Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Bersihkah Mandi 3 Minit Je?

29-10-2019 10:36 AM|Oleh: ct cheery| Komen: 40


Foto: Sinar


Kecoh baru-baru ni mengenai kenyataan Datuk Seri Dr Zaini Ujang, seorang pakar Gaya Hidup Lestari yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia mandi tidak melebihi tiga minit bagi memelihara alam sekitar. 


Jelas beliau, sensitiviti rakyat Malaysia terhadap penjagaan alam sekitar masih ditahap lemah. Jadi, pendekatan paling baik dalam menjaga alam sekitar adalah dengan mendidik masyarakat supaya mencintainya dan bukan melalui perundangan. 


Mengajar masyarakat menghargai betapa perlunya udara segar, nyaman untuk kebaikan bersama dari segi pelancongan dan kesihatan.


Persoalannya, bersihkah mandi selama tiga minit saja? Jika ada yang rasa ia mustahil dilakukan, elok kita cuba fahamkan logikanya.


Mandi di sini bermaksud, membasuh dan meratakan air di seluruh badan sahaja. Tidak termasuk berus gigi, buang air kecil dan besar. 


Dr Stephen Shumack, Pengetua Kolej Dermatologi di Australia menjelaskan bahawa mandi cepat, iaitu lima minit atau kurang sebenarnya sudah cukup untuk membersihkan seluruh kotoran, minyak dan bakteria yang melekat pada tubuh. 


Ini kerana bahagian tubuh yang banyak menghasilkan kotoran dan bau hanyalah ketiak dan selangkang, bukan bahagian tubuh lain.


Pada permukaan kulit kita terdapat bakteria baik dan bakteria jahat pada kadar yang seimbang. Bakteria baik berfungsi mencegah jangkitan yang mungkin disebabkan oleh bakteria jahat. Maka, pada dasarnya tubuh kita mempunyai sistem khusus untuk membersih dan melindungi.


Jadi, tidak perlu lagi sabun antibakteria dan air bergelen-gelen untuk membersihkan kulit, cukup sekadar mengosok kawasan yang memiliki kalenjar peluh berlebihan seperti ketiak, celah kangkang dan punggung.


Namun, tidak mungkin orang yang berkerja sebagai buruh, pekebun dan pesawah hanya mandi selama tiga minit semata-mata untuk berjimat dan menjaga alam sekitar. Faktor kebersihan dan keperluan perlu dipertimbangkan dalam hal ini.



Foto: Internet


Kesimpulannya, masih bersih mandi dalam tempoh yang singkat bergantung kepada keperluan dan tahap kebersihan seseorang. Elok rasanya kita memikirkan cara yang lebih efektif bagaimana memastikan air yang digunakan tidak membazir dan alam sekitar dapat dipelihara. Seperti tutup pili air ketika sedang sabun atau mandi mengunakan tab. - CARI


Sumber: Sinar Harian dan Hello Sehat


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 40
Komen

Previous : Menakutkan! Ini Rupanya Simptom Depression, Jangan Buat Main

Next       : 'Sakitnya Kena Operate '- Kerana Vape, Lelaki Ini Dedah Belanja RM20,000 Bedah Tonsil

Komen Terbaru

Quote zuzu7981 26-11-2019 10:35 AM
3 mins maybe applicable for those yg workinga at office compared the ones who work hands on at the site laa bg aku mcm xlogic la mandi 3 mins xsempat nk bersih semua tmpt

Lain-lain Komen

Quote mizruncing 29-10-2019 11:05 AM
lahhhh bukan kau yg tolong bayarkan bil air pn. sukati laa org nk mandi berapa lama
Quote AbukRokok 29-10-2019 11:22 AM
sambil mandi sambil gosok gigi
Quote PEPPERMAN 29-10-2019 11:24 AM
Cerita 10hari lepas baru kuar harini?
Quote KIM.K 29-10-2019 11:52 AM
I just want to punch someone in the face. The audacity to bathe for 3 mins
Quote manjalara_01 29-10-2019 12:08 PM
Cuci pinggan pun 10 minit haha
Quote batmana 29-10-2019 12:17 PM
ko duk keje aircond bolela

klu keje kuli, peluh2 bagai, nk sental, igt 3 minit tu ckup ka?..
Quote chinta89 29-10-2019 12:22 PM
ko je la mandi kerbau apesal sibuk nk suruh org mandi 3 minit? basuh berak pun dh berapa minit hoi!
Quote Artemesiaa 29-10-2019 12:29 PM
Kalau negara yang bukan ada empat musim macam negara kita ni macam tak sesuai je apa yang disarankan
Quote Xim 29-10-2019 01:27 PM
Patutla sendiri pun mcm nmpk x mandi
Quote clarizsa 29-10-2019 01:33 PM
Hahaahah baru masuk forum

I sabar je x maki2 dlm fb hr tu masa baca berita cmni

Ntah apa2

Kalau marhaen tu asyikla disuruh jimat itu ini

Padahal orka sana main air bazir siap ada kolam mandi kolam ikan besar2

Aircond , lampu rumah pasang 24jam wpun xde org kat umah tggal bibiks je menikmati rumah tu

Hmmm
Quote clarizsa 29-10-2019 01:36 PM
Kenapa dia x cadangkan ummah berhenti basuh kencing berak dgn air?
Pastu kencing sikit2 xyah flush , tinggal kumpul biar penuh tahi baru flush

Pastu mandi pun smggu sekali je lah
Lagi jimat
Makan xyah basuh2 tangan

Ehh jimat banyakla air
Quote honeybee1802 29-10-2019 01:38 PM
Boleh la..tp air tu kena dtg dr byk arah la...0.5 min basahkan bdn....2.5min utk bilas...hahaha....sabun pun takleh byk buih...
Quote fushimi 29-10-2019 01:52 PM
kan senang cakap tak payah mandi

apo 3 minit  

tak pun smingu 3 kali je mandi
Quote MsKathryn 29-10-2019 02:43 PM
Ni bkn mandi kerbau... kerbau mandi lg lama pasal kena berendam ala2 dlm bath tub...
Mandi 3 minit serupa x mandi
Quote aegisrunestone 29-10-2019 02:48 PM
Baik xyah mandi je terus. Apa lah yg dpt bersihkan 3 min tu.
Quote tumpanglalu74 29-10-2019 03:02 PM
AbukRokok replied at 29-10-2019 11:22 AM
sambil mandi sambil gosok gigi

Haha..  ade sesape ponah buat?
Quote hyie 29-10-2019 03:14 PM
yang ni secara tak langsung nak bagitau kat acik2 supaya reti2 la belajar berjimat guna air.
Quote mdhelmi 29-10-2019 03:22 PM
kalo cadangan tu not applicable
just ignore
why so serious?
Quote najib888 29-10-2019 03:30 PM
Mandi ala bujang lapok je la.. calit ayaq bawah klopak mata, beruih gigi sat.

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079154s Gzip On
To Top