Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Cardi B, John Cena Sertai Keluarga Besar Fast & Furious

25-10-2019 12:30 PM| Komen: 19

Peminat siri filem Fast & Furious serata negara, bersedialah untuk menerima ahli baru dalam kumpulan Toretto ini.


Namun, ahli baru kali ini bukan sebarang orang. Baru-baru ini, pelakon utama siri Fast & Furious iaitu Vin Diesel telah memuatnaik satu video vlog di laman Instagramnya mendedahkan pelakon terbaru bagi filem terbaru dalam siri ini, iaitu Cardi B. 

Video pendek tersebut melihatkan mereka berdua sedang berehat bersama setelah sesi penggambaran filem bakal blokbuster tersebut. Dalam video tersebut, Cardi menyifatkan bahawa filem yang sedang mereka usahakan ini sebagai filem terbaik dalam francis ini.

Sumber: Carian Google
Cardi B, atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar dikenali sebagai salah seorang penulis dan penyanyi rap tersohor Amerika. Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Bodak Yellow dan I Like It itu sebelum ini pernah membintangi filem Hustlers bersama-sama Jennifer Lopez, disiarkan di pawagam September lepas. Filem Fast 9 ini bakal menjadi filem terbesar yang dibintanginya dalam kareernya sebagai pelakon.

Selain Cardi B, wajah-wajah baru yang bakal memeriahkan lagi filem Fast 9 termasuklah Finn Cole, Amber Sienna, Michael Rooker dan John Cena.

Sumber: Geektyrant
Untuk rekod, filem ini bakal menjadi filem ke-10 dalam siri Fast & Furious meskipun ia bertajuk Fast 9. Ini kerana pada tahun ini Universal Pictures telah menghasilkan satu lagi siri spin-off daripada dunia dan watak Fast & Furious melalui filem Hobbs and Shaw, lakonan mantap duo Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock dan Jason Statham. 

Sumber: Carian Google
Jadi macam mana? Korang teruja tak dengan pertambahan pelakon ni? Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini di pawagam pada May 2020.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 19
Komen

Previous : Ibu Jual Demi Moore Pada Harga RM2,000, Dirogol Jadi Hamba Seks

Next       : Don't Laugh Challenge - Episod Baru Running Man Pecah Rekod Episod Paling Kelakar Dalam Sejarah

Komen Terbaru

Quote jjzzz 10-11-2019 11:04 PM
gideoncross replied at 10-11-2019 08:59 PM
Sama lah dgn iol, dlu suka tngok TWD sbb jln crita x kluar, skrg ni dah entah apa2 entah je.

bpe season da skang ek

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 25-10-2019 02:27 PM
Vin diesel ngan kwn2 xde dlm movie baru ni..x best
Quote chicozinn 25-10-2019 02:31 PM
natang pe francis tu TT?nama orang ke?

**hokey, dia maksudkan francais..duhhhh
Quote Tapayana 25-10-2019 03:14 PM
cardi B ? the rock brlakon lagi ka? makin sampah fnf ni.
lucas black punya role tu mmg dah mati terus ka?
Quote mizruncing 25-10-2019 03:48 PM
wowwwwwwwww
Quote Artemesiaa 25-10-2019 04:06 PM
Kena tengok hasilnya nanti baru boleh nak komen
Quote buapakperut 25-10-2019 05:41 PM
iols rasa macam jadik low class pulak hangkut si cardi b ni
Quote Perawankota 25-10-2019 07:06 PM
Ermmm... Harap still OK lh lah citer ni
Quote skullcandy 26-10-2019 02:21 PM
Watak apa agaknya Cardi B..
Quote gideoncross 28-10-2019 01:01 AM
Mkin lama mkin out of topic F&F ni, sma mcm TWD. Awal2 je ok.
Quote Mfzg89 29-10-2019 01:37 PM
gideoncross replied at 28-10-2019 01:01 AM
Mkin lama mkin out of topic F&F ni, sma mcm TWD. Awal2 je ok.

ff9 race atas awan, ff10 tembus atmosfera, japgi aku rasa jagi guardian of galaxy plak..
Quote jjzzz 5-11-2019 09:45 PM
gideoncross replied at 28-10-2019 01:01 AM
Mkin lama mkin out of topic F&F ni, sma mcm TWD. Awal2 je ok.

twd tu ape
Quote jjzzz 5-11-2019 09:46 PM
Tapayana replied at 25-10-2019 03:14 PM
cardi B ? the rock brlakon lagi ka? makin sampah fnf ni.
lucas black punya role tu mmg dah mati te ...

lucas black tu yg mna ye
Quote Tapayana 6-11-2019 05:14 AM

the walking dead
Quote Tapayana 6-11-2019 05:16 AM
jjzzz replied at 5-11-2019 09:46 PM
lucas black tu yg mna ye

sean boswell dalam tokyo drift 2006.
Quote gideoncross 6-11-2019 06:11 PM
Mfzg89 replied at 29-10-2019 01:37 PM
ff9 race atas awan, ff10 tembus atmosfera, japgi aku rasa jagi guardian of galaxy plak..

X msthil smua ni akn brlaku haha.

Quote gideoncross 6-11-2019 06:33 PM

The Walking Dead. Iol suka kat Carl Grimes haha, tpi watak dia dah out. Srsly TWD skrg ni mkin lama mkin oot, sbb tu iol dh xtengok lagi.

Quote jjzzz 6-11-2019 07:22 PM
gideoncross replied at 6-11-2019 06:33 PM
The Walking Dead. Iol suka kat Carl Grimes haha, tpi watak dia dah out. Srsly TWD skrg ni mkin lam ...

kakak i suka sgt tgk cite  ni dlu.skang xtaula.i pulak kureng sbb ape pn xtau.hihi
Quote gideoncross 10-11-2019 08:59 PM
jjzzz replied at 6-11-2019 07:22 PM
kakak i suka sgt tgk cite  ni dlu.skang xtaula.i pulak kureng sbb ape pn xtau.hihi

Sama lah dgn iol, dlu suka tngok TWD sbb jln crita x kluar, skrg ni dah entah apa2 entah je.
Quote jjzzz 10-11-2019 11:04 PM
gideoncross replied at 10-11-2019 08:59 PM
Sama lah dgn iol, dlu suka tngok TWD sbb jln crita x kluar, skrg ni dah entah apa2 entah je.

bpe season da skang ek

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.798265s Gzip On
To Top