalu restoran KFC itu.

KFC dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa syarikat itu bersyukur kerana tiada siapa pun yang cedera dalam insiden tersebut.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat insiden itu," kata KFC.

Notis penutupan restoran KFC Shelbyville pada hari insiden tembakan berlaku. Kredit foto: WLKY
Polis Kenctucky telah memulakan siasatan dan mengumpulkan maklumat tentang suspek.

Sementara itu, pengurus restoran Subway yang berhampiran, Charlene Witt menyatakan, dia mendengar tentang kejadian daripada seorang pelanggan.

"Saya tidak dapat memikirkan apa yang ada dalam kepala wanita itu sehingga menyebabkan dia mengeluarkan pistol dan menembak tingkap. Ia menakutkan," katanya.


Mungkin wanita itu mengharapkan layanan terbaik daripada pekerja sebuah restoran KFC di Kentucky yang merupakan negeri kelahiran ayam goreng resipi istimewa Kolonel Sanders. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 4-11-2019 10:03 AM
So acik redneck ni dah kena tangkap ke belum?

Lain-lain Komen

Quote duri_durians 1-11-2019 10:43 AM
ya astaga...

makan kfc pakai tangan la derrr.

pastu lap kat baju ke kat rambut keee

setiap masalah ada penyelesaiannya

tapi keganasan bukan jalan terbaik
Quote helicornia 1-11-2019 10:52 AM
kalau tk mabuk konfim mendadah
Quote noraidil_06 1-11-2019 11:02 AM
duri_durians: ya astaga...makan kfc pakai tangan la derrr.pastu lap kat baju ke kat rambut keeesetiap masalah ada penyelesaiannyatapi keganasan bukan jalan terbaik

{:cryrun hahah{:thief
Quote matbad 1-11-2019 11:02 AM
Apa guna ada pistol kalau tak guna
Quote Boomibulat 1-11-2019 11:10 AM
Buat ape mntk elok2 klu blh tembak..
Quote Ina8895 1-11-2019 11:19 AM
Ni mesti makcik redneck kentucky buduh piang punya keja
Quote Artemesiaa 1-11-2019 11:31 AM
Akibat bila senjata api dibenar guna secara berleluasa
Quote hiswife 1-11-2019 11:32 AM
duri_durians replied at 1-11-2019 10:43 AM
ya astaga...

makan kfc pakai tangan la derrr.

Betul yu chuolsss except I tak setuju part lap merata. Hehe
Quote sapeka 1-11-2019 11:51 AM
tak dapat tisu tu sebabkan dia dapat depression
jgn main main okeh
Quote EmaAsmadi 1-11-2019 11:56 AM
Tisu tu penting
Quote misssakura 1-11-2019 12:17 PM
ni mesti pasal lapar sangat.. terus hilang kewarasan.
Quote AbukRokok 1-11-2019 01:07 PM
Artemesiaa replied at 1-11-2019 11:31 AM
Akibat bila senjata api dibenar guna secara berleluasa

part of their constitution
hak memiliki senjata api


Quote AbukRokok 1-11-2019 01:08 PM
kat sini salah pam minyak pun boleh merajuk..klu ada pistol mau diletupkan stesen minyak tu
Quote jazaa100 1-11-2019 02:36 PM
Org laparni baran dorang lain mcm
Quote jazaa100 1-11-2019 02:37 PM
duri_durians replied at 1-11-2019 10:43 AM
ya astaga...

makan kfc pakai tangan la derrr.

Sama mcm kwn aku.....

Klu tempat tu tak bubuh tisu kat meja, dia lap je kat baju ke..suar ke....dua beranak pangai sama je....
Quote underground 1-11-2019 02:39 PM
jazaa100 replied at 1-11-2019 02:36 PM
Org laparni baran dorang lain mcm

selain stim air naik kepala pun baran len macam.
Quote Ina8895 1-11-2019 03:07 PM
Apasal dia bawak pistol pegi kfc?
Quote sukacactus 1-11-2019 03:21 PM
Teringat video acik mengamuk tumbuk staf & cermin kaunter drive thru mcd ke xsalah dulu ni pasal xdapat beli mcnugget
Quote crazybeach 1-11-2019 09:13 PM
hauknya ayat notice tu! ko dah kenapa nok semua ayat ko nak letak tanda seru! iols nak baca pun intonation dah jadi pelik! dah bunyi macam ko seronok happy pulak dapat tutup kedai! eh!

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.224936s Gzip On
To Top