Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bunuh Kejam Kerat 8, Lelaki Singapura Didakwa Hari Ini

24-10-2019 01:35 PM Komen: 17
Susulan kes pembunuhan kejam seorang wanita dan anak lelakinya yang dikerat lapan di Batu Berendam baru-baru ini, akhirnya lelaki warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, dia dituduh atas dua kesalahan iaitu membunuh isteri dan anak tiri yang mayatnya ditemui berselerakan selepas dikerat-kerat di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu. 

Kredit foto: Bernama

Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31 difahamkan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. 

Pun begitu, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3012 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Kredit foto: Harian Metro

Terdahulu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-10-2019 07:20 PM
Semoga kebenaran akan terbukti

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 24-10-2019 01:48 PM
Pakcik polis tu sekali pandang bentuk muka mcm faizal hussein.
Quote teen_angelJB 24-10-2019 01:59 PM
sharlenetexas: Pakcik polis tu sekali pandang bentuk muka mcm faizal hussein.


Sama mcm aku..nape aku terpndang faizal husin gak..haha
Quote Gingerly 24-10-2019 02:34 PM
Kemain skill photography harian metro. Riak wajah polis-polis ittew juga sangat macho ya.
Quote LadyCarefree 24-10-2019 02:50 PM
Gingerly: Kemain skill photography harian metro. Riak wajah polis-polis ittew juga sangat macho ya.


Gigih angle bagai
Quote Kurex 24-10-2019 02:51 PM
Muka macam sapik rahim sikit
Quote Mfzg89 24-10-2019 03:01 PM
baca kat awani katanya dia ni keje penghantar makanan kt SG..tapi tengok FB dia macam dia ni keje askar je..mana yg betul?? huhuuhuuu
Quote kivio 24-10-2019 03:26 PM
Kurex replied at 24-10-2019 02:51 PM
Muka macam sapik rahim sikit

Stok-stok muka cemtu mmg agak useless.
Quote crazybeach 24-10-2019 03:27 PM
sharlenetexas replied at 24-10-2019 05:48 AM
Pakcik polis tu sekali pandang bentuk muka mcm faizal hussein.

iols pulak nampak polis sebelah lagi tu macam tok k jiwa
Quote Kurex 24-10-2019 03:36 PM
kivio replied at 24-10-2019 03:26 PM
Stok-stok muka cemtu mmg agak useless.

sapik rahim penah curang ke
Quote kimie2204 24-10-2019 03:40 PM
sharlenetexas: Pakcik polis tu sekali pandang bentuk muka mcm faizal hussein.

Kanan plak sekali pandang macam jalaludin hassan ada misai.
Quote Mfzg89 24-10-2019 03:43 PM
crazybeach: iols pulak nampak polis sebelah lagi tu macam tok k jiwa

Tok K, Sapik Rahim, Pezal Husin
Quote nanies 24-10-2019 04:21 PM
Kurex replied at 24-10-2019 03:36 PM
sapik rahim penah curang ke

tak curang tp asik cari gaduh je kat atas padang. kalo team dia da nak kalah, asik la nk bergaduh. tup tup kena buang negeri, masuk melaka. besok tahun depan nk masuk selangor balik pulak.
Quote nanies 24-10-2019 04:23 PM
Kurex replied at 24-10-2019 03:36 PM
sapik rahim penah curang ke

tak curang tp asik cari gaduh je kat atas padang. kalo team dia da nak kalah, asik la nk bergaduh. tup tup kena buang negeri, masuk melaka. besok tahun depan nk masuk selangor balik pulak.
Quote girlfridayz 24-10-2019 04:54 PM
last aku baca sal cite ni, tangan arwah isteri belum dijumpai lagi.
skang dah jumpa ke belum yek.. tskk.
Quote salmon-suki 24-10-2019 06:06 PM
sharlenetexas: Pakcik polis tu sekali pandang bentuk muka mcm faizal hussein.


terus aiolzs skrol atas laju2{:smile
Quote Suchi 24-10-2019 06:43 PM
Dia tak join g kubur sekali ke aritu? Kalau g pun harus kena pelangkung plak dengan sedara mara bini dia.
Sian arwah dahla adik badik 3 org pompuan je, ayah dia dah meninggal tapi anak2 arwah semua lelaki sygnya arwah dah gik dulu.
Yg bongsu tu pun kakak arwah nk amik buat anak angkat ikut prosedur undang2.
Sian gak hat tu ayah kandung pun bg jaa mak sedara yg bela.Takda nk fight ke or amik jaga.
Hat bongsu tu nampak sgt dahagakan kasih syg seorang bapa tu yg manja je dengan bapak tiri dia tu.
Quote Perawankota 24-10-2019 07:20 PM
Semoga kebenaran akan terbukti

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.493896s Gzip On
To Top