Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Sakitnya Kena Operate '- Kerana Vape, Lelaki Ini Dedah Belanja RM20,000 Bedah Tonsil

29-10-2019 10:40 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 8

Masih berpendapat vape selamat dan boleh menghilangkan ketagihan merokok? Mungkin kisah Wan Muhamad Amirul ini boleh menjadi teladan buat anda.

Berkongsi dalam satu posting di Facebook, Wan Amirul berkata, sebagai perokok tegar, beliau terpedaya dengan kata-kata bahawa vape boleh membantunya menghentikan tabiat itu. Jadi, beliau beralih kepada vape dan Caliburn.


Kredit foto: FB Amirul

Bagaimanapun, beliau sebaliknya ketagih dengan vape pula. Lebih malang, akibat tabiat baru itu tonsil beliau mulai membesar dan mengalami jangkitan kuman seterusnya menyebabkan ketumbuhan dalam hidungnya.

Doktor pakar mengesahkan punca daripada jangkitan dan ketumbuhan itu adalah rokok dan wap air daripada vape.


Kredit foto: FB Amirul

Akhirnya, beliau terpaksa dibedah dengan kos pembedahan mencecah RM20,000!

Beliau yang sebelumnya sering mempertahankan vape sebagai selamat kini berpendapat ia sama bahayanya dengan merokok.


Kredit foto: FB Amirul

Menunjukkan beberapa gambar cebisan tonsil yang dibedah, beliau berharap rakan-rakannya mengetahui bahawa vape bukanlah cara terbaik untuk berhenti merokok.


Kredit foto: FB Amirul

Persoalannya, sejauh manakah kisah-kisah seperti ini akan dijadikan teladan oleh kaki vape? Perlukah regulasi mengenai rokok elektrik diketatkan di negara kita? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 8
Komen

Previous : Bersihkah Mandi 3 Minit Je?

Next       : Akibat Nafas Berbau, Remaja Ini Sanggup Cabut 'Braces' Guna Pengetip Kuku!

Komen Terbaru

Quote mimienaa 18-11-2019 05:09 PM
Sofa Cleaning  Boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain . Terima kasih

Lain-lain Komen

Quote shernazz 29-10-2019 11:17 AM
Xpe
Pasni beli vape harga rm10k
Quote Zona2020 29-10-2019 12:01 PM
Penipu ni.. Itu resdung.. Yg ko pegi kpj buat apa mangkok.. Vabe telah di uji sama sekali..
Quote chinta89 29-10-2019 12:21 PM
so nk ckp guna je la rokok dari vape?

bagi aku vape ngan rokok sama je. tp ntah pape2 nk highlightkan psl vape je ko kena operate sedangkan kalau ko stayyyyy je lagi ngn merokko, adekah akan timbul soal rokok menbahayakan kesihatan hingga kena bedah 20K? rasanya takde sape peduli kalau hanya sb rokok tapiiiiiiiiii sb nk highlight psl vape je maka timbullah thread nih.
Quote Foxey 29-10-2019 02:46 PM
Kat kotak rokok dah tampal gambar2 ngeri pun orang masih gak merokok. Apa sangat la nak tunjuk bendasing dalam bekas gitu. Lagi bagus kalau berhenti merokok dan jangan guna vape.
Quote mdhelmi 29-10-2019 03:29 PM
hisap je pape
asalkan jgn songlap duit rakyat
Quote tupaiterbang 30-10-2019 02:51 AM
Isap ketet jelah dikkkkk....
Quote Artemesiaa 30-10-2019 11:46 AM
Zaman sekarang nasihat sebegini belum tentu berkesan untuk orang lain
Quote mimienaa 18-11-2019 05:09 PM
Sofa Cleaning  Boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain . Terima kasih

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089432s Gzip On
To Top